Tuesday, March 24, 2009

Malang janda sepi

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang kasanova yang menggelar dirinya ‘penyelamat ibu tunggal’ dikatakan memiliki kepakaran luar biasa apabila berupaya menggoda wanita sepi hingga menjadi pemuas nafsu serakahnya.

Wanita terbabit sanggup berhabis wang ringgit demi cinta mereka dengan lelaki hidung belang terbabit.

Lelaki berusia 46 tahun itu pernah ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) selain beberapa mangsa membuat laporan polis di Johor Bahru dan Maran, Pahang mengenai kegiatannya itu.

Namun, dia masih tetap melakukan kegiatan tidak bermaruah itu dengan mencari mangsa baru.

Lelaki mata keranjang itu begitu mudah menjerat mangsa, terutama janda muda dengan hanya menaburkan janji kononnya mahu memberi kehidupan baru kepada wanita yang sedang dahagakan kasih sayang serta perlindungan lelaki.

Dia yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak menggunakan talian khidmat mencari rakan sembang sebagai taktiknya untuk menjerat wanita sepi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini dan IPD Maran ketika dihubungi mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, pula menyatakan lelaki terbabit dicekup bersama seorang wanita kerana berkhalwat sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah tahun lalu.

“Dia ditangkap penguat kuasa agama JAJ kerana melakukan jenayah syariah pada 29 Jun 2007 bersama wanita berusia 39 tahun. Mereka didapati bukan mahram ketika ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Wartawan Harian Metro menemubual seorang bekas kekasih lelaki itu dikenali sebagai Zainab, 35.

Zainab yang bekerja sebagai jurujual menyifatkan hidupnya sepanjang enam tahun lalu bersama lelaki itu umpama dalam neraka.

“Saya yakin dia mengamalkan ilmu songsang sehingga berjaya mempengaruhi saya untuk menyerahkan wang RM10,000 secara berperingkat bagi membantunya setiap kali menghadapi masalah.

“Ketika dipujuk rayu, saya seperti terpukau dan cepat simpati terhadapnya walaupun banyak kali memberikan wang simpanan dan gaji kepadanya,” katanya yang membuat laporan dua kali termasuk di Balai Polis Kulai pada 12 Februari dan 24 Disember 2008 di Balai Polis Bandar Seri Alam Masai di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkenalan dengan lelaki itu yang mulanya dianggap sebagai pengganti teman hidup selepas bercerai dengan suami, mengundang pelbagai masalah tidak berkesudahan.

“Dia pandai bermain kata-kata dan berlagak romantik bagi memenangi hati saya supaya percaya janji manisnya.

“Malah, dia turut memenangi hati dua anak saya berusia 12 dan 13 tahun apabila sering datang ke rumah untuk menjenguk mereka.

“Akibat cair dengan ayat cinta yang selalu dilafazkan setiap kali bertemu, saya akhirnya tunduk kepada kehendaknya sehingga sanggup bersekedudukan selepas dijanjikan mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidup Zainab apabila tanpa disedari, lelaki itu mengikis semua wang simpanannya sebelum terbongkar rahsia dia sebenarnya sudah beristeri dan mempunyai anak.

Selepas mengetahui status sebenar lelaki terbabit, katanya, dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mudah mengalah lalu menimbulkan pelbagai gangguan secara berterusan.

Lebih mengejutkan Zainab apabila isteri lelaki terbabit turut bersekongkol.

“Dia bertindak di luar batasan, termasuk mengugut dan memukul saya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang enggan lagi meneruskan hubungan.

“Pada 12 Februari tahun lalu, saya ditampar manakala 24 Disember lalu, dia bersama isterinya menyerang saya di sebuah pasar raya di Masai sebelum pertengkaran itu dileraikan pengawal keselamatan,” katanya.

Zainab berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua anaknya memahami keadaan dan memberikan semangat untuk meneruskan hidup walaupun masih diganggu lelaki buaya darat itu.

Dia difahamkan ada ramai ibu tunggal menjadi mangsa kasanova terbabit, termasuk seorang yang bergelar Datin di Gombak untuk mendapatkan wang mudah daripada wanita berduit.

Monday, March 23, 2009

Tendang kemaluan elak dirogol

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol, seorang wanita yang teruk dibelasah menendang kemaluan suspek yang cuba merogolnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri.

Difahamkan mangsa berusia 26 tahun turut memukul suspek menggunakan payung yang dibawa.

Kejadian jam 8.30 pagi Khamis lalu, di laluan pejalan kaki di Bulatan Pahang, mangsa seorang tukang cuci dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Baru tidak menyangka tiga lelaki yang mengekorinya berniat jahat.

Seorang daripada suspek menghampiri dan mencekik sambil mengarahkan mangsa tidak membuat bising.

Menurut sumber, suspek merampas beg tangan mangsa untuk mencari barang berharga dan wang, tetapi hampa kerana tiada barang berharga ditemui.

“Suspek cuba mencium mangsa, tetapi ditolak wanita terbabit menyebabkan lelaki itu berang dan menghempas mangsa ke dinding sebelum menampar dan menumbuk muka berkali-kali,” katanya.

Melihat mangsa tidak bermaya, suspek cuba memperkosanya, bagaimanapun wanita itu sempat menendang kemaluan lelaki terbabit.

Harian Metro 24 Mac 2009

Mayat separuh bogel di pokok

Kosmo 24.Mac 2009

HULU SELANGOR - Seorang pekerja bengkel yang melalui jalan pintas untuk ke tempat kerjanya di Sungai Choh di sini semalam, tergamam melihat satu mayat wanita dalam keadaan separuh bogel tergantung di sebatang pokok durian.

Ketika ditemui pukul 7.45 pagi, mayat wanita itu digantung mengguna tali dan hanya memakai coli serta seluar dalam.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Mazri dikatakan kerap menggunakan jalan pintas itu untuk ke tempat kerjanya yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Mazri yang terkejut melihat mayat itu segera memaklumkan kepada seorang pekerja di sebuah stesen minyak berhampiran sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, siasatan awal polis pada mulanya mengesyaki mangsa membunuh diri.

"Bagaimanapun, unit forensik yang tiba dan membuat siasatan mendapati kematian mangsa mempunyai kaitan jenayah kerana kaki mangsa yang mencecah tanah turut diikat.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol berdasarkan pada keadaan seluar dalamnya yang terlondeh,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Menurut Bakhtiar, polis percaya selepas mangsa dirogol, suspek kemudian menjerut leher mangsa dengan menggantungnya pada dahan pokok durian tersebut.

Kejam! Kejam! Kejam!
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

HULU SELANGOR: Seorang wanita bukan setakat dirogol, malah lehernya dijerut sebelum mayatnya digantung dalam keadaan separuh bogel pada dahan sebatang pokok durian.

Ketika ditemui seorang mekanik kira-kira jam 7.50 pagi di sebuah dusun di Kampung Sungai Choh di sini, semalam, mangsa hanya memakai coli putih dengan seluar dalam yang sedikit terlucut.

Difahamkan, pembunuh sengaja menggantung mayat wanita berusia awal 20-an itu bagi mengelirukan polis seolah-olah mangsa membunuh diri.

Bagaimanapun, penemuan kesan tapak kaki, sebotol arak, beberapa tiket bas dan calar pada paha mangsa memberi petunjuk kemungkinan wanita dirogol sebelum dijerut dan digantung.

Mekanik berkenaan, Mohd Mazry Mazlan, 20-an, berkata ketika kejadian, dia menunggang motosikal bersendirian melalui jalan pintas di dusun itu untuk ke stesen minyak Kampung Sungai Choh, untuk membeli rokok.

Katanya, ketika melalui dusun berkenaan, dia terlihat ‘anak patung’ besar tergantung pada dahan pokok durian berkenaan.

“Mulanya saya tak menyangka ia mayat manusia lalu mendekati dan melihatnya lebih dekat.

“Namun, sebaik merenung muka mangsa yang ditutupi rambut, saya tersentak apabila menyedari ia mayat manusia,” katanya.

Dia yang cemas segera memecut motosikalnya dan meminta pekerja stesen minyak melaporkan kepada polis.

“Ini pengalaman pertama saya melihat mangsa bunuh. Keadaan mayat mangsa berkulit putih dan bertubuh kecil cukup mengerikan,” katanya.

Sementara itu Timbalan ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Md Rashid, berkata pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai penemuan mayat wanita itu, kira-kira jam 7.50 pagi.

Menurutnya, pada peringkat awal, anggota polis yang melakukan siasatan menyangka mayat wanita itu tergantung kerana membunuh diri.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut Unit Forensik mendapati dia bukan menggantung diri seperti disangka, sebaliknya berkemungkinan besar dibunuh. Polis yakin mangsa dibunuh lebih daripada seorang,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menolak kemungkinan wanita yang belum dikenal pasti identiti itu ditarik pembunuhnya ke kawasan belukar berhampiran dusun itu.

“Berlaku pergelutan antara pembunuh dan mangsa sebelum dia dibunuh dengan kejam apabila lehernya dijerut.

“Kesan pergelutan ini dapat dilihat berdasarkan luka pada paha dan kaki mangsa yang dipercayai meronta untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa digantung pada dahan pokok durian setinggi hampir dua meter menggunakan tali yang dijerut pada lehernya.

“Berdasarkan ikatan tali, polis percaya beberapa pembunuh saling bekerjasama untuk mengangkat mangsa sebelum ia digantung.

“Kami percaya mangsa bukan membunuh diri kerana kedua-dua kakinya membengkok dan mencecah permukaan tanah,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh, Bakhtiar tidak menolak kemungkinan itu, tetapi masih menunggu laporan bedah siasat.

“Ada kemungkinan mangsa dirogol di bawah pokok kelapa kira-kira lima meter dari tempat dia digantung. Polis turut menemui sebotol arak dipercayai milik pembunuh di bawah pokok durian itu.

“Selain itu, polis turut menemui beberapa tiket bas di tempat kejadian. Kami akan menjalankan siasatan dengan syarikat bas terbabit bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi membantu kes ini,” katanya.

Menurutnya, polis sukar mengenal pasti identiti mangsa berikutan wanita itu tiada kesan suntikan cacar di bahu dan tidak membawa dokumen pengenalan diri.

“Polis percaya mangsa dibunuh sekitar jam 3 pagi berikutan maklumat terdapat bunyi salakan anjing pada waktu itu.

“Saya meminta orang ramai dan penduduk setempat yang kehilangan ahli keluarga serta mempunyai maklumat segera menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk dibedah siasat.

Sunday, March 22, 2009

Pura-pura tanya jalan sebelum gertak juruwang

BENTONG: Dua pekerja stesen minyak di Genting Sempah, di sini, terkejut apabila dua pelanggan yang mulanya bertanyakan arah jalan tiba-tiba mengacukan parang dan memaksa mereka menyerahkan wang dari laci juruwang, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, penyamun terbabit melarikan wang tunai RM2,000 selepas menggertak untuk mencederakan pekerja itu jika mereka ingkar arahan menyerahkan wang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Saga menghampiri stesen minyak itu sebelum dua daripadanya berpura-pura sebagai pelanggan dan masuk ke dalam premis itu untuk bertanya arah.

Menurutnya, secara tiba-tiba seorang daripada mereka mengeluarkan parang dan mengarahkan dua pekerja stesen minyak itu menyerahkan wang menyebabkan mangsa menggeletar takut serta akur arahan itu. kerana bimbang dicederakan.

“Seorang daripada penjenayah terbabit membuka sendiri laci juruwang dan mengambil semua wang berjumlah kira-kira RM2,000. Bagaimanapun, mereka tidak mengambil barang runcit di dalam premis itu.

“Kedua-dua penjenayah itu melarikan diri bersama seorang lagi yang sedia menunggu dalam kereta. Kejadian itu dimaklumkan kepada pengurus stesen minyak sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Bukit Tinggi sejam kemudian,” katanya.

Sumber Harian Metro

Cabul pelajar dalam rumah

KUALA TERENGGANU: Niat baik seorang pelajar wanita memberi segelas air kepada seorang pelajar lelaki yang bertandang ke rumahnya membawa padah apabila remaja itu mencabulnya, Selasa lalu.

Ketika kejadian, mangsa berusia 14 tahun dari Kampung Lapan Kotak, Kampung Raja, Besut, berada di rumahnya kira-kira jam 3 petang selepas membantu keluarga berniaga sebelum didatangi lelaki dikenalinya.

Malah, remaja berusia 14 tahun yang juga pelajar meminta segelas air dari mangsa sebelum mangsa mengambil segelas air.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata suspekmengekori mangsa ke dalam rumah untuk mengambil air tanpa disedari gadis berkenaan.

Menurutnya, dalam ketakutan mangsa menyerahkan minuman kepada suspek dan selepas mengambilnya remaja berkenaan tidak keluar rumah sebaliknya bertindak meramas payu dara mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu memukul tangan suspek menyebabkan remaja berkenaan melarikan diri kerana khuatir kejadian disedari ahli keluarga mangsa.

Sumber Harian Metro

Tangan putus kena tetak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


AMPANG: Biarpun berpunca daripada perselisihan faham yang kecil, seorang lelaki hilang tangan kanannya selepas ditetak dengan sebilah parang selain cedera parah dibelasah sekumpulan 20 lelaki di Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 30-an dikatakan bertengkar dengan suspek apabila keretanya dilanggar dari belakang sebelum berlaku pertengkaran kecil antara mereka.

Difahamkan, susuk tubuh mangsa yang besar menyebabkan suspek berusia 20-an itu bimbang sebelum menghubungi rakannya yang lain bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa yang terus mempersalahkan suspek selain menuntut ganti rugi menyebabkan berlaku tolak-menolak sebelum kedua-dua mereka bergaduh.

Sumber berkata, selepas kira-kira 10 minit bergaduh, rakan suspek kemudiannya datang membantu dengan membelasah mangsa sehingga parah menggunakan pelbagai peralatan termasuk parang.

“Pada mulanya mangsa cuba melarikan diri, namun gagal kerana sudah dikepung lebih 20 rakan suspek.

“Akibat terdesak, mangsa dikatakan meneruskan pergaduhan itu menyebabkannya dibelasah kumpulan berkenaan hingga cedera parah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut sumber, biarpun mangsa cedera parah, kumpulan terbabit terus membelasahnya sebelum seorang daripada mereka menetak tangan kanannya sehingga putus menggunakan sebilah parang.

“Mangsa yang mengerang kesakitan kemudiannya ditinggalkan di lokasi kejadian sebelum dibantu orang awam,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa orang ramai ke Hospital Ampang, di sini, untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, tiga suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan sudah diberkas pihak berkuasa dan usaha memburu saki-baki kumpulan berkenaan sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Assisten Komisioner II Hasnan Hassan mengesahkan kejadian berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Ujian DNA bagi kenal pasti mayat dalam tong

MUAR: Kehadiran satu keluarga beberapa jam selepas mayat seorang lelaki ditemui disimen di dalam tong di Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), petang kelmarin, gagal merungkai misteri kes itu.

Walaupun ada kemungkinan kesan parut akibat pembedahan apendiks di perut mayat lelaki terbabit boleh membantu siasatan polis, tiada pengecaman dibuat sehingga semalam dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

Sehubungan itu, polis menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat ditemui di dalam parit di Kampung Parit Punggur Darat, Jalan Sri Tanjung, Jumaat lalu bagi mengenal pasti sama ada ia lelaki dilaporkan hilang dari rumahnya di Parit Jawa, sejak Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Lee Choon Guan, berkata siasatan awal mendapati mangsa lelaki Cina berusia awal 20-an dan sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum mayatnya dijumpai berikutan keadaannya sudah mula reput serta berbau.

“Ujian DNA terpaksa dijalankan berikutan keluarga itu tidak dapat mengecam secara positif mayat dijumpai dalam tong itu adalah ahli keluarga mereka yang hilang.

“Kami terpaksa menunggu dua minggu lagi bagi pengesahan keputusan ujian DNA itu sambil meneruskan siasatan lanjut,” katanya.

Sumber Harian Metro

Bapa saudara nafsu syaitan

HULU SELANGOR: Bapa saudara hantu. Itulah ungkapan sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki bernafsu syaitan apabila dia dikatakan sanggup mencabul anak saudara sendiri semata-mata melempiaskan nafsu serakahnya.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an dipanggil ‘Pak Long’ bijak mengambil peluang apabila mengunjungi rumah gadis berusia 11 tahun itu di Kampung Paya Dalam, Kuala Kubu Bharu, ketika mangsa tinggal berseorangan di rumahnya.

Dalam kejadian jam 6 petang Jumaat lalu, mangsa dipaksa membuka pintu belakang rumahnya oleh suspek sebelum dicabul lelaki durjana itu di dalam bilik utama di rumahnya.

Sumber Harian Metro

Tangan putus kena tetak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my


AMPANG: Biarpun berpunca daripada perselisihan faham yang kecil, seorang lelaki hilang tangan kanannya selepas ditetak dengan sebilah parang selain cedera parah dibelasah sekumpulan 20 lelaki di Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 30-an dikatakan bertengkar dengan suspek apabila keretanya dilanggar dari belakang sebelum berlaku pertengkaran kecil antara mereka.

Difahamkan, susuk tubuh mangsa yang besar menyebabkan suspek berusia 20-an itu bimbang sebelum menghubungi rakannya yang lain bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa yang terus mempersalahkan suspek selain menuntut ganti rugi menyebabkan berlaku tolak-menolak sebelum kedua-dua mereka bergaduh.

Sumber berkata, selepas kira-kira 10 minit bergaduh, rakan suspek kemudiannya datang membantu dengan membelasah mangsa sehingga parah menggunakan pelbagai peralatan termasuk parang.

“Pada mulanya mangsa cuba melarikan diri, namun gagal kerana sudah dikepung lebih 20 rakan suspek.

“Akibat terdesak, mangsa dikatakan meneruskan pergaduhan itu menyebabkannya dibelasah kumpulan berkenaan hingga cedera parah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut sumber, biarpun mangsa cedera parah, kumpulan terbabit terus membelasahnya sebelum seorang daripada mereka menetak tangan kanannya sehingga putus menggunakan sebilah parang.

“Mangsa yang mengerang kesakitan kemudiannya ditinggalkan di lokasi kejadian sebelum dibantu orang awam,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa orang ramai ke Hospital Ampang, di sini, untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, tiga suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan sudah diberkas pihak berkuasa dan usaha memburu saki-baki kumpulan berkenaan sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Assisten Komisioner II Hasnan Hassan mengesahkan kejadian berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Saksi rakan ditembak mati

KUALA LUMPUR - Seorang remaja hanya mampu mengelipkan mata apabila melihat rakannya mati ditembak sebelum dia sendiri bersembunyi untuk menyelamatkan diri dalam cubaan samun sebuah premis kafe siber di Blok C, PPR Danau Kota di Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 6 pagi itu berlaku di hadapan sebuah kafe siber di tingkat bawah flat tersebut apabila premis itu didatangi sekumpulan 10 lelaki berparang dan seorang bersenjatakan sepucuk pistol.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja kafe siber, Alex Rafael, 25, mati akibat terkena satu das tembakan di belakang bahu kanannya ketika cuba menghalang salah seorang penjenayah itu daripada terus mengejar pelanggannya di luar premis berkenaan.

Mangsa yang meninggal dunia merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan telah bekerja di premis tersebut sejak empat bulan lalu. Mangsa tinggal di tingkat 13 di flat tersebut.

Selain bekerja sambilan di situ, Alex juga bekerja sebagai pembaik pulih alat pendingin hawa.


sumber dari Kosmo

Budak maut dirempuh bas, pemandu kunci pintu bas takut diserang penduduk

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

PASIR MAS - "Saya pangku adik saya yang hampir terkulai dalam keadaan sebahagian kepalanya pecah.

"Sampai di rumah saya suruh emak kutip serpihan otak adik yang terburai di atas jalan."

Demikian cerita sedih, Mohd. Salehuddin Mohd. Faizal, 17, abang kepada Siti Zulaiqha, 8, yang maut dilanggar bas Ekspres Budaya di Kampung Chabang Empat Chetok, Kilometer 11.5 Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, dekat sini pukul 9.15 malam kelmarin.


Menurutnya, beliau menyaksikan kemalangan itu dari hadapan rumahnya dan nampak bagaimana Zulaiqha melambung setinggi kira-kira lima meter sebelum terjatuh di hadapan bas itu.

"Dalam keadaan takut saya berlari mendapatkan Zulaiqha yang berlumuran darah.

"Zulaiqha semasa itu sudah tidak bernyawa lalu saya mendukungnya membawa pulang ke rumah," ceritanya dengan sedih.

Salehuddin memberitahu, mayat adiknya yang teruk cedera di kepala kemudian diletakkan di ruang tamu rumah.

Saturday, March 21, 2009

Suspek bunuh ibu diburu

TANJUNG MALIM: Polis masih memburu suspek dipercayai membunuh ibunya sendiri, Yap Ah Moi, 73, di sebuah rumah di Jalan Ketoyong pada 12 Mac lalu dan percaya suspek masih berada di sekitar daerah itu selain tidak menolak kemungkinan berada di sempadan Selangor iaitu Hulu Bernam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan, Adzhar Othman, berkata suspek dipercayai mempunyai sumber kewangan bagi membolehkannya bergerak ke merata tempat di sekitar negeri ini.

Beliau ketika ditemui berkata, suspek, Wooi Kong Phey (gambar), 32, tinggal bersama ibunya dan baru keluar dari Hospital Bahagia pada 5 Mac lalu dan dipercayai sudah 52 kali keluar masuk hospital itu.

Dalam kejadian pada 12 Mac lalu, Yap dibunuh secara kejam apabila dijumpai tertiarap dalam bilik di rumahnya dengan kepala dan pergelangan tangannya putus.

Kejadian itu disedari anak perempuan mangsa, Wooi Siew Yong, 37, yang memeriksa ke rumah ibunya selepas curiga berikutan mangsa tidak berkunjung ke rumahnya setiap hari.

Adzhar berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa meninggal dunia dan dipercayai dibunuh pada awal pagi kejadian dengan menggunakan senjata tajam.

Katanya, pihaknya menjumpai cangkul dan gergaji berlumuran darah di sebelah badan mangsa di dalam bilik rumah itu.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Wilson di talian 05-4528222 atau 017 51658879 dan balai polis berdekatan.

~Sumber Harian Metro

Pekerja derhaka mati dipukul

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

KAJANG - Hajat seorang lelaki yang mahu menyamun bekas majikan wanitanya yang hidup mewah di sebuah banglo di Country Heights di sini berakhir dengan kematian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II, Hasnan Hassan berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi semalam, suspek seorang lelaki Cina berusia 53 tahun berjaya masuk ke banglo itu mengguna kunci pendua.

"Suspek menuju ke bilik utama bekas majikannya seorang wanita Melayu yang berusia 56 tahun yang ketika itu sedang tidur," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, turut berada di dalam rumah itu, seorang lelaki Palestin berumur 40 tahun dan seorang anak saudara mangsa yang menghidap penyakit 'autisme' atau kecacatan mental yang berusia 12 tahun serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Katanya, selepas suspek masuk ke dalam bilik itu, dia kemudian mengugut bekas majikannya memberikan wang dan situasi itu menyebabkan suasana bilik menjadi bising.

Ekoran keadaan itu, lelaki Palestin yang tidur di sebuah bilik lain terjaga dan terus ke bilik utama untuk melihat apa yang berlaku.

"Suspek dengan membawa pisau yang menyedari kehadiran lelaki Palestin terus menyerang lelaki Palestin itu sehingga menyebabkan berlaku pergelutan selama kira-kira 20 minit," kata beliau.

Hasnan memberitahu, semasa pergelutan mangsa yang belum berkahwin terus keluar dari bilik dan membawa anak saudaranya serta pembantu rumah menyelamatkan diri.

Ujarnya, seorang pengawal keselamatan yang terdengar jeritan mangsa telah pergi ke banglo itu sebelum menghubungi polis.

Hasnan memberitahu, polis yang tiba di tempat kejadian mendapati suspek telah mati akibat dihentak dengan kerusi kayu di kepala.

Lelaki Palestin itu pula luka di perut akibat terkena tikaman. Dia dihantar ke Hospital Serdang.

Friday, March 20, 2009

Rela hutang tebus isteri dilarikan

KUALA LUMPUR: “Aku akan bunuh isteri kau secara perlahan-lahan jika gagal membayar wang tebusan,” kata Roslan Mohd Ariffin, 42, menceritakan dirinya diugut seorang lelaki tidak dikenali dipercayai individu yang melarikan isteri keduanya, Siti Jora Mohamad, 35, sejak sebulan lalu.

Isteri keduanya itu dikatakan dibawa lari dari rumah mereka di Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan, pada 17 Februari lalu sebelum disembunyikan seorang lelaki tidak dikenali.

Difahamkan, Siti Jora isteri yang patuh kepada perintah suami serta seorang penyayang biarpun dia menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis kronik.

Menurut Roslan, sejak laporan mengenai kehilangan Siti Jora disiarkan, lebih 10 panggilan diterimanya daripada seorang lelaki yang mendakwa menyembunyikan isterinya itu di sebuah rumah kosong di lokasi tidak diketahui.
“Lelaki itu mendakwa akan membiarkan Siti Jora kelaparan dan akan menyeksanya dengan kejam sehingga mati jika saya enggan membayar wang tebusan RM1,000.

“Malah, lelaki terbabit begitu yakin mendakwa dia tidak akan dapat dikesan pihak berkuasa kerana tempat persembunyiannya itu cukup selamat selain mengarahkan saya mempercepatkan proses pembayaran.

“Dia mengarahkan saya memasukkan wang ke dalam akaunnya secepat mungkin dan hanya memberikan tempoh seminggu bermula semalam,” katanya.

Roslan berkata, biarpun dia hanyalah orang kebanyakan dan tidak mempunyai simpanan yang banyak, dia sanggup berhutang dengan orang lain semata-mata untuk menyelamatkan Siti Jora.

“Namun, saya berharap lelaki terbabit memberikan sedikit masa kepada saya untuk mendapatkan wang yang dimintanya selain membenarkan saya bercakap dengan Siti Jora.

“Saya memohon kepada lelaki terbabit tidak mencederakan Siti Jora dan merayu kepadanya membebaskan isteri saya segera,” katanya.

Katanya, dia sanggup tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap lelaki terbabit sekiranya memulangkan Siti Jora dalam keadaan selamat.

Sehubungan itu, mangsa sekali lagi membuat laporan di Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan untuk tindakan seterusnya.
Sumber: Harian Metro

Thursday, March 19, 2009

Kepala ditoreh

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

SHAH ALAM: “Ketika menuruni laluan berbukit saya hampir pitam selepas melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan mengerikan. Saya bergegas turun dari lori dan memanggil dua rakan sebelum menghubungi polis,” kata pemandu lori kelapa sawit, Teoh Cheng Kooi, 56, yang menemui mayat seorang lelaki dipercayai mangsa pembunuhan di Ladang North, Hummock, Setia Alam di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mayat lelaki yang belum dikenal pasti indentiti dan warga negara itu dibunuh kejam apabila kepala dan mukanya ditoreh selain isi perutnya hampir terburai.

Teoh yang sudah lima tahun bekerja mengangkut buah sawit di situ berkata, ketika ditemui mayat itu dalam keadaan terlentang dan memakai baju biru dan seluar kelabu.

“Terdapat kesan darah di tempat kejadian. Bagaimanapun, saya tak berani lihat kerana ia amat mengerikan.


“Sejurus kemudian saya memanggil dua rakan saya, warga Indonesia yang sedang mengumpul buah sawit, kira-kira tiga meter dari tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, sehari sebelum kejadian, dia ke ladang terbabit dengan beberapa pekerja untuk mengait buah sawit dan semalam dia mengangkut buah itu untuk dihantar ke kilang di Kampung Budiman, Setia Alam.

“Kejadian ini pertama kali berlaku di sini dan ia amat menakutkan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu jam 3 petang sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika ditemui mayat itu masih elok dan kami tidak menolak ia mati beberapa jam sebelum ia ditemui pekerja ladang.

“Siasatan awal mendapati terdapat tiga kesan torehan di belakang kepala, muka dan perut, bagaimanapun, senjata yang digunakan tidak ditemui,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Nor Azam berkata, identiti mangsa juga tidak dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di sisi mayat, malah beberapa pekerja ladang yang ditemui tidak pernah melihat si mati.

“Kami tidak menolak mangsa diserang lebih daripada seorang dan ia dipercayai berpunca daripada dendam.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat,” katanya.

Polis meminta saksi kejadian menghubungi IPD Shah Alam atau balai polis berhampiran dengan menelefon Rakan Cop di 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Angkara cemburu

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my


SEREMBAN: Seorang bakal pengantin perempuan dan bapanya ditemui mati dibunuh di rumah mereka di Taman Tuanku Ampuan Najihah, Sungai Gadut, Senawang dekat sini.

Mayat dua beranak itu ditemui seorang ahli keluarga, kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam, yang kebetulan ke rumah berkenaan bagi membincangkan urusan perkahwinan yang dijadualkan Sabtu ini.

Mayat D Kasturi, 23, yang parah di kepala akibat ditetak dan dua jari tangan kanannya putus ditemui di sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu, manakala mayat bapanya, M Doraisamy, 52, ditemui dengan leher dan tangan kanannya hampir putus di bilik berasingan di tingkat atas.

Difahamkan, Kasturi yang juga seorang kerani di sebuah kilang di Senawang bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang anggota polis di negeri ini.



Polis percaya pembunuhan kejam itu bermotifkan cemburu terhadap mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II Datuk Abd Manan Mhd Hassan, berkata jiran mendakwa terdengar jeritan di rumah mangsa, kira-kira jam 3.50 pagi semalam.

Menurutnya, kakak Kasturi yang pergi ke rumah berkenaan tengah hari semalam menemui mayat adik dan bapanya di bilik tidur berasingan di tingkat atas.

“Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik menerima laporan.

“Kedua-dua mangsa ditemui dengan kesan kecederaan parah di beberapa bahagian badan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis di rumah mangsa mendapati tiada kesan pecah masuk atau geledah.

Katanya, pembunuh dan mangsa dipercayai saling mengenali.

Dua beranak itu dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam yang sedang dikesan polis.

“Siasatan lanjut mengenai kejadian itu turut membabitkan cemburu,” katanya sambil menyebut sepasukan polis dari Unit Forensik dan Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Tu’anku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

Pengurus cuba tenangkan perompak mati ditembak

SEBERANG JAYA: Pengurus Pasaraya Tesco Extra di sini cuba menenangkan sekumpulan perompak yang merompak sebuah kedai emas dalam pasar raya itu biarpun mengetahui boleh membahayakan nyawanya.

Usaha S Sathiasillan, 28, itu bagaimanapun sia-sia apabila empat perompak terbabit melepaskan tembakan mengenai dagu dan dadanya dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi semalam.

Rakan mangsa, Pengurus Peruncitan Tesco, N Ilangohvan, 26, dan seorang pengawal keselamatan kedai emas terbabit, Izat Hafiz Mohamad Saad, 27, turut cedera terkena tembakan. Mereka dirawat di Hospital Seberang Jaya dan keadaan mereka dilaporkan stabil.





Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata ketika suspek melarikan diri selepas merampas barang kemas berkenaan, mangsa bersama Ilangohvan baru tiba di tempat kejadian.

Mereka cuba memujuk perompak itu, namun ditembak beberapa das hingga menyebabkan Sathiasillan mati serta-merta.

Dalam rompakan nekad itu, katanya, suspek bersenjatakan pistol dan tukul besi itu dipercayai mengambil masa kurang empat minit untuk melarikan 20 dulang emas bernilai RM250,000.

Katanya, empat perompak memakai topeng dan bertopi keledar bertutup penuh itu datang berasingan lalu terus menembak pengawal keselamatan bertugas.

“Mereka memecahkan pintu kaca kedai emas itu yang belum memulakan operasinya menggunakan tukul besi.

“Selepas mengambil barang kemas itu dengan memecahkan cermin rak pameran, mereka melarikan diri dengan sebuah kereta Honda City dan motosikal bersama dua rakan yang menunggu di luar.

“Ketika kejadian, lima petugas kedai emas iaitu tiga wanita dan dua lelaki tidak dicederakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ayub berkata, polis turut menemui empat kelongsong peluru di tempat kejadian.

Padah pemurah tak bertempat

Padah pemurah tak bertempat

KAJANG: Sikap pemurah tidak bertempat seorang wanita meminjamkan wang kepada rakan akhirnya memakan diri apabila dia dikatakan terpaksa membuat pinjaman daripada ceti haram untuk terus hidup selepas rakannya itu ghaib sejurus mendapat wang berkenaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab rakannya itu menyebabkan mangsa kini tertekan selepas diburu ceti haram berkenaan.

Dia yang hilang pertimbangan dipercayai mengkelar kedua pergelangan tangannya mengakibatkan dia maut dipercayai akibat kehilangan banyak darah kesan kecederaan dialami.

Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin di Batu 19 Kajang, mayat wanita berusia 64 tahun itu ditemui anaknya ketika memeriksa bilik ibunya itu yang dikatakan berkunci dari dalam.

Mangsa dikatakan tidak bangun pada waktu pagi seperti biasa, serta tidak menyahut selepas beberapa kali dipanggil untuk sarapan pagi.

Menggunakan kunci pendua, anak mangsa kemudian berjaya membuka bilik berkenaan dan mendapati ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta katil dibasahi darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah kajang Superintendan Toha Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Mangsa dikatakan mengalami masalah hutang serta mengalami tekanan akibat diburu ceti haram. Hasil siasatan mendapati mangsa mati akibat kehilangan banyak darah disebabkan kesan kelar pada pergelangan tangannya,” katanya.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas ketika ditanya berhubung butiran kejadian terbabit.

Tiba-tiba dikurung

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my


AMPANG: Mimpi berulang kali seorang graduan universiti dia terperangkap di sebuah rumah bagaikan petanda awal apabila kejadian itu benar-benar berlaku selepas dikurung seorang lelaki tidak dikenali di Pandan Villa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Mastura, 24, berkata dia ditemani teman lelakinya ke rumah suspek yang meminta pertolongan untuk menjaga anak perempuannya berusia lingkungan 10 tahun.

Difahamkan, mangsa yang baru menamatkan pengajian dari sebuah universiti tempatan bersetuju mengikut lelaki terbabit ke rumah selepas tertarik dengan tawaran untuk bekerja sebagai pengasuh dengan gaji RM600 sebulan.

“Pada mulanya saya bersetuju bekerja dengan lelaki itu namun berubah fikiran selepas melihat dua wanita warga Thailand datang ke rumah lelaki itu dan menuntut hutang. Saya yakin wanita itu bekas pengasuh kepada anak lelaki terbabit,” katanya.

Mastura berkata, dia terkejut dengan kemunculan dua wanita terbabit meminta wang menyebabkannya berubah fikiran untuk tidak bekerja sebagai pengasuh.

“Saya kemudian meminta pulang dan tidak mahu bekerja namun dihalang lelaki terbabit kerana mendakwa ingin membeli minuman semua tetamu termasuk saya, teman lelaki saya dan dua wanita berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit turut membawa anak perempuan itu bersamanya dan meminta semua tetamunya bersabar sementara menunggu dia pulang.

Selepas 30 minit menunggu, lelaki terbabit tidak muncul menyebabkan dia dan mangsa lain untuk keluar dari rumah berkenaan.

“Kami terkejut apabila mendapati rumah itu dikunci dari luar. Kami juga cuba menghubungi semula lelaki itu namun gagal.

“Akibat berang dengan tindakan itu, kami cuba memecahkan pintu rumah berkenaan namun gagal.

“Buntu untuk mencari jalan keluar, kami menghubungi polis,” katanya.

Mastura berkata, kira-kira 10 minit kemudian tiga anggota polis yang datang ke lokasi terus memecahkan pintu rumah itu.

“Selepas kejadian itu saya terfikir tentang mimpi terkurung yang saya alami sebelum ini seolah-olah petunjuk kepada kejadian sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, semua mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan usaha mengesan lelaki terbabit sedang giat dijalankan.

Dua lelaki culik saya’

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my


BATU PAHAT: “Saya ingatkan tak akan jumpa ibu bapa lagi kerana bapa ayam berkeliaran di sana (kawasan hotel),” kata Nursyazwani Muhidin, 16, menceritakan pengalamannya ketika dilari dan ditinggalkan bersama tujuh lelaki sebelum dibawa ke sebuah hotel di Johor Bahru, Rabu lalu.

Dia mendakwa dilarikan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Satria di pondok menunggu bas berhampiran rumahnya di Taman Nira di sini.

Sebaik terdengar bunyi pintu kereta ditutup kuat, baru dia tersedar sudah berada dalam sebuah kereta bersama dua lelaki berusia 20-an itu.

“Saya dibawa ke sebuah rumah sewa di Taman Bakti, Jalan Kluang di sini sebelum dua lelaki itu mengurung saya tetapi memberikan makanan dan minuman.

“Apabila memberitahu mahu pulang, mereka enggan menghantar saya, sebaliknya menyuruh meminum minuman seperti teh dengan alasan ia dapat meringankan kepala. Saya agak ia mungkin arak.

“Berikutan enggan mengikut arahan lelaki berkenaan, saya dikurung dua malam sebelum mereka membawa saya ke Johor Bahru pada pagi Rabu minggu lalu. Sebaik tiba, tujuh lelaki berusia 20-an menunggu di satu kawasan di sekitar Jalan Wong Ah Fook,” katanya.

Dua lelaki yang membawanya dengan Proton Satria dari Batu Pahat itu terus menghilangkan diri.

Mangsa terpaksa bersama kumpulan tujuh lelaki bermotosikal itu sebelum dibawa bersiar-siar di sekitar pusat bandar raya.

Pada sebelah malam pula, katanya, dua daripada tujuh lelaki itu memberitahu beberapa bapa ayam memerhatikannya.

Dua lelaki terbabit mengajaknya makan malam di tempat lain dengan alasan mahu menyelamatkannya.

“Selepas makan, saya dibawa ke sebuah hotel tapi tak menyangka mereka tidur dalam bilik yang sama.

“Saya cuba melarikan diri tapi dimarahi, namun dapat berbuat demikian keesokannya ketika mereka sedang tidur,” kata Nursyazwani.

Dia kemudian menemui lima lelaki daripada kumpulan itu meminta menghubungi telefon bimbit bapa sebelum pak ciknya di Johor Bahru datang mengambilnya, petang Khamis lalu.

Dia yang menganggap pengalaman dilarikan selama tiga hari itu paling buruk dalam hidupnya tidak terfikir dapat bertemu semula keluarganya.

Malah, gadis berkenaan tidak menolak kemungkinan dia mungkin dijual kepada bapa ayam atau cuba dijadikan ‘hadiah’ dalam pertarungan lumba haram membabitkan kumpulan Mat Rempit jika gagal melarikan diri.

Sementara itu, bapanya, Muhidin Ibrahim, 41, bersyukur apabila menemui semula Nursyazwani dan berharap pihak berkuasa menjejaki lelaki yang mengurung anaknya.

Budak hamil 5 bulan diperkosa bapa tiri

RAUB: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun, berdepan masa depan gelap apabila disahkan hamil lima bulan selepas menjadi mangsa kerakusan bapa tiri yang mengambil kesempatan merogolnya di rumah mereka di Felda Gugusan Tersang, dekat sini, sejak November tahun lalu.

Kejadian berlaku selepas bapa tiri berusia 39 tahun itu mengambil kesempatan merogol mangsa yang masih bersekolah ketika ibunya tiada di rumah.

Bagaimanapun, mangsa ditemani ibunya hanya membuat aduan polis, 12 Mac lalu selepas disahkan hamil.

Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata kejadian terbabit hanya disedari ibu mangsa selepas mendapati anaknya itu sering mengadu kurang sihat.

Berikutan itu, beliau berkata, mangsa dibawa menerima rawatan dan ibu mangsa terkejut apabila doktor mengesahkan anaknya itu kini hamil lima bulan.

“Wanita berkenaan mengesyaki perbuatan itu dilakukan suaminya, seorang warga Indonesia.

“Polis percaya lelaki terbabit melarikan diri dan pulang ke negara asalnya selepas mengetahui isterinya membuat aduan berhubung kejadian itu. Namun, kami tidak menutup fail kes dan usaha memburu suspek masih dijalankan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Dalam kes lain, Wan Samsuddin berkata, polis menahan dua remaja bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di bandar ini, kelmarin.

Menurutnya, dua remaja masing-masing berusia 18 dan 23 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk siasatan lanjut.

Tanam bayi

Oleh Mohd Rashidi Yusuf
am@hmetro.com.my

KENAL PASTI...pakar forensik membuka kain kafan
bayi. Gambar kiri, kubur yang digali.
KENAL PASTI...pakar forensik membuka kain kafan
bayi. Gambar kiri, kubur yang digali.

LENGGONG: Kewujudan sebuah kubur yang tidak menghadap kiblat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Batu, dekat sini, Ahad lalu, membongkar penemuan satu mayat bayi dipercayai ditanam di kawasan itu secara sembunyi.

Mayat bayi dipercayai tidak cukup bulan itu ditemui selepas unit forensik polis menggali kubur berkenaan sebaik mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Sebelum itu, polis menerima laporan daripada penduduk yang curiga dengan kewujudan kubur itu.

Sebaik penggalian dilakukan, polis menemui mayat bayi yang dikafan dan diletakkan di bawah beberapa belahan buluh sebagai ganti papan keranda sebelum ditimbus dengan tanah dan dipasang dua kayu nisan berbalut kain sejadah usang.

Tanam bayi
Oleh Mohd Rashidi Yusuf
am@hmetro.com.my

KENAL PASTI...pakar forensik membuka kain kafan
bayi. Gambar kiri, kubur yang digali.
KENAL PASTI...pakar forensik membuka kain kafan
bayi. Gambar kiri, kubur yang digali.

LENGGONG: Kewujudan sebuah kubur yang tidak menghadap kiblat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Batu, dekat sini, Ahad lalu, membongkar penemuan satu mayat bayi dipercayai ditanam di kawasan itu secara sembunyi.

Mayat bayi dipercayai tidak cukup bulan itu ditemui selepas unit forensik polis menggali kubur berkenaan sebaik mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Sebelum itu, polis menerima laporan daripada penduduk yang curiga dengan kewujudan kubur itu.

Sebaik penggalian dilakukan, polis menemui mayat bayi yang dikafan dan diletakkan di bawah beberapa belahan buluh sebagai ganti papan keranda sebelum ditimbus dengan tanah dan dipasang dua kayu nisan berbalut kain sejadah usang.

Lelaki nafsu binatang

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

MUAR: Ketika ini, dia sedang menjalani hukuman penjara 40 tahun dan 46 sebatan selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan iaitu meliwat, menculik, melarikan serta merogol dua budak perempuan berusia 10 tahun dalam dua kejadian berasingan di dua tempat berbeza.

Semalam, bekas pembantu tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu, Jamil Jaya Said @ Ibrahim, 36, dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan lagi oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mencabul, melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang budak perempuan bawah umur berusia 13 tahun 10 bulan pada 26 Mac 2007.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Azlan Ahmad mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak selama 20 tahun.

Beliau turut mengarahkan hukuman itu berjalan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman terdahulu.

Dalam perbicaraan 3 April dan 28 Julai tahun lalu, Jamil Jaya dihukum penjara 85 tahun dan dikenakan 46 sebatan, tetapi hanya menjalani 40 tahun kerana hukuman dijalankan serentak.

Hukuman penjara yang dihadapi tertuduh sepatutnya selama 121 tahun, namun disebabkan dijalankan serentak dia dipenjara selama 60 tahun.

Ketika prosiding semalam, Jamil Jaya dikawal ketat dengan seorang pegawai duduk sebelahnya dalam kandang tertuduh, manakala seorang lagi menunggu di tempat duduk belakang.

Ini bagi mengelak kejadian pada perbicaraan 28 Julai tahun lalu berulang apabila Jamil Jaya cuba melarikan diri dengan melompat dari kadang pesalah sebelum dihalang seorang pegawai Jabatan Kehakiman.

Bagi pertuduhan pertama, Jamil Jaya dihukum penjara enam tahun selepas mengaku bersalah mencabul budak perempuan itu dalam sebuah Proton Saga Aeroback, kira-kira jam 1 tengah hari pada 26 Mac 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan berkenaan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dalam kereta dan lokasi sama, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377A KK yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377C KK yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 20 sebatan kerana merogol mangsa di sebuah rumah di Melaka kira-kira jam 3 petang pada hari sama.

Ini mengikut Seksyen 376 KK iaitu jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadhli Mat Satris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

FAKTA

Perbicaraan 3 April 2008 (Dipenjara 38 tahun dan 22 sebatan)

# Bagi tuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang budak perempuan yang ketika kejadian berusia sembilan tahun 11 bulan di kebun kelapa sawit antara jam 2 hingga 3 petang pada 21 Oktober 2007.

# Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama di lokasi dan tarikh sama.

Perbicaraan 28 Julai 2008 (Dipenjara 47 tahun dan 24 sebatan)

# Bagi tuduhan pertama, dia dihukum penjara 20 tahun dan 20 sebatan selepas didapati merogol seorang budak perempuan berusia sembilan tahun di bilik hotel dalam kejadian antara jam 6 petang hingga 8.45 malam pada 26 November 2006.

# Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara tujuh tahun kerana menculik dan melarikan mangsa.

# Bagi tuduhan ketiga, dia dihukum penjara 20 tahun dan empat sebatan kerana meliwat mangsa pada tarikh, waktu dan tempat sama dengan tuduhan pertama.

Perbicaraan semalam, 17 Mac 2009 (Dipenjara 36 tahun dan 24 sebatan)

# Bagi tuduhan pertama, dia dihukum penjara enam tahun selepas mengaku bersalah mencabul seorang budak perempuan berusia 13 tahun 10 bulan dalam sebuah Proton Saga Aeroback kira-kira jam 1 tengah hari pada 26 Mac 2007.

# Bagi tuduhan kedua, dia dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dalam kereta, lokasi dan tarikh sama, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

# Bagi tuduhan ketiga, dia dihukum penjara 20 tahun dan 20 sebatan kerana merogol mangsa di sebuah rumah di Melaka kira-kira jam 3 petang pada hari sama dengan pertuduhan pertama dan kedua.

Perompak kejam Myanmar maut dibelasah

Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my

Dua anggota polis memeriksa mayat lelaki Myanmar yang mati dibelasah di Bukit Selambau, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Tunjuk samseng tembak orang, alih-alih nyawa sendiri melayang.
Demikian nasib seorang perompak Myanmar yang mati dibelasah lebih 100 penghuni rumah kongsi yang berang selepas seorang rakan mereka ditembak oleh lelaki itu.

Lelaki yang mati itu merupakan seorang daripada lima penjenayah yang cuba merompak rumah kongsi di Bukit Selambau di sini yang didiami kira-kira 1,000 rakyat asing yang kebanyakannya merupakan rakyat Myanmar.

Jurucakap polis berkata, semasa kejadian pukul 8.30 malam kelmarin, lima penjenayah dipercayai warga Myanmar telah menyerbu sebuah rumah kongsi yang didiami kira-kira 20 lelaki yang bekerja dengan sebuah kilang papan.

Seorang daripada lelaki itu memiliki pistol manakala empat lagi berparang. Para pekerja kilang papan tersebut dipercayai baru menerima gaji pada sebelah pagi hari kejadian.

“Lelaki itu terus mengarahkan supaya kesemua mangsa menyerahkan wang dan barangan berharga masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, jurucakap polis itu berkata, beberapa penghuni rumah kongsi itu termasuk mangsa cuba meminta simpati memandangkan mereka sama-sama berasal dari Myanmar.

Namun, ujar beliau, rayuan mangsa-mangsa itu tidak diendahkan. Dalam suasana tegang, suspek yang bersenjatakan pistol terus mengacukan senjata itu ke arah mangsa yang mula agresif.

Lelaki yang berpistol itu kemudian cuba menyentap rantai leher yang dipakai mangsa itu namun mangsa enggan menyerahkannya menyebabkan perompak itu melepaskan tembakan ke kepalanya.

Berang melihat tindakan lelaki itu, kumpulan 20 penghuni dengan dibantu rakan-rakan yang tinggal di rumah kongsi bersebelahan mengamuk menyebabkan kelima-lima perompak tersebut cuba melarikan diri.

Empat sekeluarga diikat geng perompak

GOMBAK: Empat sekeluarga menempuh detik cemas diikat sekumpulan perompak bersenjatakan parang dan pisau yang menceroboh kediaman mereka di Bandar Baru Selayang, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa seorang anggota tentera berpangkat kapten berusia 30-an dikejutkan perompak terbabit sebelum diarahkan ke ruang tamu bersama isteri dan anaknya.

Semua mereka diikat kumpulan empat perompak sebelum menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas serta wang tunai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati empat perompak terbabit masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang.



“Namun, polis percaya kumpulan perompak terbabit warga Indonesia melalui pertuturan yang digunakan mereka seperti diceritakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, kumpulan perompak terbabit mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum mereka meninggalkan rumah itu.

“Semua mangsa tidak dicederakan dan kerugian dianggarkan RM7, 000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi polis di talian 03-61362899.

Rotan untuk disiplin pelajar - KP

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my

PASIR PUTEH - Masalah disiplin pelajar sekolah menuntut Kementerian Pelajaran mengaktifkan kembali hukuman rotan sebagai tindak balas yang rasional untuk penyelesaian jangka pendek.

Meskipun tindakan itu mendapat tentangan banyak pihak sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pula berpendapat, ia wajar bagi menunjukkan peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh diperkotak-katikkan.

Untuk itu katanya, pengetua dan guru besar sekolah akan diberi tanggungjawab melaksanakan hukuman tersebut selepas siasatan masalah disiplin selesai.

"Peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh dicabar walaupun di mahkamah, kita ada hak menguatkuasakan apa sahaja yang perlu mengikut pertimbangan yang sewajarnya,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut di sini semalam.

Lawatan itu susulan daripada kes pelajar tingkatan tiga, Mohd. Amirul Mohd. Affandi, 14, cedera dilibas dengan lawi ayam oleh sekumpulan pelajar senior kelmarin.

Menurutnya, pengurusan disiplin sekolah akan dipertingkatkan dengan tanggungjawab guru disiplin dipikul oleh semua guru.

Sementara itu, dalam kes di SMK Tok Janggut, Alimuddin memberitahu, seorang pelajar yang menikam mangsa telah dibuang sekolah manakala tiga rakannya dihukum gantung sekolah antara seminggu hingga dua minggu.

2 beradik diratah geng Mat Rempit

PETALING JAYA:Dua beradik hanya mampu menangis teresak-esak sambil berlari hampir satu kilometer ke balai polis berhampiran bagi mendapatkan bantuan selepas dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan Mat Rempit junior. Dalam kejadian petang semalam, dua beradik masing-masing berusia 18 dan 22 tahun itu dikurung sebelum diperkosa suspek semuda usia 14 tahun. Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati lima suspek yang terbabit dalam kejadian itu turut membabitkan pelajar dan dua daripada anak anggota polis. Menurutnya, kejadian dikesan berlaku petang Ahad lalu apabila dua beradik terbabit keluar untuk membeli belah bersama seorang lagi rakan di sekitar Sungai Buloh, di sini.

“Bagaimanapun, ketika sedang membeli-belah, seorang rakan lelaki kepada mangsa yang berusia 18 tahun menghubungi mangsa dan menyatakan hasrat berjumpa di kawasan meletak motosikal di pusat beli-belah itu.

“Mangsa bersetuju berjumpa teman lelakinya. Sebaik tiba, mereka berbual seketika sebelum suspek menyatakan hasrat menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menawarkan khidmat sama menghantar ketiga-tiga gadis berkenaan pulang ke rumah mereka di Damansara Damai, di sini.

“Pada mulanya, suspek menghantar terlebih dulu rakan mangsa pulang ke rumah sambil meminta mangsa menunggu seketika di pusat beli-belah berkenaan.

“Selepas menghantar pulang rakan mangsa, suspek muncul semula bersama dua lagi rakan yang menunggang motosikal untuk menjemput mereka,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal itu dibawa ke sebuah rumah teres satu tingkat di Sungai Plong, di sini.

“Suspek memberi alasan sedang menunggu seorang lagi rakan yang mempunyai kereta untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.

“Sementara menunggu ‘rakan’ itu, mangsa dijemput masuk ke dalam rumah terlebih dulu,” katanya.

Menurutnya, ketika dalam rumah itu, tiba-tiba 10 lelaki tidak dikenali muncul.

“Beberapa lelaki menarik tangan mangsa berusia 22 tahun sebelum diheret masuk ke dalam sebuah bilik dalam rumah itu.

“Enam daripada lelaki terbabit memperkosa kakak mangsa bergilir-gilir sebelum dibebaskan. Mangsa yang selesaikan ‘dikenduri’ mencari adiknya sebelum menemui adiknya itu dikurung dalam bilik lain dalam rumah itu,” katanya.

Menurutnya, adik mangsa bagaimanapun terselamat apabila kumpulan suspek hanya meraba tubuhnya dan tidak memperkosa mangsa.

“Difahamkan kedua-dua beradik itu meloloskan diri dari rumah berkenaan sebelum berlari sejauh lebih satu kilometer ke Balai Polis Sungai Plong, di sini.

“Mangsa yang membuat laporan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pemeriksaan perubatan,” katanya.

Susulan itu, polis menyerbu beberapa lokasi di Sungai Buloh sebelum memberkas suspek dan melakukan beberapa tangkapan membabitkan remaja berusia 14 tahun dan dua anak penjawat awam.

Helah buang semut

Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my DUNGUN:

Kenangan manis seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sepanjang mendiami kuarters kakitangan kerajaan bersama keluarga di Kampung Bukit Besi di sini, bertukar menjadi detik hitam apabila dia dicabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, kelmarin. Berikutan itu, hasrat bapanya yang sepatutnya berpindah ke Perak bermula semalam terpaksa ditangguhkan kerana anaknya dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu berhubung kes terbabit. Kejadian dialami kanak-kanak itu terbongkar selepas dia mengadu kesakitan pada kemaluannya kepada ibunya ketika hendak membuang air kecil, kira-kira jam 7.30 malam. Bimbang kesakitan dialami serius, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 23 tahun segera memeriksa dan terkejut apabila mendapati ada kesan merah pada kemaluan anaknya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang dibuat ibu mangsa kira-kira jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mengunjungi rumah suspek yang juga abang kepada rakan mangsa, pada kira-kira jam 6.30 petang.

“Difahamkan mangsa sering ke rumah berkenaan untuk bermain dengan adik suspek, bagaimanapun pada hari kejadian, rakannya itu dikatakan tidak ada di rumah kerana menemani ibu serta dua adik beradiknya ke pasar malam di kampung berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai dicabul selepas dia menanggalkan seluar sebaik disuruh berbuat demikian oleh suspek yang kononnya mahu membuang semut memasuki seluar mangsa.

Katanya, suspek dipercayai mengambil kesempatan mencabul mangsa ketika dia (mangsa) dalam keadaan separuh bogel selepas melucutkan seluar sebelum pulang ke rumah keluarga kira-kira jam 7.30 malam.

Selepas disarankan, kata Dahlan, si ibu segera membawa mangsa ke Klinik Desa Bukit Besi di sini untuk pemeriksaan.

“Sebaik mendapati ada kesan merah pada kemaluan kanak-kanak terbabit, pihak klinik menyarankan wanita itu membawa anaknya ke HD untuk rawatan lanjut.

“Walaupun pakar kanak-kanak HD mengesahkan terdapat kesan merah pada kemaluan dan tiada ada kesan koyak, namun tindakan memindahkan kes berkenaan ke HSNZ membuatkan hati wanita itu tidak tenang dan menyebabkan dia membuat laporan polis,” katanya.

Dahlan berkata, pihaknya menunggu laporan HSNZ sebelum mengambil tindakan lanjut.

Wednesday, March 18, 2009

10 minit belasah tepi jalan

Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

BUKTI...Mohd Radzif menunjukkan laporan polis dibuatnya.
BUKTI...Mohd Radzif menunjukkan laporan polis dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Akibat tidak memiliki lesen memandu dan cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya, seorang pemuda dibelasah tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di Jalan Pasar, Jumaat lalu.

Ketika kejadian, mangsa Mohd Radzif Ahmad Dhoaa, 27, yang baru kematian adik lelakinya selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Ipoh, Rabu lalu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil motosikal adiknya di Kerinci, kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurutnya, sebaik cuba berpatah balik kira-kira lima meter dari sekatan jalan raya, dia dipukul anggota Rela berusia lingkungan 30-an di tepi jalan menggunakan sebatang kayu.

“Hayunan kayu itu tepat mengenai bahagian kepala, badan dan lengan saya. Nasib saya agak baik kerana ketika itu memakai topi keledar, jika tidak saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi,” katanya.





Katanya, dia hampir terjatuh dari motosikal, namun sempat dipegang seorang lagi anggota Rela.

“Selepas itu datang beberapa anggota lain yang turut memarahi dan memukul kepala saya menggunakan tangan masing-masing,” katanya.

Mohd Radzif berkata, selepas kira-kira 10 minit dibelasah kumpulan Rela terbabit, anggota polis yang berada di sekatan mengarahkannya pulang ke rumah dan meminta jangan menghebahkan kejadian itu.

“Sebaik tiba di rumah, saya dihantar rakan serumah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Akibat cedera pada bahagian kepala itu, doktor mendakwa berkemungkinan penglihatan saya terganggu jika darah gagal diberhentikan. Dia berpesan supaya segera ke hospital sekiranya mengalami masalah itu.

“Saya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar atas nasihat ahli keluarga dan rakan, bagi memudahkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Rela Malaysia, Brig Jeneral Rela Datuk Zaidon Asmuni ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan, namun memberitahu pihaknya tidak memandang remeh dakwaan berkenaan.

“Kami (Rela) sebenarnya hanyalah membantu pihak berkuasa dalam melakukan tugasan dan tidak mempunyai sebarang peruntukan memukul orang awam biarpun dia melanggar undang-undang lalu lintas.

“Kerja kami (Rela) bukanlah menghukum tetapi membantu. Namun, saya percaya ada sebab lain sekiranya anggota kami benar-benar bertindak sedemikian. Keadaan itu akan berlaku sekiranya suspek bertindak kasar sehinggakan mengancam nyawa anggota Rela itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, adalah menjadi kerja ‘gila’ sekiranya anggota Rela bertindak sedemikian tanpa sebab dan alasan munasabah.

“Apapun kami menyiasat dakwaan ini dan sekiranya anggota kami didapati bersalah, tindakan tegas dikenakan terhadapnya. Saya juga meminta supaya mangsa tampil berjumpa dengan kami bagi memudahkan siasatan dilakukan,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Bertemu tahun jumpa mayat

Oleh Hadzlihady Hassan dan Iskandar Shah Mohamed
am@hmetro.com.my

DI SINI...Saiful menunjukkan tong sampah tempat dia
menemui bungkusan mengandungi mayat bayi dan janin.
DI SINI...Saiful menunjukkan tong sampah tempat dia
menemui bungkusan mengandungi mayat bayi dan janin.

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tak menyangka rasa sedih dan geram ketika terjumpa janin pada tarikh sama tahun lalu berulang hari ini (semalam),” kata Saiful Bahari, 34.

Semalam, kira-kira jam 9 pagi, dalam tong sampah yang sama di Flet AU3/1 Taman Keramat di sini, dia yang hendak memungut sampah mengalami sekali lagi perasaan yang mahu dilupakan itu apabila menemui bukan satu, malah dua iaitu mayat bayi dan janin.

Pemandu lori syarikat pembersihan Mofalah Services itu berkata, dia memang mengesyaki bungkusan terbabit mengandungi bayi kerana pernah mengalami kejadian seperti itu.

“Saya terus membuka bungkusan itu dan telahan saya tepat apabila ia mengandungi mayat bayi lelaki sudah cukup sifat dan janin yang dibungkus dalam bungkusan surat khabar sama,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, malam tadi.





Menurutnya, dia kesal dengan tindakan individu terbabit kerana tergamak membuang bayi yang disifatkannya sebagai langsung tidak bertanggungjawab.

“Biasanya, saya bercuti pada hari minggu, namun hari ini (semalam) saya tergerak hati untuk mengambil sampah di kawasan terbabit kerana tidak bertugas Khamis lalu kerana lori mengalami masalah.

“Jika tidak, mungkin mayat bayi dan janin itu sudah reput dan tiada sesiapa mengetahui kejadian terbabit,” katanya.

Sebaik membuka dan pasti bungkusan itu mengandungi mayat bayi dan janin, Saiful segera menghubungi polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi berkata, beberapa anggota serta pegawai polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada Saiful dan melakukan pemeriksaan lanjut

“Polis bagaimanapun belum mengenal pasti jantina janin itu dan percaya kedua-dua bayi itu baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam tong sampah itu,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 315/318 Kanun Keseksaan dan kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4252 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Empat sekeluarga diikat geng perompak

GOMBAK: Empat sekeluarga menempuh detik cemas diikat sekumpulan perompak bersenjatakan parang dan pisau yang menceroboh kediaman mereka di Bandar Baru Selayang, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa seorang anggota tentera berpangkat kapten berusia 30-an dikejutkan perompak terbabit sebelum diarahkan ke ruang tamu bersama isteri dan anaknya.

Semua mereka diikat kumpulan empat perompak sebelum menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas serta wang tunai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati empat perompak terbabit masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang.





“Ketika itu, semua mangsa sedang tidur dan perompak menutup muka menggunakan baju mereka.

“Namun, polis percaya kumpulan perompak terbabit warga Indonesia melalui pertuturan yang digunakan mereka seperti diceritakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, kumpulan perompak terbabit mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum mereka meninggalkan rumah itu.

“Semua mangsa tidak dicederakan dan kerugian dianggarkan RM7, 000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi polis di talian 03-61362899.

Dilibas polis palsu dengan batang besi

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar institut pengajian tinggi nyaris menjadi mangsa samun dua penjenayah yang menyamar anggota polis ketika dalam perjalanan ke Sentul berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) di sini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 19 tahun itu dipukul dengan objek tumpul dipercayai besi oleh seorang daripada polis ‘palsu’ terbabit dan cedera di belakang badan ketika mahu melarikan diri.

Dalam kejadian jam 11.40 malam, Khamis lalu, mangsa mendakwa sedang menunggang motosikal bersendirian melalui lebuhraya terbabit menuju ke Sentul.

Menurut sumber, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berusia 20-an menghampirinya dan mengarahkannya berhenti serta mengeluarkan kad pengenalan.





“Mangsa terkejut apabila seorang daripada suspek menggenggam tangannya yang sedang memegang tempat pemulas minyak motosikalnya.

“Anggota ‘polis’ itu mengarahkan mangsa berhenti sebelum mengikut arahan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, selepas berhenti, seorang daripada mereka turun daripada motosikal sebelum menahan mangsa dengan mengepit kedua kakinya di tayar depan motosikalnya.

“Mangsa mendakwa kedua suspek berkenaan tidak berkata apa dan bertegas memintanya menunjukkan kad pengenalan,” katanya.

Menurutnya, namun, kelakuan pelik kedua polis ‘palsu’ itu menyebabkan mangsa curiga mengesyaki mereka penyamun sebelum menggerakkan motosikalnya bagi menyelamatkan diri.

“Ketika melarikan diri, seorang suspek sempat melibas mangsa menggunakan objek keras dipercayai besi sehingga menyebabkan cedera di belakang badan,” katanya.

Mangsa yang berjaya melepaskan diri kemudian mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Tong buang bayi

Oleh Hadzlihady Hassan dan Iskandar Shah Mohamed
am@hmetro.com.my

Kejadian tahun lalu berulang semalam

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tak menyangka rasa sedih dan geram ketika terjumpa janin pada tarikh sama tahun lalu berulang hari ini (semalam),” kata Saiful Bahari, 34.

Semalam, kira-kira jam 9 pagi, dalam tong sampah yang sama di Flet AU3/1 Taman Keramat di sini, dia yang hendak memungut sampah mengalami sekali lagi perasaan yang mahu dilupakan itu apabila menemui bukan satu, malah dua iaitu mayat bayi dan janin.

Pemandu lori syarikat pembersihan Mofalah Services itu berkata, dia memang mengesyaki bungkusan terbabit mengandungi bayi kerana pernah mengalami kejadian seperti itu.





“Saya terus membuka bungkusan itu dan telahan saya tepat apabila ia mengandungi mayat bayi lelaki sudah cukup sifat dan janin yang dibungkus dalam bungkusan surat khabar sama,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Menurutnya, dia kesal dengan tindakan individu terbabit kerana tergamak membuang bayi yang disifatkannya sebagai langsung tidak bertanggungjawab.

“Biasanya, saya bercuti pada hari minggu, namun hari ini (semalam) saya tergerak hati untuk mengambil sampah di kawasan terbabit kerana tidak bertugas Khamis lalu kerana lori mengalami masalah.

“Jika tidak, mungkin mayat bayi dan janin itu sudah reput dan tiada sesiapa mengetahui kejadian terbabit,” katanya.

Sebaik membuka dan pasti bungkusan itu mengandungi mayat bayi dan janin, Saiful segera menghubungi polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi berkata, beberapa anggota serta pegawai polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada Saiful dan melakukan pemeriksaan lanjut

“Polis bagaimanapun belum mengenal pasti jantina janin itu dan percaya kedua-dua bayi itu baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam tong sampah itu,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 315/318 Kanun Keseksaan dan kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4252 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Penyamun Indonesia 'ala ninja' mengganas

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

JALIL menunjukkan kesan potongan pintu jeriji oleh penyamun Indonesia di rumahnya di Bandar Baru Selayang semalam.

GOMBAK - "Jangan ikut aku kalau tidak aku masuk dalam rumah semula dan kerjakan kamu semua.''

Peringatan biadap tersebut dihamburkan oleh seorang daripada empat penyamun Indonesia ketika mahu melarikan diri selepas menceroboh rumah seorang kapten di Jalan 4/4, Bandar Baru Selayang di Gombak di sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika Abdul Jalil Hussein, 39, bersama ibu mertua, tiga orang anak dan seorang pembantu rumah sedang tidur manakala isterinya, Suhaila Ishak, 36, hendak mengambil wuduk bagi mengerjakan Solat Tahajjud.

Cerita pegawai tentera itu, ketika sampai di bilik air, isterinya terdengar bunyi orang sedang mengumpil pintu dan apabila dijengah, seorang lelaki Indonesia bertutup muka ala ninja mengacukan parang sebelum tiga lagi rakannya meluru masuk.

"Sebaik terdengar isteri menjerit, saya terjaga tetapi belum sempat bangun keempat-empat lelaki itu telah berada di depan saya dan terus mengikat tangan saya menggunakan dawai yang diperoleh dari pagar di belakang rumah.

"Kami diarahkan diam dan dipaksa memberitahu di mana barang berharga disimpan. Selepas setengah jam, penjenayah itu dapat mengambil tiga telefon bimbit, sebuah komputer riba, barang kemas dan wang yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM7,000,'' kata Abdul Jalil ketika ditemui di rumahnya di sini semalam

Antara kes pembuangan bayi dilaporkan media

# 4 Mac 2009

BALIK PULAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam longkang di tepi jalan Batu Feringgi-Teluk Bahang, di sini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dan kesan darah di badan dijumpai dibungkus dengan tuala mandi oleh seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jam 10 pagi.



# 17 Februari 2009

#

KANGAR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyorok bayinya dalam laci almari bilik tidur di rumah majikannya yang juga pegawai kanan polis, di sini, sejak tiga hari lalu.

Yanti, 22, mengaku terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis dan menyembunyikan bayi itu daripada majikannya kerana takut dimarahi dan dihantar pulang ke negaranya.



# 4 Februari 2009

NILAI: Penemuan seorang bayi lelaki yang berpakaian lengkap serba biru dengan sarung tangan, topi, beg dan tuala bersama botol susu di koridor tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, menggemparkan penduduk rumah pangsa berkenaan.

Bayi yang dipercayai berusia sebulan itu ditemui seorang penduduk di lantai koridor sebelum memaklumkannya kepada polis.



# 7 Januari 2009

PETALING JAYA: Polis menemui seorang bayi perempuan berusia dua minggu yang disembunyikan dalam beg hitam sebelum ditinggalkan di belakang sebuah rumah teres di Kampung Cempaka, Kelana Jaya, dekat sini.

Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah itu jam 2.50 pagi sejurus membuka beg berkenaan dan tersentak melihat bayi yang dibaluti tuala masih bernyawa.



# 21 Disember 2008

SUNGAI PETANI: Seorang remaja berusia 17 tahun disiasat polis berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di belakang rumahnya di Kampung Bujang, Merbok, dekat sini, semalam.

Remaja terbabit yang dikatakan mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada keluarga meninggalkan mayat bayi berkenaan di kawasan belakang rumahnya, tetapi ditemui oleh bapanya sekitar jam 5 petang.



# 15 Oktober 2008

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Jertih, Besut, dipercayai meletakkan mayat bayi lelaki baru lahir dalam sejadah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam.

Polis membawa suspek yang memakai baju panas warna kelabu dan berseluar sukan putih ke Mahkamah Sesyen, kira-kira jam 11.30 pagi bagi mendapat tahanan reman membantu siasatan kes berkenaan.

Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir yang dibungkus dalam sejadah ditemui berhampiran tabung derma Masjid Tengku Tengah Zaharah selepas solat Subuh.



# 29 September 2008

MARANG: Tindakan pantas seorang datuk mendengar tangisan di luar rumah yang berbeza daripada suara cucunya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan dalam gulungan paip getah di tepi rumahnya di Kampung Lama Seberang Marang, dekat sini.

Datuk berkenaan, Othman Yeop, 48, berkata bayi malang itu yang dipercayai baru lahir, ditinggalkan di kawasan itu tanpa pakaian atau alas.



# 8 September 2008

KUALA LUMPUR: Seorang bayi sempat diselamatkan walaupun dibuang ke dalam tong sampah oleh seorang gadis yang melahirkannya di dalam tandas Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut sumber polis, seorang pekerja pembersihan hospital yang masuk ke dalam tandas terbabit terserempak bayi lelaki berkenaan yang masih bertali pusat.

“Dia segera memaklumkan kakitangan hospital dan polis sebelum bayi itu diberi rawatan segera,” katanya.



# 13 Ogos 2008

PETALING JAYA: Tindakan tidak berhati perut apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir sengaja dicampakkan ibunya dalam lubang pembetung air sedalam hampir dua meter.

Bagaimanapun, bayi itu yang dipercayai cuba dibunuh diselamatkan seorang buruh binaan yang kebetulan mendengar tangisan mangsa ketika melalui lokasi kejadian.

Pasangan Melayu paling ramai

KUALA LUMPUR: Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, ketika mengulas fenomena membimbangkan ini berkata, beliau terkejut dan kecewa kerana statistik itu menunjukkan gejala keruntuhan akhlak semakin teruk.

“Membuang bayi baru lahir menunjukkan pasangan terbabit tidak prihatin dengan apa yang mereka lakukan hingga bayi tidak berdosa dijadikan mangsa.

“Kementerian memandang serius masalah buang bayi dan menggariskan dua perkara penting untuk dijadikan panduan bagi membendungnya, iaitu penekanan dalam aspek pendidikan dan membendung penyebaran media negatif seperti bahan pornografi,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Menjelaskan tindakan kerajaan dalam mengendalikan kes bayi yang dibuang, beliau berkata, jika masih hidup, bayi itu akan diberi penjagaan rapi oleh JKM.

“Jika ada mana-mana pasangan mahu mengambilnya sebagai anak angkat, ia dibolehkan, cuma mereka perlu mengikut prosedur.

“Bayi malang itu tidak berdosa dan wajar diberi kasih sayang. Kerana itu, kami galakkan mereka dijadikan anak angkat supaya mendapat kehidupan lebih baik,” katanya.

Ng turut menasihatkan remaja atau belia yang terlanjur supaya tidak membuang bayi baru lahir, sebaliknya menyerahkan kepada JKM untuk dijaga.

“Jika ada masalah, jangan ambil jalan singkat dengan membuang bayi, sebaliknya dapatkan nasihat bagi mencari jalan terbaik kerana bayi itu tidak berdosa selain tidak minta diperlakukan seperti itu,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Khaidzir Ismail, berkata gejala pembuangan bayi berlaku kerana faktor pergaulan bebas, keluarga berpecah-belah, persekitaran, tidak tahu menyelesaikan masalah, masalah komunikasi serta kawalan diri.

“Asas kepada gejala ini berlaku bermula daripada menonton filem lucah, kemudian bercium, meraba, SMS lucah dan menyimpan koleksi video lucah. Apabila perkara ini menjadi perkara biasa, tidak mustahil ada yang terlanjur, mengandung sehingga membuang bayi,” katanya.

Dr Khaidzir yang membuat kajian mengenai gejala sosial remaja berkata, antara faktor masalah itu berlaku ialah tiada asas agama yang kukuh, keluarga tidak memberi perhatian serta persekitaran.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, berkata 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007 membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput.

Beliau yang bercakap di Dewan Negara pada Mei tahun lalu berkata, kerajaan akan mengkaji cadangan meminda Akta Kanak-Kanak 2001 untuk memastikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam kes pembuangan bayi sekali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebelum ini juga pernah menyarankan bapa kepada bayi yang dibuang diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman sama sepertimana wanita terbabit.

Bahana seks bebas

Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan NAZARALI SAERIL
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Perasaan saya bercampur baur sedih, marah dan kecewa apabila melihat janin yang cukup sifat itu kaku tidak bernyawa. Wajahnya comel, malangnya dia menjadi mangsa tindakan kejam ibunya,” kata aktivis sosial, Kamaruddin Kassim, menceritakan pengalamannya mengendalikan satu kes pengguguran janin secara haram akibat seks bebas di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Beliau yang juga Penyelaras Program Latihan Aktivis Dakwah Lapangan (Landas) berkata, kes itu dikendalikannya selepas dimaklumkan kakitangan sebuah hospital di bandar itu mengenai seorang remaja berusia 17 tahun yang menggugurkan kandungannya secara sendirian sehingga menyebabkan bayi dikandungnya meninggal dunia.

Kamaruddin berkata, selepas selesai menguruskan janin itu, termasuk memandi, mengkafan dan mengkebumikannya, beliau menemui remaja terbabit untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik tindakan kejinya.

Menurutnya, dalam pertemuan itu remaja terbabit yang tidak lagi bersekolah memberitahu, itu kali ketiga dia mengandung anak luar nikah hasil hubungan haram dengan teman lelaki.





“Dia menggugurkan kandungannya di rumah sewa yang diduduki bersama rakan. Sebelum ini dia pernah dua kali mengandung akibat hubungan seks haram, namun kedua-dua bayinya dilahirkan sebelum dia serahkan kepada keluarga angkat.

“Apabila mengandung buat kali ketiga, dia ambil keputusan menggugurkannya. Remaja itu memberitahu, dia makan sejenis ubat supaya kandungannya gugur. Biarpun sedar bahaya dihadapi kerana kandungannya ketika itu mencecah tujuh bulan, dia nekad menggugurkannya,” katanya.

Kamaruddin berkata, remaja itu memberitahunya, dia menggugurkan kandungannya bersendirian di rumah sewanya tanpa pengetahuan dan bantuan sesiapa.

“Saya tak pasti bagaimana dia buat, cuma dia beritahu ketika cuba menggugurkan kandungan, dia berasa terlalu sakit. Selepas tidak mampu menahan sakit, baru dia minta bantuan teman serumah yang sebelum itu tidak menyedari tindakannya.

“Rakannya juga panik apabila melihat keadaannya yang berlumuran darah, lantas meminta bantuan jiran untuk menghantarnya ke hospital. Bagaimanapun, janin yang cukup sifat itu menemui ajal,” katanya.

Menurutnya, remaja itu yang bekerja di sebuah kafe di bandar Sungai Petani mengaku, pergaulan bebas dan masalah keluarga menjadi punca dia terbabit dengan cara hidup liar sehingga tiga kali mengandung luar nikah.

“Mungkin kerana sebelum ini pernah bersalin, dia hadapi kesukaran untuk menggugurkan janin itu sehingga terpaksa meminta bantuan, namun yang menyedihkan saya, kandungannya tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Kamaruddin berkata, kejadian yang berlaku ke atas gadis itu adalah kesan secara langsung akibat aktiviti liar remaja hari ini, sama ada lelaki atau perempuan, seperti menjadi mat atau minah rempit, minum arak, mengambil dadah dan melakukan hubungan seks bebas.

Berdasarkan pengalamannya yang kerap turun padang mendekati remaja bermasalah, beliau berkata, ada remaja sekolah rendah terbabit dengan gejala sosial, malah tidak segan silu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

“Apabila remaja ini bebas bergaul, pelbagai perkara boleh berlaku, termasuk mengandung luar nikah. Yang seronok lelaki, tetapi si perempuan menanggung derita. Bila mengandung, baru timbul rasa takut dan malu. Akhirnya ambil jalan pintas dengan menggugurkan kandungan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, turut pernah mengalami pengalaman serupa apabila berdepan kes dua remaja perempuan berusia belasan tahun yang pernah menggugurkan bayi sebanyak tiga kali dan kini mengandung kali keempat.

“Mereka meminta khidmat kaunseling. Lebih mengejutkan, kedua-dua remaja itu tidak tahu siapa bapa bayi mereka kerana ditiduri ramai lelaki. Mereka juga mengaku bayi yang mereka gugurkan tiga kali sebelum ini hanya dibuang di tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, apabila ditanya perancangan mereka untuk bayi keempat yang mereka kandung hasil hubungan seks haram itu, seorang daripada remaja itu menjawab, kali ini dia tidak mahu gugur sebab dia hendak beri anak itu kepada orang lain dan akan berkahwin selepas bersalin.

“Seorang lagi juga begitu apabila mahu menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat,” katanya.

Dr Mariani berkata, melalui pengalamannya, remaja yang hamil luar nikah cenderung menggugurkan kandungan kerana terdesak, selain tidak mahu mencemar maruah diri dan keluarga.

“Bila buat (seks) mereka seronok tetapi apabila sudah mengandung, baru terfikir akibatnya dan masa ini baru takut, malu dan mengaibkan diri serta keluarga.

“Apabila tiba masa, mereka cari peluang dan ruang untuk menggugurkan bayi, kemudian membuangnya di tempat tersorok seperti dalam semak, tong sampah atau longkang,” katanya.

Menurutnya, pada usia awal remaja dari 11 tahun hingga lewat remaja 19 tahun, mereka boleh dikategorikan mencari identiti, rakan yang ada persefahaman selain pergaulan bebas.

Beliau tidak menolak faktor limpahan wang ringgit daripada ibu bapa, pendedahan permainan video sejak kanak-kanak lagi serta dunia teknologi maklumat mendorong gejala itu berlaku.

“Saya pernah lihat kanak-kanak bermain video lucah seperti peperangan yang mana apabila berjaya, ada tanggalkan baju, seluar dalam hingga coli. Apabila didedahkan dengan keadaan ini, mereka akan berimaginasi dan masuk ke alam remaja, perkara itu biasa bagi golongan ini sehingga terdorong melakukan seks,” katanya.

Terjun kereta penculik

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Nekad mahu membebaskan diri daripada cengkaman dua lelaki yang menculiknya, seorang suri rumah sanggup menggadai nyawa terjun dari kenderaan sedang bergerak yang dinaiki bersama suspek berkenaan.

Mangsa berusia 24 tahun terpaksa bersembunyi selama sejam di belakang kedai perabot di Jalan Setapak, Sentul di sini sebelum menghubungi suaminya bagi mendapatkan bantuan.

Menurut sumber, kejadian bermula jam 10.15 malam pada Rabu lalu, apabila dua lelaki mendekati mangsa yang baru selesai membeli barang keperluan dapur di pasar raya di Sentul.

“Dua lelaki itu dikatakan memaksanya masuk ke dalam kereta Wira berwarna hitam sebelum mengarahkannya minum air dipercayai mengandungi pil khayal.





“Namun, mangsa menolak menyebabkan salah seorang suspek kemudian cuba mencabul kehormatannya sebelum memaksanya minum air kencing mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa enggan menuruti segala arahan diberi dua lelaki berkenaan dan suri rumah itu dipukul menggunakan tangan pada bahagian kepala dan muka.

“Suspek turut mencekik dan mengacukan parang pada bahagian leher mangsa.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek sebelum suri rumah itu dikatakan menjerit dengan kuat bagi mendapatkan bantuan.

“Secara kebetulan, seorang pengguna jalan raya yang menyedari kejadian itu cuba mengejar kereta dinaiki mangsa hingga ke Jalan Setapak, namun gagal,” katanya.

Mangsa bertindak nekad terjun dari kenderaan suspek ketika pergelutan itu.

Sumber itu berkata, mangsa terpaksa bersembunyi di belakang kedai perabot berhampiran kira-kira sejam sebelum menghubungi suaminya.

Katanya, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintenden Zainuddin Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Polis sedang menyiasat kes ini dan sudah mengambil keterangan mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti suspek dan menjalankan siasatan terperinci untuk membuat tangkapan.

Cikgu lepas geram

Oleh Mohd Amin Jalil dan Nor Azmelia Azahari
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Salahnya cuma melompat-lompat di kaki lima kelas ketika menunggu cikgu datang mengajar.

Tindakan murid tahun dua itu mengundang padah apabila dia ditampar beberapa kali di belakang badan oleh seorang guru lelaki yang melepaskan geram hingga badannya berbirat, semalam.

Berikutan kejadian jam 11.20 pagi itu, murid tahun dua sebuah sekolah kebangsaan dekat sini, Muhammad Zaiem Iskandar Roslan, 8, menangis kesakitan tanpa henti hingga menyebabkan pihak sekolah terpaksa memanggil ibunya.

Difahamkan, sebelum kejadian, gelagat murid terbabit bermain di luar kelas disedari guru lelaki berkenaan yang mengajar di kelas bersebelahan, menyebabkan dia memarahi Muhammad Zaiem sebelum melepas geram dengan memukul dan menampar belakang badannya.





Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali Roslan (gambar), 30-an, berkata dia dimaklumkan kejadian itu selepas dihubungi isterinya yang menerima panggilan daripada guru besar sekolah itu, kira-kira jam 11.30 pagi.

“Apabila sampai di sekolah, saya melihat belakang badan anak saya penuh dengan kesan merah berbirat dipercayai akibat dipukul guru lelaki terbabit.

“Berikutan itu, saya menghantarnya ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk mendapat rawatan. Saya kecewa kerana kesalahan dilakukan anak saya tidaklah begitu besar sehingga dia dipukul sebegitu rupa,” katanya.

Katanya, dia difahamkan anak lelakinya sedang bermain-main di kaki lima luar kelas dan tiba-tiba guru terbabit menampar belakangnya beberapa kali hingga menyebabkan dia menangis.

Roslan kemudian membuat laporan di Balai Polis Seremban 2 di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu.

“Bapa mangsa mendakwa anaknya dipukul guru dan kami akan menyiasat dari seluruh aspek termasuk mengambil keterangan guru terbabit bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Abdullah Mohamad, berkata beliau belum menerima laporan bertulis daripada guru besar sekolah itu, namun sudah dimaklumkan secara lisan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu dan menyifatkan tindakan guru terbabit menyalahi garis panduan Kementerian Pelajaran yang menetapkan setiap guru tertakluk kepada peraturan mendisiplinkan murid.

“Kita ada peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi setiap guru termasuk soal mendisiplinkan murid. Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati atau menggunakan kekerasan, sebaliknya perlu menggunakan kewarasan fikiran.

“Jika murid melanggar disiplin, guru terbabit sepatutnya merujuk kepada guru besar, bukannya bertindak sendirian,” katanya.

Katanya, beliau sudah mengarahkan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Jamali Salam melakukan siasatan dan dijangka siap dalam tempoh dua hari sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadap guru terbabit.

Enam tahun didera ibu tiri

KUALA LUMPUR: Kepekaan seorang guru sebuah sekolah rendah di Cheras di sini, berjaya membongkar rahsia seorang murid lelaki tahun enam yang disyaki menjadi mangsa dera ibu tirinya sejak enam tahun lalu.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar apabila guru berkenaan curiga selepas melihat ada kesan luka pada tangan, kepala dan belakang badan mangsa.

Berikutan itu, guru terbabit bertanya kepada mangsa mengenai kesan luka berkenaan sebelum mangsa mengaku yang dia sering dicubit ibu tirinya selain dipukul menggunakan botol kaca pada beberapa bahagian badan termasuk di kemaluan.

Murid lelaki itu dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, kelmarin.



Menurut sumber, hasil pemeriksaan doktor menemui kesan lebam pada badan mangsa dipercayai dipukul ibu tirinya.

“Selain kesan lebam, pemeriksaan turut menemui beberapa kesan lebam lama di kedua belah paha mangsa,” katanya.

Meraung ditekap seterika panas

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: “Dia (pelajar senior) terus menekap seterika panas itu pada tangan kanan saya hanya kerana enggan mengikut arahannya pergi membeli sebatang rokok di sebuah kedai di luar asrama.

“Saya menggelupur menahan kesakitan yang amat sangat dan tidak berani melawan kerana bimbang akan terus dicederakan,” kata pelajar tingkatan tiga, Muhammad Azwan Md Ribi, 15, yang mendakwa menjadi mangsa dera seorang pelajar tingkatan empat di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir di sini, petang Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad Azwan berkata, dia terserempak pelajar terbabit dikenali sebagai ‘Kong’ sebaik saja tiba di bilik menggosok pakaian.

Menurutnya, Kong yang ketika itu menyandar pada dinding memanggil dan memintanya membelikan sebatang rokok di sebuah kedai di luar asrama.

Katanya, berikutan keengganannya mematuhi permintaan Kong menyebabkan pelajar senior itu tiba-tiba naik minyak dan berang sebelum mencabut suis seterika.

“Saya tidak menduga dia sanggup bertindak ganas dengan menekap seterika panas itu pada tangan kanan saya menyebabkan meraung menahan kesakitan.

“Selepas menekap seterika panas itu, Kong mengugut saya supaya tidak menceritakan kejadian terbabit kepada guru jika tidak mahu dicederakan lagi.

“Saya tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa hingga keesokan harinya (Jumaat) apabila seorang guru lelaki ternampak kesan cedera pada tangan kanan saya sebelum terpaksa menceritakan kejadian sebenar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Gambang di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Paloh Hinai, Pekan, jam 12.11 tengah hari.

Susulan kejadian terbabit, Muhammad Azwan kini diberikan cuti sakit sejak kelmarin selepas menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pekan (HP).

Menurutnya, dia kini masih trauma dan fobia untuk ke sekolah dan bercadang mahu bertukar ke sekolah lain bagi meneruskan pelajarannya selain memastikan keselamatan terjamin.

Bapa mangsa, Md Ribi Mohd Isa, 50, dan isteri, Wahidiyah Mak Lung, 46, berkata dia berharap tindakan sewajarnya diambil sebagai iktibar kepada pelajar lain supaya tidak bertindak sesuka hati.

Menurutnya, dia dan isteri dimaklumkan kejadian itu melalui seorang guru sekolah berkenaan sebelum bertemu anaknya, kira-kira jam 10 malam.

Katanya, luka akibat melecur pada tangan kanan anaknya itu semakin sembuh, tetapi dia masih sukar tidur kerana asyik teringatkan kejadian malang berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, polis menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut berhubung kejadian itu.

Tuesday, March 17, 2009

Warga asing raba promoter dalam bas terjerat

KUALA LUMPUR: Seorang promoter wanita tidak menyangka ‘bertemu’ semula dengan seorang lelaki warga asing gila seks yang melarikan diri selepas meraba kemaluannya dalam sebuah bas di sini, pada hari sama kejadian sebelum saudaranya membantu mangsa memberkas suspek dan diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu lalu, mangsa berusia 20-an itu dalam perjalanan ke tempat kerja di ibu kota dengan menaiki bas dari rumahnya di Seksyen 26 Shah Alam, dekat sini dan dikatakan duduk bersebelahan suspek yang juga seorang warga Myanmar.

Menurut sumber, mangsa mendakwa ketika dalam perjalanan ke KL Sentral, mangsa meraba kemaluannya beberapa kali.

“Ketika itu, keadaan bas sesak dipenuhi penumpang dan mangsa hanya mampu menepis tangan lelaki berkenaan namun suspek tetap mengulangi perbuatannya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Sumber itu berkata, sebaik tiba di KL Sentral, lelaki terbabit terus melarikan diri.

“Marah dengan perbuatan suspek, mangsa memberitahu saudaranya mengenai kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang dapat mengecam wajah suspek mendakwa terjumpa semula dengan lelaki berkenaan dalam bas pada hari sama ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Mangsa dikatakan menaiki bas dari Pasar Seni dan terkejut apabila lelaki sama yang mencabulnya naik di hentian Sungai Way, Petaling Jaya sebelum bertindak menghubungi saudaranya.

“Apabila sampai di hentian Seksyen 26, Shah Alam, saudara lelaki bersama pak ciknya menunggu sebelum suspek ditahan dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Brickfields.

Bakar hidup-hidup

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: Kejam apabila empat sekeluarga warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan rentung dipercayai dibakar hidup-hidup dalam sebuah rumah kontena di tapak menjual kenderaan terpakai di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, awal pagi semalam.

Lebih menyedihkan apabila seorang bayi perempuan dan kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lapan bulan serta dua tahun turut menjadi mangsa khianat itu.

Dalam kejadian jam 5 pagi, kelima-lima mangsa nyenyak tidur di rumah yang mempunyai beberapa bilik, termasuk pejabat.

Mangsa yang dipercayai pekerja di premis itu dikenali sebagai Pori Tohh Kumar, 32, isterinya, Toun Sari Daj, 28, dan dua anak mereka, Prima dan Shilpa.





Seorang lagi mangsa yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan dikenali sebagai Ah Yong, 55.

Dia turut tinggal bersama keluarga Bangladesh itu.

Difahamkan, Kumar cuba membuka pintu rumah terbabit sejurus menyedari kebakaran itu, namun gagal berikutan ia diikat dengan dawai besi menyebabkan semua mangsa terperangkap dalam api yang marak dengan cepat.

Siasatan awal polis mendapati kejadian itu berunsur khianat apabila menemui beberapa kesan pecah masuk dan sejenis bahan bakar dipercayai digunakan untuk membakar rumah terbabit.

Saksi kejadian, Kamarul Jamal, 22, berkata dia tersentak apabila mendengar salakan anjing sebelum menyedari rumah rakan baiknya, Kumar musnah dijilat api.

Dia yang bekerja bersebelahan premis itu berkata, sejurus dikejutkan dengan bunyi itu, dia keluar untuk menyelamatkan mereka sekeluarga.

“Bagaimanapun, saya gagal berbuat demikian berikutan api terlalu marak dan memusnahkan rumah itu.

“Saya seterusnya menjerit meminta pertolongan sebelum sepasukan anggota bomba dan jentera tiba memadam api kebakaran,” katanya.

Selain bomba, sepasukan unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut giat melakukan siasatan.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata kejadian itu didapati mempunyai unsur jenayah dan pihaknya mengumpul bukti bagi menjalankan siasatan.

“Pemeriksaan mendapati pintu jeriji besi rumah itu diikat dengan dawai yang menyukarkan mangsa menyelamatkan diri dan polis bagaimanapun belum pasti ia dilakukan penghuni atau pihak lain.

“Selain itu, polis mendapati ada kesan pecah masuk penjenayah di pintu rumah selain menjumpai bahan bakar di sekitar tempat kejadian.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan penemuan bahan bukti itu,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Abdul Razak Muda, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 5.14 pagi.

“Seramai 12 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba jam 5.27 pagi segera memadamkan api dan mengawal kebakaran 20 minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati kelima-lima mangsa rentung sepenuhnya dan mereka berada dalam jarak satu meter antara satu sama lain dalam beberapa bilik berlainan di rumah terbabit,” katanya.

Menurut Abdul Razak, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari belakang rumah dan api yang marak menyebabkan mangsa terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.