Thursday, March 19, 2009

Rotan untuk disiplin pelajar - KP

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my

PASIR PUTEH - Masalah disiplin pelajar sekolah menuntut Kementerian Pelajaran mengaktifkan kembali hukuman rotan sebagai tindak balas yang rasional untuk penyelesaian jangka pendek.

Meskipun tindakan itu mendapat tentangan banyak pihak sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pula berpendapat, ia wajar bagi menunjukkan peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh diperkotak-katikkan.

Untuk itu katanya, pengetua dan guru besar sekolah akan diberi tanggungjawab melaksanakan hukuman tersebut selepas siasatan masalah disiplin selesai.

"Peraturan sekolah bukan sesuatu yang boleh dicabar walaupun di mahkamah, kita ada hak menguatkuasakan apa sahaja yang perlu mengikut pertimbangan yang sewajarnya,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut di sini semalam.

Lawatan itu susulan daripada kes pelajar tingkatan tiga, Mohd. Amirul Mohd. Affandi, 14, cedera dilibas dengan lawi ayam oleh sekumpulan pelajar senior kelmarin.

Menurutnya, pengurusan disiplin sekolah akan dipertingkatkan dengan tanggungjawab guru disiplin dipikul oleh semua guru.

Sementara itu, dalam kes di SMK Tok Janggut, Alimuddin memberitahu, seorang pelajar yang menikam mangsa telah dibuang sekolah manakala tiga rakannya dihukum gantung sekolah antara seminggu hingga dua minggu.

0 comments: