Monday, July 20, 2009

Wanita tikam suami direman

Sumber Harian Metro


AMPANG: Wanita yang menikam suami hingga parah selepas berang dengan janji lelaki terbabit yang mahu pulang sejurus perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia menentang Manchester United kini direman empat hari bermula semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara pasangan terbabit sehari sebelum kejadian itu.

“Mereka mempunyai masalah peribadi dan kemuncaknya berlaku apabila lelaki terbabit memungkir janji, Sabtu lalu menyebabkan isterinya naik angin.

“Isterinya yang hilang kawalan itu menikam suaminya. Bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya.

Menurut Abd Jalil, suami wanita itu kini dilaporkan stabil dan akan dibenarkan pulang bila-bila masa selepas mendapat rawatan di Hospital Ampang.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki menjadi mangsa apabila ditikam isterinya selepas dia memungkiri janji.

Wanita terbabit dikatakan berang dan menikam suaminya di dada sejurus dia pulang dari menonton perlawanan bola sepak berkenaan, kira-kira enam jam selepas itu.

Panik melihat keadaan suaminya yang dipenuhi darah, wanita itu menghantarnya ke hospital.

Polis menahan wanita terbabit di rumahnya di Kondominium Pandan Height dan turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Wednesday, July 15, 2009

Dendam cinta OKU

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my


BAHAU: Akibat tidak dapat menerima hakikat cintanya putus di tengah jalan, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai sanggup bertindak menyiarkan gambar ghairah teman wanitanya di dalam Internet.

Lelaki berusia 30-an terbabit berkenalan dengan teman wanitanya melalui internet hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

Wanita berusia awal 30-an itu juga pernah berkunjung ke rumah suspek di Kampung Baru Mahsan, dekat sini, pada tahun lalu dan tinggal di situ selama beberapa hari.

Harian Metro difahamkan, ketika berada di rumah lelaki terbabit, pasangan itu ada merakamkan beberapa gambar untuk disimpan sebagai koleksi kenangan.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, mangsa mula melahirkan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya atas sebab tertentu.

kibat tindakan terbabit, teman lelaki mangsa begitu marah, lalu mengugut untuk menyebarkan gambar bogel wanita berkenaan di dalam Internet.

Difahamkan, lelaki itu mengalami lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, beberapa tahun lalu.

Sumber berkata, wanita berkenaan bagaimanapun akur dengan amaran teman lelakinya dan meneruskan semula hubungan cinta dengan suspek.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut selepas rakannya memberitahu melihat gambar bogelnya dalam Internet.

“Suspek dipercayai masih berang dengan tindakan wanita berkenaan lalu menyebarkan gambar bogel mangsa di dalam internet,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, berikutan itu, wanita malang berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin supaya siasatan dapat dilakukan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Ramli Mohd Nor, berkata bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota JSJK negeri menyerbu rumah lelaki terbabit beberapa jam selepas laporan dibuat.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan lelaki terbabit untuk membantu siasatan berhubung pengedaran gambar lucah terbabit.

“Polis turut merampas satu set komputer di rumah suspek untuk tujuan siasatan mengenai kejadian itu,” katanya memaklumkan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Katanya, lelaki itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan dan siasatan ke atasnya dilakukan.

Campak mayat dari tingkat 25

Mymetro


KUALA LUMPUR: Kejam apabila seorang lelaki warga Myanmar dibunuh sebelum mayatnya yang dicampak dari tingkat 25 ditemui dalam keadaan mengerikan di tapak pembinaan sebuah kondominium mewah di Pusat Bandar Damansara, di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Baultlung, 38, ditemui di lantai tingkat bawah tapak pembinaan itu dalam keadaan ngeri dengan badannya berlumuran darah manakala kepalanya pecah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada pengurusan tapak pembinaan terbabit kira-kira jam 1.15 petang.

Katanya, siasatan mendapati mangsa kemungkinan dibunuh di tingkat 25 kondominium yang sedang dalam pembinaan itu sebelum mayatnya dicampak.

“Mangsa kemungkinan dibunuh penyerangnya berdasarkan kecederaan di badan selain kesan darah yang ditemui di lantai dipercayai diheret sebelum dia dicampak.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian terbabit dan tiada tangkapan dilakukan,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‘Siasat bos, saya dipukul’

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.

Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.

Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini.

Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.

“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Zul, dia menerima pukulan sulung di kepala dipercayai menggunakan satu objek keras oleh seorang pegawai yang membuat soal siasat itu apabila dia memberikan jawapan tidak tahu menahu dan tidak menerima wang yang dimaksudkan itu.

Zul berkata, oleh kerana tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya, dia terpaksa merayu kepada pegawai terbabit sambil bertanya kenapa dia diperlakukan sedemikian, tetapi rayuannya disambut dengan kata-kata kesat dan maki hamun pegawai terbabit.

“Saya kemudiannya diarahkan ke bilik seorang lagi pegawai di mana di situ, saya diberitahu bahawa saya adalah saksi kepada kes yang sedang disiasat SPRM itu.

“Malah pegawai berkenaan turut mengingatkan saya supaya tidak membongkarkan apa yang berlaku di dalam bilik gelap itu jika tidak mahu memalukan diri sendiri.

“Ketika itu jam 9 pagi dan saya melalui proses merakam keterangan sehingga jam 11 pagi sebelum dihantar semula ke pejabat oleh pegawai SPRM,” katanya.

Zul berkata, ketika di pejabat dia menemui rakannya yang turut dipanggil untuk memberi keterangan itu dan dimaklumkan dia tidak mengalami situasi penderaan di dalam bilik gelap itu.

“Oleh kerana berasakan diri saya diperlakukan dengan cara kejam oleh pegawai SPRM yang menyalahgunakan kuasa, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kluang tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, oleh kerana kesal dengan insiden yang dilaluinya itu, keluarganya sudah melantik seorang peguam untuk membawa perkara yang memalukan serta melampaui batas itu ke peringkat mahkamah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Katanya, pengadu mempunyai hak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan siasatan sewajarnya dilakukan jika terbukti dakwaan itu adalah benar dan telus.

“Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

Penyelia mati dikerambit pekerja

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat selisih faham, seorang penyelia kabel elektrik maut akibat dilibas dengan kerambit di tapak projek kondominium mewah di Mont Kiara di sini, semalam.

Mangsa See Chew Hwa, 39, yang berasal dari Puchong Jaya dipercayai dibunuh seorang buruh warga Indonesia.

Mangsa ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tangan di tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang dipercayai berpunca apabila mangsa menegur hasil kerja suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek melahirkan rasa tidak puas hati terhadap mangsa dua jam sebelum tragedi itu berlaku.

“Namun, perselisihan faham itu berpanjangan sehingga berakhir dengan pembunuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian Jalan Kiara 1 di sini, petang semalam.

Katanya, mangsa dibunuh dengan kerambit oleh suspek berumur 25 tahun yang baru bekerja di tapak itu sejak seminggu lalu.

“Polis yang bergegas ke tempat kejadian menahan seorang rakan suspek yang dipercayai melihat kejadian itu manakala suspek utama menghilangkan diri.

“Susulan itu, pemeriksaan ketat dijalankan terhadap 400 pekerja di tapak pembinaan itu bagi memburu suspek,” katanya yang tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Amuk nak kahwin lagi

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


AMPANG: Merajuk selepas permintaannya untuk beristeri dua ditolak, seorang lelaki mengamuk dan berkurung dalam rumahnya hampir lima jam sebelum diberkas polis di Kampung Indah Permai di sini, Isnin lalu.

Lelaki terbabit yang bersenjatakan dua parang panjang mengugut untuk mencederakan anggota polis yang cuba memasuki rumahnya selain turut mengancam meletupkan dirinya dengan tong gas memasak.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, polis yang menerima maklumat daripada orang awam bergegas ke lokasi kejadian tetapi cubaan memujuk lelaki terbabit menemui kegagalan.

Menurut sumber polis, lelaki itu bertindak agresif setiap kali polis cuba memasuki rumahnya dengan mengugut hendak menyalakan api sambil memegang tong gas memasak.

“Selain itu, dia mengugut mencederakan polis menggunakan dua parang panjang yang dibawanya dan juga pisau yang diselitkan di pinggang.

“Hampir lima jam cuba memujuk namun lelaki terbabit tetap berkeras enggan membuka pintu dan memberi amaran akan mencederakan sesiapa yang cuba masuk ke rumahnya,” katanya.

Sumber terbabit berkata, keadaan ketika itu kecoh kerana ramai penduduk sekitar kawasan berkenaan turut berkumpul di perkarangan rumah lelaki itu untuk mengetahui kejadian sebenar selain cuba memujuknya menyerah diri.

“Keluarga lelaki terbabit dan rakannya turut cuba membantu memujuk dia keluar dari rumah, namun dia tetap enggan menyerah diri dan mengamuk dalam rumah terbabit.

“Anggota bomba dan penyelamat turut memberi bantuan tetapi setiap kali cuba memasuki rumahnya, lelaki terbabit akan menyerang,” katanya.

Menurutnya, isteri dan dua anak lelaki terbabit bagaimanapun dapat melarikan diri keluar dari rumah sejurus dia mengamuk dan ketiga-tiga mereka dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi berkata, lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditahan selepas hampir lima jam usaha memujuknya gagal.

“Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas pelbagai usaha memujuk lelaki terbabit gagal selain dia bertindak agresif.

“Selepas terkena gas pemedih mata, lelaki itu akhirnya pengsan dan mungkin juga kerana kepenatan dan polis akhirnya menahannya,” katanya.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun itu bekerja sebagai kontraktor elektrik manakala isterinya seorang kakitangan swasta.

Menurut Abd Jalil, siasatan awal mendapati lelaki itu mengalami tekanan selepas permintaannya untuk berkahwin seorang lagi tidak direstui isterinya.

“Mungkin kerana terlalu memikirkan permintaannya yang ditolak isterinya itu membuatkan lelaki terbabit tidak dapat mengawal perasaan.

“Dia kini ditahan dan dihantar ke wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan sama ada mengalami gangguan mental,” katanya.

Monday, July 13, 2009

6 lelaki ala mafia rompak gudang

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR - Ala rompakan mafia yang sering memakai pakaian kemas dan bertali leher, enam lelaki berparang dan besi menyamun sebuah gudang membuat siling dan melarikan wang tunai serta pelbagai barangan berharga yang kesemuanya berjumlah RM380,000 berhampiran Stadium Badminton Cheras di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari, dua lelaki, pemilik gudang berusia 43 dan 29 tahun cedera parah akibat ditetak, dipukul dan disepak oleh penjenayah tersebut sehingga mereka terpaksa dimasukkan ke hospital.

SEBAHAGIAN pekerja gudang yang dikurung ketika gudang tersebut dirompak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Othman berkata, empat daripada enam perompak itu pada mulanya terserempak dengan pemilik gudang yang berusia 43 tahun ketika dia berada di pintu pagar gudang untuk keluar makan.

"Mangsa itu telah dibelasah teruk oleh empat perompak itu dan tindakan tersebut menyebabkan seorang lagi pemilik gudang berusia 29 tahun yang ternampak kejadian menutup pintu dalam gudang," kata beliau di sini semalam

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my



SALIMA (bukan nama sebenar) mengesat air mata manakala anak lelakinya sugul pada sidang akhbar mengenai jiran mereka yang rupa-rupanya barua ah long di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Setiap kali pintu rumahnya diketuk atau telefon berdering, seorang ibu tunggal, Salima, 40-an, tidak senang duduk.

Menumpang tinggal di rumah mertua, Salima takut tetamu atau pemanggil itu adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Mus, 50-an, yang juga jirannya.

Setelah berpuluh-puluh tahun hidup berjiran di sebuah taman perumahan di sini, ibu tunggal itu tidak menyangka Pak Mus selama ini merupakan 'tali barut' ah long.

Akhirnya selepas termakan budi meminjam wang daripada Pak Mus tanpa menyangka ia perangkap ah long, Salima mendakwa dia menerima pelbagai jenis ugutan, daripada tindakan merampas peralatan rumah sehinggalah ancaman dipotong jari dan penggal kepala.

Semuanya bermula apabila Pak Mus menawarkan diri membantu Salima yang menghadapi masalah kewangan untuk membayar yuran pengajian dan asrama anak sulungnya di universiti serta belanja pendidikan dua anak gadisnya di sekolah menengah.

Diseret, dibunuh Zorro

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmocom.my

MAYAT Ahmad yang dibunuh 'ala Zorro' di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur semalam.
KIRI: Sabit yang dipercayai digunakan suspek membunuh Ahmad.





AMPANG JAYA - Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia menjadi mangsa pembunuhan 'ala Zorro' apabila ditemui mati dengan kesan luka di muka seolah-olah berbentuk torehan 'Z'.

Mayat mangsa ditemui pada pukul 8.30 pagi di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Mulia 1/2, Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Sefiro, 30-an, ditemui mati terbaring di atas jalan tempat dia sepatutnya membuat kerja-kerja membaiki laman garaj kereta di rumah tersebut.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai baru sampai ke rumah itu dan mahu memulakan kerjanya bersama seorang rakan yang juga dipercayai warga Indonesia.

Wanita paling panas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki polis, Rohaniza Aladib, 31, yang disyaki terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta, dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya.

Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka menyertai skim cepat kaya, terus menjadi buruan polis berikutan enggan menyerah diri walaupun selepas diarahkan berbuat demikian sejak Mac lalu.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, hasil siasatan suspek dipercayai meninggalkan negara dan ada maklumat mengatakan dia kini bersembunyi di Australia.

Menurutnya, Rohaniza bijak berlakon bagi meyakinkan mangsa supaya melabur dalam skim pelaburan berasaskan saham syarikat rokok antarabangsa sehingga mencecah jutaan ringgit.
“Suspek biasanya berjanji membayar pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh pelaburan antara 10 hingga 30 hari. Biasanya, dia akan membayar keuntungan kepada mangsa ketika membuat pelaburan kali pertama sebelum mereka membuat pelaburan susulan dengan nilai lebih besar.

“Berdasarkan siasatan, ada di kalangan mangsa golongan VIP termasuk seorang wanita bergelar Puan Sri yang diperdaya membabitkan jumlah pelaburan mencecah RM26 juta,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini polis tidak menolak kemungkinan suspek memperdaya ratusan mangsa membabitkan wang pelaburan sehingga RM432 juta.

“Difahamkan, suspek sebelum ini pernah ditahan ketika remaja kerana terbabit dengan kegiatan penipuan sebelum dipenjarakan. Namun, sejurus dibebaskan, dia bergiat aktif semula sebagai penipu dengan kaedah lebih licik dan terancang.

“Suspek turut dikesan memperkenalkan pelbagai skim pelaburan dengan menggunakan sebuah syarikat berdaftar, Erza Corporation Sdn Bhd untuk mengaburi aktiviti penipuan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, Rohaniza yang mempunyai alamat terakhir di Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya, dikesan menghilangkan diri sejak Julai tahun lalu selepas mengumpul sejumlah besar wang pelaburan daripada mangsa.

“Polis percaya suspek memperdayakan ramai mangsa termasuk golongan profesional dan artis terkenal dengan menawarkan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa serta menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.

“Difahamkan, Amy Search dan Hattan masing-masing kerugian lebih RM1 juta dan RM50,000. Selain itu, penyanyi dan pelakon Awie serta Misha Omar turut terpedaya, namun enggan mendedahkan jumlah kerugian,” katanya.

Difahamkan suspek turut menipu beberapa pelakon tanah air selain ramai kakitangan kerajaan yang digula-gulakan dengan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu bekerja keras.

“Polis Bukit Aman sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek yang dipercayai berada di luar negara.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai JSJK Bukit Aman di talian 03-26163747 dan 019-6000803,” katanya.
emel Emel Artikel cetak Cetak Artikel.

Pasangan kekasih dihukum gantung sampai mati

My Metro

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selapas sabit kesalahan membunuh seorang pelajar kolej Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 2007. Dengan menjerut dan mencekik leher mangsa di sebuah hotel. Mangsa turut dirogol sebelum dijerut dan dicekik hingga mati.

Hakim Datuk Mohamad Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang juga pelajar kolej dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27, bekas pekerja Astro yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 3 tahun.

2 dibuang, 2 digantung

MyMetro

KUALA LUMPUR: Semua pelajar perempuan sebuah sekolah di Dungun, Terengganu yang terbabit dalam kejadian pergaduhan dan penyebaran aksi ‘gusti’ di laman Youtube, sudah diambil tindakan tegas termasuk dibuang serta digantung persekolahan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata empat pelajar perempuan termasuk mangsa sudah dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Sekolah pada 7 Julai lalu untuk menjelaskan kejadian itu.

“Dua daripada mereka iaitu yang terbabit sebagai pengarah dalam rakaman itu sudah dibuang sekolah manakala seorang pelajar yang menjadi mangsa digantung persekolahan dua minggu dan mangsa yang membuat laporan polis digantung tiga hari.

“Seorang lagi remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian itu pula dari sekolah berlainan dan pihak pentadbiran sekolahnya sudah mengambil tindakan terhadapnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Alimuddin berkata, punca persengketaan itu hanya disebabkan perkara kecil bermula dengan ejek-mengejek, namun menjadi serius apabila rakaman pergaduhan disebarkan di Internet.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pelajar supaya tidak sesuka hati memasukkan rakaman video ke Internet dengan tujuan memalukan individu tertentu kerana mereka boleh berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Kaunseling, Fakulti Kepemimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Sapora Sipon, berkata kejadian itu mungkin berpunca daripada luahan tekanan dan tidak puas hati pembuli.

“Masalah buli tidak mengira jantina kerana ia membabitkan emosi tidak terkawal tetapi atas sebab apa pun, mereka tidak boleh menyebar rakaman semata-mata mahu menjatuhkan maruah seseorang,” katanya.

“Saya mendapati rakaman itu sudah dibuang di Internet tetapi saya mahu mengingatkan pelajar bahawa mereka juga tidak terlepas daripada undang-undang negara jika melakukan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Kaunseling, Fakulti Kepemimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Sapora Sipon, berkata kejadian itu berkemungkinan berpunca daripada luahan tekanan dan tidak puas hati pembuli.

“Masalah buli tidak mengira jantina kerana ia membabitkan emosi tidak terkawal tetapi atas sebab apa pun, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menyebar sebarang rakaman semata-mata mahu menjatuhkan maruah seseorang,” katanya.

Datuk turut terbabit kes dadah, pelacur

myMetro

KUALA LUMPUR: Rangkaian kumpulan along terbesar yang kini diburu polis turut menjadikan sindiket pengedaran dadah dan pelacuran sebagai cabang ‘perniagaan’ mengembangkan kegiatan ceti haram mereka.

Didalangi ‘kepala’ bergelar Datuk, kumpulan ini dikesan bergiat aktif menjalankan ‘perniagaan’ pelacuran dan dadah terbabit di dalam dan luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata perkara itu dibongkar selepas menjalankan siasatan ke atas empat individu termasuk seorang Datuk yang ditahan baru-baru ini.

“Siasatan awal polis terhadap beberapa dalang mendapati ada kemungkinan mereka terbabit dengan politik dan jenayah seperti dadah, pelacuran dan perniagaan haram lain,” katanya.

Cucu dajal

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


BENTONG: Dia cukup disayangi neneknya dan dijaga dengan penuh kasih sayang, namun cucu disangka baik selama ini tergamak melarikan pelbagai jenis barang kemas bernilai kira-kira RM5,000 milik warga emas berkenaan dalam kejadian di Kampung Jambu Rias, dekat sini, kelmarin.

Cucu berperangai iblis itu dipercayai mengambil kesempatan ketiadaan nenek dan datuknya di rumah untuk menyelongkar bilik wanita berkenaan sebelum melarikan barang kemas itu.

Perbuatan lelaki berusia 22 tahun itu terbongkar apabila neneknya yang menyedari kehilangan barang kemas berkenaan bertanya kepada cucunya kejadian itu, sebaliknya dia melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa berusia 74 tahun menyedari kehilangan semua barang kemas berkenaan sebaik tiba di rumah bersama suaminya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata ketika kejadian, mangsa bersama suami tiada di rumah kerana berjumpa tukang urut di Telemong, dekat sini.


Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa menyedari kehilangan barang kemas itu ketika membuat pemeriksaan sebelum mengesyaki perbuatan berkenaan angkara cucunya yang berada di rumah.

Katanya, mangsa bertanyakan cucunya mengenai kehilangan semua barang kemas terbabit tetapi lelaki berusia 22 tahun itu terus melarikan diri.

Rosli berkata, susulan kejadian itu, mangsa bersama suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, pada hari sama.

“Siasatan turut mendapati, ibu kepada lelaki terbabit turut berada di rumah mangsa tapi tidak menyedari kehilangan semua barang kemas berkenaan yang disimpan dalam bilik.

“Warga emas itu mengesyaki perbuatan terbabit angkara cucunya sendiri, namun polis masih meneruskan siasatan lanjut dan sehingga kini lelaki itu masih belum pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Bagaimanapun, katanya motif lelaki terbabit berbuat demikian belum dipastikan.

Penjenayah tetak muka, leher buruh binaan

Haria n Metro


AMPANG: Dua penjenayah bermotosikal bertindak ganas apabila menetak kepala, muka dan leher seorang buruh binaan dipercayai warga Indonesia menggunakan sabit sehingga mati dalam satu kejadian di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, dekat sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dikenali Ahmad Sefiro berusia 30-an yang menunggang motosikal Yahama 125Z mahu memulakan kerja mengubah suai sebuah rumah di kawasan itu bersama seorang rakannya.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal yang menariknya keluar dari rumah berkenaan sambil meletakkan sebilah sabit di leher.

Ketika pergaduhan, mangsa cuba mempertahankan diri dengan menahan menggunakan tangan kanannya, namun tidak berhasil apabila ditetak di kepala, muka dan leher.

Mangsa yang parah mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Pemeriksaan mendapati mangsa yang berpakaian lengkap terbaring di atas jalan dengan beberapa kesan tetakan di muka, kepala, leher dan tapak tangan kanannya.

“Selain motosikal dan dompet mangsa, polis turut menemui sebilah sabit yang berlumuran darah dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya.

Tetak tangan paksa buka peti

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Mereka ditetak berulang kali pada pergelangan tangan sebelum diheret lebih lima meter dan dipaksa membuka peti besi yang menyimpan wang syarikat dalam satu rompakan di Batu 3 1/2, Jalan Cheras di sini, semalam.

Demikian tindakan kejam sekumpulan enam lelaki bersenjatakan parang berusia dalam lingkungan 30-an terhadap dua pengarah sebuah syarikat di sini.

Apa yang menghairankan, semua ahli kumpulan terbabit langsung tidak menutup wajah mereka ketika melakukan jenayah, seolah-olah mereka tidak takut dengan tindakan pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, semua suspek yang bersenjatakan parang bertindak menceroboh syarikat terbabit sebelum mengarahkan semua pekerja mendiamkan diri.

Difahamkan ketika kejadian lapan pekerja termasuk dua pengarah berusia antara 20-an dan 40-an berada dalam premis berkenaan.

Sebaik menceroboh, kumpulan terbabit mengumpulkan semua pekerja di satu sudut dalam premis terbabit sebelum mengurung mangsa dalam sebuah bilik.

Seorang daripada mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Tan, 20-an, berkata sebaik dia dan rakannya dikurung, seorang daripada suspek mengarahkan kedua-dua pengarah syarikatnya dikenali sebagai Chan, 40, dan Kweng, 39, mengikut mereka.

“Biarpun dikurung, kami mendengar dengan jelas suara suspek mengarahkan Chan dan Kweng membuka peti besi yang menyimpan wang syarikat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sikap melawan Chan dan Kweng yang enggan mematuhi arahan menyebabkan seorang daripada suspek berang lalu menetak tangan kedua-dua mangsa berulang kali.

Tan berkata, jeritan Chan dan Kweng yang kuat itu membuatkan semua pekerja mula ketakutan dan berdoa supaya semuanya selamat.

“Selepas 20 minit, kami semua diselamatkan pihak berkuasa. Ketika itu saya lihat kesan darah di atas lantai menunjukkan Chan dan Kweng diheret lebih lima meter ke peti besi berkenaan.

“Saya tidak dapat bayangkan keperitan ditanggung Chan dan Kweng kerana terpaksa membuka peti besi berkenaan dalam keadaan tangan mereka cedera,” katanya.

Katanya, dia yang juga sempat berbual dengan kedua-dua pengarah syarikatnya itu ketika polis hendak membawa mereka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Difahamkan, suspek melarikan wang tunai RM380,000 manakala Chan dan Kweng terpaksa ditahan di HKL kerana mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Dibelasah sampai mati

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my

MELAKA: Hanya kerana salah sangka membabitkan antara dua kumpulan, seorang lelaki maut dibelasah sekumpulan remaja dalam pergaduhan di Taman Harta Pertama, Bukit Baru, dekat sini, Sabtu lalu.

Kejadian terbabit yang berlaku jam 11.40 malam membabitkan kumpulan lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun.

Difahamkan, sehingga tengah hari semalam, polis menahan seramai 11 suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata mangsa dikenali Mustaqim Mohd Dan, 22, maut selepas mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala apabila terbabit dalam pergaduhan itu.

Katanya, siasatan mendapati lelaki terbabit dibelasah sekumpulan remaja dan motifnya berpunca daripada salah sangka antara mereka. Bagaimanapun, kejadian itu tidak mempunyai elemen samun.

“Setakat ini, polis menahan suspek membabitkan 10 remaja lelaki dan seorang remaja perempuan untuk siasatan. Semua mereka yang tidak bekerja direman tujuh hari mulai hari ini (semalam).

“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mayat mangsa dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka sebelum dituntut oleh keluarganya tengah hari semalam.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di rumah mangsa di Bukit Pulau, Bukit Baru, dekat sini, mendapati ibu lelaki berkenaan Rosnah Saad, 45, terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga sejurus jenazah anak ketiga daripada lapan beradik itu dibawa keluar selepas disembahyangkan.

Keadaan bertambah sayu apabila Rosnah hanya mampu melambaikan tangannya ke arah kenderaan yang membawa jenazah anaknya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Baru, dekat sini, selepas solat Zohor.

Rosnah terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas dia menjadi lemah dan tidak mampu berkata apa-apa sejurus jenazah dibawa pergi dan sekumpulan wartawan juga gagal menemubual.

Dalam pada itu, sepupu mangsa, Amiruddin Mamat, 22, ketika ditemui, berkata Allahyarham baru bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin sejak seminggu lalu.

Katanya, dia menyifatkan arwah sebagai seorang yang suka menyendiri dan cuma berkawan dengan remaja terutama pelajar sekolah.

“Saya tidak menyangka arwah dibelasah sekumpulan remaja, seolah-olah mereka tiada perasaan belas kasihan,” katanya.

Katanya, dia menemui arwah kali terakhir kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu berhampiran kawasan Taman Permata Harta dan mangsa sempat menegurnya dan rakan lain sebelum pergi meninggalkan mereka.

“Saya mengetahui kejadian itu apabila diberitahu pihak polis yang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan,” katanya.

Bapa mangsa, Mohd Dan Sirun, 56, berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas menerima panggilan daripada rakannya kira-kira jam 1.30 pagi Ahad lalu yang memintanya datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

Sunday, July 12, 2009

Pelajar dakwa dipaksa bergusti

Oleh Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my



Pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di daerah Dungun menunjukkan rakaman telefon bimbit ketika dia dibelasah beberapa pelajar perempuan. Dia membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit.

Mangsa ditumbuk, terajang senior perempuan kerana enggan belasah rakan karib

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu, sebuah Sekolah Menengah di daerah Dungun, membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah rakan karib secara paksa dalam satu kejadian bulan lalu disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit.

Mangsa berusia 13 tahun itu membuat laporan polis kerana malu apabila adegan bergusti secara paksa dirakamkan tiga pelajar perempuan lain terus disebarkan melalui telefon bimbit, walaupun kejadian terbabit berlaku pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan itu dan kertas laporan berkenaan akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan laporan kejadian berlaku ketika mangsa yang baru pulang dari sekolah tiba-tiba didatangi tiga rakan sekolahnya pada 18 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 petang.

"Seorang daripada pelajar perempuan itu mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motosikal. Apabila tiba berhampiran sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, tiga perempuan yang juga dari sekolah mangsa terus bertindak menampar, menumbuk muka dan menyepak mangsa," katanya.

Zamri berkata, perempuan itu juga memaksa mangsa supaya bergusti dengan rakan baiknya yang turut berada di tempat kejadian.

Katanya, pelajar perempuan itu mengugut akan terus menampar, menumbuk dan menyepak jika mangsa enggan mematuhi arahan.

"Disebabkan bimbang akan terus dicederakan, mangsa terpaksa bergusti dengan rakan karibnya dan adegan itu dirakam tiga pelajar terbabit menggunakan telefon bimbit," katanya.

Zamri berkata, mangsa juga tidak melaporkan kejadian itu kepada guru sekolah dan kedua ibu bapanya kerana bimbang akan keselamatannya.

Katanya, kejadian mangsa dibelasah tiga pelajar perempuan itu hanya diketahui kakaknya selepas dimaklumkan beberapa rakannya yang menyaksikan kejadian itu melalui internet.

"Kakak mangsa kemudiannya membawa adiknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, kira-kira jam 9.30 pagi semalam," katanya.

Pelajar berkung fu di surau

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

Salah satu aksi pelajar perempuan yang bertumbuk di surau Ketengah Jaya, Dungun baru-baru ini.





KUALA TERENGGANU - Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.

Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.

Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.




Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.

Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar.

Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.

Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.

Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.

Thursday, July 9, 2009

Kami tak takut

Oleh Abu Bakar Al Sidek
am@hmetro.com.my



TAK HIRAU...dua pelajar yang didapati
ponteng sekolah.

TELUK INTAN: “Sila ambil gambar kami bang! Siarlah dalam surat khabar...kami tak takut. Lagipun, kami nak berhenti sekolah,” itu antara kata-kata beberapa pelajar sekolah yang ponteng di lokasi tersembunyi sekitar pekan Sungai Manik, dekat sini.

Sekumpulan lima hingga enam pelajar terbabit turut melambaikan tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada wartawan sebelum menunggang basikal meninggalkan lokasi persembunyian di sebuah ladang kelapa sawit selepas menukar pakaian sekolah.

Fenomena ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah di kawasan bandar ini dan Taiping semakin teruk dan membimbangkan ibu bapa serta Jabatan Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Kampung Bahagia, Tajul Hasnan Mohd Rashid, 64, berkata gejala ponteng membabitkan beberapa sekolah menengah di bandar ini semakin serius sejak empat tahun lalu.





Beliau berkata, hairannya tidak ada tindakan diambil bagi mengatasi masalah itu oleh pihak berkaitan.

Katanya, pihaknya juga mengesan sekumpulan pelajar terbabit dipercayai berasal dari Kampung Bahagia serta Sungai Manik menjadikan kafe siber di beberapa pasar raya di bandar Taiping sebagai lokasi ‘berseronok’.

“Sebelum ke lokasi itu, mereka menjadikan beberapa kawasan kunci air seperti Kunci Air Sungai Suli, Kunci Air Kampung Kebun Limau dan rumah kosong sekitar Kampung Bahagia untuk menyalin pakaian.

“Saya sudah maklumkan perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Daerah Hilir Perak dan ibu bapa pelajar terbabit, tetapi tidak ada tindakan diambil pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lebih mengecewakan, apabila aduan dibuat kepada ibu bapa, mereka membela anak masing-masing dan tidak mempercayai perbuatan itu dilakukan anak mereka.

“Ada ibu bapa mengatakan anak mereka ke sekolah dan pulang selepas waktu sekolah, tetapi tidak sedar mereka ditipu,” katanya.

Tajul Hasnan berkata, masalah itu pernah dibincangkan dalam mesyuarat JKKP dan sudah membuat aduan ke pejabat pendidikan daerah.

Namun, tidak ada sebarang tindakan diambil, malah kegiatan ponteng itu terus berlaku.

Rayu simpati perompak

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my


SEREMBAN: Seorang Exco kerajaan negeri yang disamun sekumpulan penjenayah warga Indonesia di kediamannya di Taman Guru Senawang, dekat sini, awal pagi semalam, bertindak wajar apabila tidak melawan, sebaliknya cuba merayu simpati.

Tindakan itu sekali gus menyebabkan penjenayah ‘bersimpati’ dan tidak mencederakan beliau sekeluarga sebaliknya terus beredar selepas memperoleh wang tunai dan barang berharga bernilai RM10,000.

Menceritakan kejadian berkenaan, Exco yang enggan dikenali itu berkata, beliau didatangi tiga lelaki bersenjatakan pisau ketika tidur di bilik di rumahnya kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu yang menutup muka dengan baju terus meluru ke arah beliau dan isteri lalu cuba mengikat mereka.


“Saya cuba memujuk mereka supaya tidak bertindak kasar dan mereka tampak akur dengan permintaan saya.

“Saya juga meminta mereka tidak mengikat saya dan isteri serta mengapa-apakan kami, sebelum bertanyakan apa yang diinginkan.

“Perompak kemudian tidak bertindak ganas, sebaliknya meminta saya menyerahkan wang tunai dan barang berharga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Selain isterinya, anak bongsunya berusia lima tahun turut berada dalam bilik berkenaan manakala dua lagi anaknya berusia belasan tahun termasuk pembantu rumah berada di bilik lain.

Menurut Exco terbabit, beliau tergerak hati untuk menggunakan pistol dimilikinya, namun khuatir dengan keselamatan isteri dan anak yang lain lalu melupakan hasrat itu dan cuba memujuk penjenayah itu.

Katanya, beliau ada bertanya kepada penjenayah terbabit mengapa mereka melakukan perbuatan menyalahi undang-undang dan mereka memberi alasan dan memberitahu sudah setahun tidak bekerja sebelum melarikan diri.

Kumpulan penjenayah itu mendakwa tiada pekerjaan selepas syarikat kontraktor sebelum ini tidak lagi mengambil mereka bekerja di situ.

“Penjenayah, dipercayai empat orang yang mana seorang daripadanya menunggu di luar rumah dan mereka dipercayai masuk melalui pintu depan dengan memotong jeriji lalu memecah pintu utama.

“Mereka kemudian beredar dari rumah melalui kawasan semak dan dalam beberapa minit saja sepasukan anggota polis tiba,” katanya.

Menurutnya, seminggu sebelum kejadian, seorang penduduk taman berkenaan turut menjadi mangsa pecah rumah yang dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah sama.

Katanya, kejadian itu memberi pengajaran bukan saja kepada beliau, malah penduduk lain supaya lebih berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan kejadian itu.

Gadis dakwa hamba seks kenalan baru

Harian Metro


AMPANG: Seorang gadis yang tidak tahan menjadi pemuas nafsu bapa tirinya nekad melarikan diri dari kampungnya di Kelantan ke ibu kota untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kisah hitamnya berulang apabila mendakwa dijadikan hamba seks pula oleh kenalan yang baru dikenalinya.

Selama tempoh hampir sebulan dikurung dalam sebuah rumah di Bukit Permai Ampang di sini, dia akhirnya berjaya menyelinap keluar dari rumah itu ketika lelaki ‘syaitan’ yang dikenali hampir sebulan lalu sedang nyenyak tidur, pagi kelmarin

Dia yang kebingungan menahan sebuah teksi sebelum ke Balai Polis Pandan Indah untuk membuat laporan berhubung kejadian menimpa dirinya.

Difahamkan, gadis berusia 21 tahun terbabit menemui suspek ketika sedang merayau mencari kerja sebagai pembantu kedai di sekitar kawasan Rawang sejurus tiba di ibu kota, Jun lalu.

Menurut sumber, dengan harapan akan mendapat pekerjaan, untuk menyara diri dan tempat berlindung mangsa tanpa rasa curiga mengikut lelaki terbabit pulang ke rumahnya.

“Mangsa bagaimanapun berasa tertipu apabila setibanya di rumah lelaki itu, dia dikurung dan tidak dibenarkan keluar. Lebih malang, sepanjang tempoh dikurung itu, dia kerap kali diperkosa lelaki terbabit.

“Pagi kelmarin, gadis itu berjaya melarikan diri ketika suspek sedang nyenyak tidur,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini polis masih memburu suspek.

‘Saya dirogol hingga ke pagi’

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


KAJANG: “Saya dirogol berulang kali hingga ke pagi ketika dikurung di sebuah pondok di Sungai Lui, Ahad lalu.

“Lebih mengaibkan apabila perbuatan keji itu diperhatikan tiga wanita dan dua lelaki dipercayai rakan lelaki yang menculik saya,” kata pelajar berusia 15 tahun menceritakan penderitaan dialaminya ketika dikurung selepas dilarikan dari Hospital Kajang (HK), di sini, oleh beberapa individu tidak dikenalinya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian seorang pelajar berusia 15 tahun ‘diculik’ seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ketika menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan selepas mendakwa dirogol individu yang hanya dikenali Hairi, 30-an.

Apa yang menghairankan, kehilangan remaja terbabit dari hospital berkenaan berlaku ketika dia masih berada dalam pengawasan pihak berkuasa dan kakitangan HK.


Difahamkan, remaja terbabit yang dipaksa mengikuti seorang lelaki tidak dikenali dengan meloloskan diri melalui tingkap tandas hospital berkenaan.

Selepas itu, gadis malang berkenaan dibawa menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira ke sebuah pondok di Sungai Lui, di sini, sebelum beberapa ahli kumpulan terbabit termasuk tiga wanita memaksanya untuk menarik semula laporan polis yang dibuatnya.

Lebih malang, ketika dikurung remaja terbabit sekali lagi dirogol seorang lelaki sambil diperhatikan ahli kumpulan berkenaan.

Menurut mangsa, dia hanya mampu menangis selain terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat ketika dinodai suspek.

“Dia melakukannya (perkosa) berulang kali bermula kira-kira jam 11 malam hingga ke awal pagi. Kejadian itu cukup mengaibkan saya.

“Mana tidaknya, perbuatan keji itu diperhatikan individu lain sambil mereka mengarahkan lelaki durjana itu melakukan pelbagai aksi luar biasa ketika menodai saya,” katanya yang kelihatan masih truma.

Menurutnya, akibat tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks, dia bersetuju menarik semula laporan polis yang dibuat sebelumnya.

“Kira-kira jam 9 pagi, mereka menghantar saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kajang, di sini, untuk menarik semula laporan.

“Bagaimanapun, saya ditahan pihak berkuasa ketika berbuat demikian. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan setimpal terhadap mereka yang melakukan perkara terkutuk itu,” katanya.

Difahamkan, pada mulanya mangsa enggan membuat laporan polis mengenai tindakan lelaki kedua yang merogolnya kerana malu namun selepas dinasihatkan ahli keluarga, gadis malang itu berubah fikiran sebelum membuat laporan di IPPD Kajang, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Peragut idam MyKad

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Segelintir penjenayah ragut dikesan semakin bijak apabila tidak hanya mengidamkan wang, malah turut memburu MyKad milik mangsa bagi membolehkan mereka menggunakannya untuk memohon talian telefon bimbit dari syarikat telekomunikasi tempatan.

Penjenayah dikatakan memperoleh idea memanipulasi MyKad milik mangsa yang disamun untuk berfoya-foya menggunakan talian telefon bimbit talian tetap tanpa perlu membayar bil bulanan.

Tindakan penjenayah ini yang ada antaranya mendaftar sehingga lebih 10 talian dalam satu masa menyebabkan pemilik asal MyKad berkenaan ‘terjerat’ sebaik menerima deretan bil hutang telefon mencecah ribuan ringgit walaupun tidak pernah memohon atau menggunakan talian berkenaan.

Dalam kes pertama, seorang kontraktor menjadi mangsa apabila menerima bil telefon mencecah sehingga RM3,000 hanya beberapa bulan selepas MyKad miliknya hilang akibat disamun.

Mangsa, Chan Fook Chuan, 54, mendakwa masalah itu dipercayai bermula selepas dia disamun di hadapan rumahnya di Batu Belah, Klang pada jam 6 petang, 8 Februari lalu.

Menurutnya, empat penjenayah bersenjatakan parang bertindak melarikan dompet duitnya berisi MyKad dan wang tunai bernilai lebih RM200.

“Penjenayah yang memperoleh MyKad milik saya dipercayai menggunakan identiti saya untuk memohon talian telefon bimbit.

“Masalah mula melanda saya dua bulan selepas kejadian apabila saya mula menerima pelbagai surat mengandungi bil telefon bimbit dari sebuah syarikat telekomunikasi berjumlah RM2,860.

“Saya kemudian pergi ke pusat khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi terbabit bagi membuat laporan berhubung penipuan menggunakan identiti saya.

“Malangnya, maklumat yang saya berikan tidak diendahkan, sebaliknya saya terus menerima surat arahan supaya membayar hutang bil telefon bimbit berkenaan,” katanya ketika ditemui di Biro Aduan MCA, semalam.

Menurutnya, dia hairan bagaimana syarikat telekomunikasi itu boleh membenarkan seorang individu memohon 12 talian telefon bimbit sekali gus dalam satu masa.

Dia yang kini turut diburu ejen pengutip hutang yang dilantik syarikat telekomunikasi terbabit kemudian turut membuat laporan polis di Balai Polis Klang pada 21 April lalu.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar kolej turut menjadi mangsa apabila MyKad miliknya yang disamun turut disalah guna penjenayah untuk memohon talian telefon bimbit.

Mangsa Choo Jing Jun, 19, berkata, dia sebelum ini kehilangan MyKad selepas disamun tiga lelaki bermotosikal ketika sedang berjalan di Bandar Bukit Puchong pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, penjenayah yang bersenjatakan parang turut melarikan wang tunai RM80 dan telefon bimbit miliknya bernilai RM700.

“Semua masalah bermula pada 13 Mei lalu apabila menerima beberapa bil telefon dari syarikat telekomunikasi tempatan yang meminta saya membayar bil sebanyak RM963.95,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, pihaknya menerima lebih 19 kes berhubung penipuan dan salah guna MyKad sejak Januari lalu membabitkan penipuan pembelian kereta, pendaftaran syarikat dan lain-lain.

Perguna gadis

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kelicikan sekumpulan Mat Rempit menjalankan kegiatan samun dan ragut di sekitar Subang Jaya, di sini sejak empat bulan lalu berakhir apabila mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di USJ 8, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, beberapa anggota dan pegawai risikan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Subang Jaya, berjaya menahan ketua dan 14 ahli kumpulan terbabit yang berusia lingkungan 20-an.

Beberapa motosikal juga turut dirampas.

Menurut sumber, kumpulan Mat Rempit itu turut dianggotai lima gadis sebagai alat untuk mengaburi mata masyarakat.

“Ahli wanita yang membonceng motosikal akan bertindak meragut mangsa. Mereka dikatakan membabitkan ahli wanita bertujuan mengelakkan orang ramai curiga selain menyangkakan mereka pasangan kekasih.

“Sebaik berjaya meragut, mereka akan pulang ke markas sebelum membahagikan wang dan barang berharga yang dirampas,” katanya.

Menurutnya, biarpun bilangan ahli kumpulan itu ramai, mereka mempunyai jadual dan syarat tersendiri dalam melakukan kerja itu.

“Setiap kali melakukan tugasan, mereka disyaratkan bergerak menggunakan tiga motosikal saja dalam satu masa. Manakala, ahli lain pula akan melakukan kerja berkenaan di kawasan lain,” katanya.

Sumber berkata, kumpulan terbabit mensasarkan kawasan tumpuan awam seperti pusat membeli-belah dan pasar pagi untuk melakukan kegiatan jenayah itu.

Jenayah pelajar IPTS makin serius

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pembabitan pelajar terutama dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam kegiatan jenayah di sekitar ibu negara semakin serius terutama membabitkan pelajar warga asing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata jenayah dadah mencatatkan statistik paling tinggi selain kes penipuan dan ‘black money’.

“Pihak polis melakukan pemantauan ketat terhadap kumpulan terbabit berikutan kegiatan jenayah oleh pelajar warga asing semakin membimbangkan.

“Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, 31 pelajar IPT ditahan membabitkan enam pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 25 pelajar IPTS kerana terbabit dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah,” katanya kepada media selepas melancarkan Kempen Unit Sukarelawan Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop di Universiti UCSI di Cheras, semalam.

Menurut Muhammad Sabtu, semua pelajar IPTA yang ditahan adalah rakyat tempatan, manakala tujuh daripada 25 pelajar IPTS berkenaan adalah warga asing.

“Tiga dari mereka ialah warga Kazakhstan dan empat dari Nigeria. Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung mandatori.

“Setiap kali tangkapan dilakukan, polis akan memaklumkan kepada pihak IPT untuk sama-sama menangani masalah serta memantau pelajar mereka,” katanya yang menjalinkan kerjasama dengan Universiti UCSI sebagai langkah permulaan.

Kerjasama itu bagi memberi kesedaran mengenai aspek pencegahan jenayah dan Rakan Cop.

Universiti ini dipilih kerana pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara dengan 38 peratus dari luar negara.

“UCSI adalah IPTS pertama terbabit secara serius membantu membanteras jenayah dan sejak dua bulan lalu seramai 240 pelajar menyertainya.

“Jika sebelum ini, terdapat pelajar universiti ini menjadi mangsa jenayah terutama kes ragut namun sejak sebulan lalu selepas penubuhan unit ini, tiada kes dilaporkan,” katanya.

Belasah isteri nak tunjuk kejantanan

Harian Metro


KUALA LUMPUR: Sifat ingin menunjuk kejantanan dan kuasa mendorong segelintir lelaki menganiaya isteri sehingga sanggup membelasah kaum hawa itu.

Pakar psikologi, Prof Dr Suradi Salim, berkata lelaki seperti itu biasanya mencari mangsa di kalangan perempuan lemah dan terdesak contohnya anak dara tua dan golongan janda yang pernah ditinggalkan suami terdahulu.

“Memang ada jenis lelaki sedemikian yang berasa berkuasa apabila menyepak terajang isteri mereka. Lelaki jenis ini biasanya cenderung mempergunakan tindakan seperti itu untuk mengikis harta dan sanggup menggunakan kekerasan jika hajat mereka tidak kesampaian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, Dr Suradi menasihatkan golongan wanita seperti itu supaya jangan mudah terpedaya dan menyiasat dulu latar belakang lelaki yang ingin memperisterikan mereka.

Semalam, muka depan Harian Metro mendedahkan mengenai penderitaan seorang wanita yang sering menjadi mangsa dera bekas suaminya.


Wanita itu, Kak Ros, 50, yang pernah menjadi isteri kedua lelaki durjana berkenaan, memberitahu akhbar ini, dia mula didera sejurus mendapat tahu bekas suaminya bersekedudukan dengan isteri orang di kampungnya di Langkawi, Kedah.

Perogol budak kena penjara 10 tahun

Sumber Harian Metro


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah atas dua tuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu terhadap Shah Rull Tajudin, 25, pada akhir kes pembelaan.

“Mahkamah mendapati keterangan dua saksi iaitu tertuduh dan majikannya gagal menimbulkan keraguan munasabah,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang hadir memakai pakaian serba putih didakwa merogol kanak-kanak berusia 12 tahun 11 bulan itu di sebuah rumah di Taman Maluri, Cheras dekat sini, antara jam 11 pagi hingga 3 petang, Januari 2007.


Pertuduhan kedua, di tempat yang sama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun tiga bulan, antara jam 1 petang hingga 3 petang, 22 Mei 2007.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Shah Rull didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh merayu supaya mahkamah memberi hukuman ringan kepadanya kerana dia tidak mendapat sokongan keluarga sejak mula dihadapkan ke mahkamah.

“Saya juga mengidap penyakit hepatitis C dan penjara adalah tempat tidak sesuai untuk penyakit saya,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad membantah dengan alasan mangsa masih muda ketika kejadian dan sebagai orang dewasa tertuduh sepatutnya menunjukkan teladan yang baik.

Gadis putus cinta ugut terjun landasan LRT

Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR: Akibat putus cinta, seorang gadis sanggup cuba terjun dari jejambat pejalan kaki ke atas landasan transit aliran ringan (LRT) Star yang sedang sibuk, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, gadis terbabit mengugut terjun ke landasan LRT terbabit sekiranya teman lelakinya yang dipercayai tinggal berhampiran enggan datang memujuknya.

Bagaimanapun, tindakan ‘berani mati’ gadis terbabit yang berdiri sambil sebelah tangannya memegang dinding tepi jejantas berhampiran stesen LRT Pudu di sini, menyebabkan orang ramai panik sebelum menghubungi polis serta Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

Dalam kejadian itu, gadis yang dikenali sebagai Rohani, 19, dari Kluang, Johor, enggan berganjak walaupun dipujuk anggota polis dan bomba.

Difahamkan, mangsa menangis dan meraung sambil menyebut nama teman lelakinya berulang kali.

Sumber polis berkata, gadis terbabit yang mendakwa bertengkar dengan kekasihnya enggan berganjak sebaliknya hanya berdiri sambil memerhatikan gerabak LRT melintas laju di bawahnya.

“Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba mengambil kesempatan merakamkan gambar gadis berkenaan menggunakan kamera dan telefon bimbit.

“Bagaimanapun, tindakan orang awam terbabit mencetuskan rasa marah gadis berkenaan yang mengarahkan supaya gambar wajahnya tidak diambil. Malah, gadis itu mengugut untuk terjun sekiranya orang ramai terus berdegil mahu merakam gambarnya,” katanya.

Keadaan gadis terbabit yang penat berdiri dan duduk seketika di tebing jejantas berkenaan diambil kesempatan oleh anggota bomba untuk merangkak mendekati mangsa sebelum segera menangkap gadis terbabit jam 9.20 pagi.

Menurutnya, gadis berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Dang Wangi sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, gadis terbabit yang menyewa rumah di Pandan Indah, Ampang, sebelum itu dipercayai datang ke kawasan berkenaan untuk bertemu kekasihnya yang dipercayai tinggal berhampiran kawasan Flet Sun Ping , di sini.

“Dia berulang kali mengugut akan terjun sekiranya kekasihnya itu tidak muncul atau datang meredakan keadaan. Tindakannya itu menyebabkan pihak bomba yang memujuk hampir satu jam terpaksa mencari kaedah lain bagi mengelakkan gadis berkenaan membunuh diri.

“Tindakan gadis terbabit yang ingin terjun ke atas landasan berkenaan setinggi hampir 10 meter itu dibimbangi boleh menyebabkan letupan sekiranya mangsa terkena landasan elektrik LRT yang mempunyai kuasa elektrik setinggi 5,000 volt,” katanya.

Keadaan gadis terbabit yang penat berdiri dan duduk seketika di tebing jejantas berkenaan diambil kesempatan oleh anggota bomba untuk merangkak mendekati mangsa sebelum segera menangkap gadis terbabit jam 9.20 pagi.

Menurutnya, gadis berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Dang Wangi sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut.

Hamun pengetua

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my



AMPANG: Cukup biadab apabila seorang pelajar lelaki sanggup menghamburkan kata-kata kesat kepada pengetua sekolahnya sambil disaksikan puluhan rakan serta seorang guru yang sedang mengajar dalam kelas berkenaan di sebuah sekolah di sini.

Tindakan kurang ajar itu dilakukan pelajar tingkatan tiga berkenaan sejurus pengetua berkenaan memberitahu mengenai tindakan buang sekolah yang dikenakan terhadapnya.

Perbuatan spontan pelajar berusia 15 tahun itu dianggap keterlaluan kerana dia tanpa segan silu memaki-hamun pengetua wanita berusia 50-an itu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa lalu, pengetua berkenaan pergi berjumpa pelajar terbabit bagi memaklumkan dia akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin serius.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum itu, pengetua berkenaan terserempak pelajar terbabit di pintu pagar sekolah lalu meminta dia datang ke pejabatnya bagi membincangkan hal berkenaan, tetapi tidak diendahkan sebaliknya remaja itu terus masuk ke kelas.

Menyedari keengganan pelajar itu berjumpanya, pengetua berkenaan mencari remaja lelaki itu di kelasnya.

Menurutnya, sebaik bertemu, pelajar terbabit tanpa menghiraukan pelajar lain dan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya terus menghamburkan kata-kata kesat serta memaki-hamun pengetua berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata ketegangan yang berlaku berikutan tindakan pelajar terbabit meninggikan suara memaki pengetua sekolahnya sedikit kendur apabila seorang anggota polis kebetulan lalu berhampiran kelas berkenaan.

Anggota polis berkenaan berada di sekolah itu untuk menguruskan hal persekolahan anaknya.

“Sebenarnya hal itu berpunca akibat salah faham kerana pelajar terbabit tidak dapat menerima kenyataan dia dibuang sekolah kerana masalah disiplin.

“Pelajar terbabit mula bersikap kurang ajar apabila memaki-hamun pengetuanya sejurus dimaklumkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian berkenaan dirujuk kepada pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ketika sesi perbincangan dengan pihak sekolah yang turut dihadiri ibu bapa pelajar terbabit.

Abdul Jalil berkata, hasil perbincangan, hal itu diselesaikan secara baik dan pelajar terbabit dibuang sekolah dengan persetujuan ibu bapanya.

Wednesday, July 8, 2009

Keluarga buang bayi

Oleh Fauzi Rahim Mustafa
fauzee@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Tidak berperikemanusiaan apabila satu keluarga sanggup berpakat membuang mayat bayi yang baru dilahirkan anak gadis mereka ke dalam tong sampah semata-mata kerana mahu menutup aib akibat keterlanjuran perempuan itu.

Bayi itu dipercayai meninggal dunia sejurus dilahirkan sebelum ibu gadis itu membungkus mayatnya dalam karung sampah plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah kira-kira 10 meter dari rumah keluarga itu di Sungai Lalang.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila wanita berusia awal 20-an itu yang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan anak, memaklumkan mengenai bayinya kepada petugas hospital yang menghubungi polis.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 6 pagi semalam sebelum keluarga itu merujuk anak perempuan mereka ke HSAH akibat pendarahan dalaman selepas melahirkan anak.

“Kakitangan HSAH yang merawat wanita itu curiga kerana dia tidak membawa bersama bayinya. Gadis itu memaklumkan bayi yang dilahirkannya sudah mati dan dibuang di dalam tong sampah di rumahnya.

“Sebaik dimaklumkan, kakitangan HSAH ke rumah gadis itu dan menemui satu bungkusan karung plastik mengandungi mayat bayi.

“Kakitangan HSAH menghubungi polis untuk mengambil alih kes itu.

“Polis yang tiba dan menjalankan siasatan awal di tempat kejadian menghantar mayat bayi itu ke HSAH kira-kira jam 8.30 pagi untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber itu berkata, bayi malang itu mungkin dilahirkan hasil hubungan luar nikah perempuan berkenaan dan tindakan yang dilakukan keluarganya dipercayai akibat tertekan dan malu sehingga tidak dapat berfikiran waras.

“Dipercayai tindakan keluarga itu bertujuan menutup rahsia dengan harapan ada pekerja pengangkat sampah mengangkut karung plastik berisi mayat bayi berkenaan sebelum diketahui orang lain.

“Namun, hajat mereka tidak kesampaian apabila anak perempuan mereka sendiri membocorkan rahsia selepas tidak dapat berselindung apabila diperiksa pakar perubatan dan maklumat itu diberikan sebelum pekerja memulakan operasi mengangkut sampah di kawasan rumah mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Taman Desa Aman, Azizan Darus, yang menjadi antara orang terawal tiba di tempat penemuan mayat bayi itu berkata, jiran keluarga berkenaan memaklumkan kepadanya pada waktu kejadian mereka terdengar bunyi anjing liar menyalak.

“Namun, salakan itu tidak dihiraukan kerana sememangnya kawasan perumahan ini banyak anjing liar berkeliaran.

“Perkara itu menjadi gempar apabila kira-kira jam 7 pagi tersebar berita di kalangan penduduk mengenai penemuan mayat bayi dalam tong sampah iaitu kira-kira 10 meter dari rumah keluarga gadis berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau turut menghubungi hospital dan polis bagi memaklumkan perkara itu tetapi diberitahu kedua-dua pihak berkaitan sudah mengetahuinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan polis masih melakukan siasatan lanjut.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.


Ibu bantu buang mayat cucu

Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my




SEORANG penduduk menunjukkan tempat mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan dibuang di Taman Desa Aman 2, Sungai Lalang, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Sebaik sahaja anak perempuannya melahirkan seorang bayi lelaki, seorang wanita terus membungkus cucu yang telah meninggal dunia itu ke dalam plastik hitam dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Itulah tindakan wanita yang merupakan nenek kepada bayi tersebut bagi mengelak rahsia anaknya terbongkar dalam kejadian yang berlaku di Taman Desa Aman 2, Sungai Lalang awal pagi semalam.

Bagaimanapun, dia, suami dan anak perempuannya itu ditahan selepas Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) membuat laporan polis kerana mereka cuba menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assistan Komisioner Hashim Ali, gadis berusia 20 tahun itu melahirkan bayinya bersendirian di dalam biliknya pada pukul 5 pagi semalam.

Lara isteri kedua

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my


Keguguran lepas diterajang suami
KLANG: “Saya ingatkan dia boleh membimbing hidup saya, rupa-rupanya dia lebih jahil daripada orang jahil!” demikian keluhan seorang wanita yang menjadi mangsa dera bekas suami yang pernah berkongsi hidup selama setahun pada 2006.

Ibu tunggal berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Ros, 50, memberitahu dia mula didera sejurus mendapat tahu bekas suaminya bersekedudukan dengan isteri orang di kampungnya di Langkawi, Kedah.

“Setiap kali bertanyakan penjelasan, dia seolah-olah dirasuk syaitan. Saya akan ditelanjang kemudian ditendang dan ditumbuk sehingga lebam dan berdarah.

“Apa yang lebih menyedihkan, saya keguguran ketika mengandung dua bulan akibat diterajang di perut.

“Kejadian ngeri ini berlaku berulang-ulang, namun saya takut melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang dia akan bertindak lebih ganas,” katanya yang mengetahui bekas suaminya yang dikenali sebagai Haji Shuib, 57, rupa-rupanya lelaki gila seks.

Kak Ros berkata, dia bersyukur diceraikan suaminya dua tahun lalu selepas berkahwin di Songkla, Thailand dan bebas daripada cengkaman lelaki kejam itu.

Menurutnya, mereka hanya tinggal bersama selama sebulan sahaja selepas berkahwin kerana suaminya tidak tinggal bersama dipercayai tinggal bersama isteri tua,

“Walaupun sudah bercerai bekas suami masih mengganggu kerana ingin menuntut hartanya yang diperolehi daripada suami pertama.

“Penderitaan saya tidak berakhir selepas berpisah, malah berlarutan apabila bekas suami mula menuntut beberapa harta termasuk rumah, kereta dan tanah milik saya yang dibeli ketika bersama bekas suami pertama dulu.

“Dia (bekas suami) kemudian datang menyerang di restoran saya dan membelasah di depan pelanggan. Keadaan ketika itu tidak ubah seperti adegan tayangan tinju, namun tiada sesiapa berani menolong saya,” katanya.

Kejadian itu berlaku selepas setahun bercerai ketika dia menjalankan perniagaan kedai makan di Langkawi dan dia dipaksa menandatangani surat pelepasan semua harta terbabit kecuali sebidang tanah dusun.

Kak Ros mendakwa, susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kuah, Langkawi, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap bekas suaminya.

“Ketika menjadi isterinya, saya tidak dibenarkan keluar rumah walaupun hanya untuk bercakap dengan jiran. Saya menuruti saja kata-katanya kerana khuatir dituduh derhaka.

“Namun, apabila isteri pertama menuduh saya menyembunyikan suaminya itu, saya mula menyiasat gerak-geri suami bagi mendapatkan kepastian hingga akhirnya menyaksikan sendiri suami memasuki bilik hotel bersama perempuan lain,” katanya. yang menyangka suaminya pulang ke rumah isteri pertama.

“Dia seorang kontraktor dan berduit, tidak mustahil ramai yang terpedaya dan menjadi mangsanya untuk melepaskan nafsu seks yang melampau itu,” katanya yang tertipu dengan perwatakan bekas suaminya..

“Kerana sering diugut, saya meninggalkan empat anak berusia 13 hingga 29 tahun bersama ibu yang sudah tua di kampung dan menyewa sebuah bilik kecil di sini.

“Saya rindukan anak bongsu yang masih belajar, namun takut pulang ke Langkawi kerana dia mengugut akan menghantar pembunuh upahan selagi tanah itu tidak diberikan kepadanya,” katanya yang kini menetap di sebuah pekan kecil di Selangor.