Thursday, March 19, 2009

2 beradik diratah geng Mat Rempit

PETALING JAYA:Dua beradik hanya mampu menangis teresak-esak sambil berlari hampir satu kilometer ke balai polis berhampiran bagi mendapatkan bantuan selepas dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan Mat Rempit junior. Dalam kejadian petang semalam, dua beradik masing-masing berusia 18 dan 22 tahun itu dikurung sebelum diperkosa suspek semuda usia 14 tahun. Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati lima suspek yang terbabit dalam kejadian itu turut membabitkan pelajar dan dua daripada anak anggota polis. Menurutnya, kejadian dikesan berlaku petang Ahad lalu apabila dua beradik terbabit keluar untuk membeli belah bersama seorang lagi rakan di sekitar Sungai Buloh, di sini.

“Bagaimanapun, ketika sedang membeli-belah, seorang rakan lelaki kepada mangsa yang berusia 18 tahun menghubungi mangsa dan menyatakan hasrat berjumpa di kawasan meletak motosikal di pusat beli-belah itu.

“Mangsa bersetuju berjumpa teman lelakinya. Sebaik tiba, mereka berbual seketika sebelum suspek menyatakan hasrat menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menawarkan khidmat sama menghantar ketiga-tiga gadis berkenaan pulang ke rumah mereka di Damansara Damai, di sini.

“Pada mulanya, suspek menghantar terlebih dulu rakan mangsa pulang ke rumah sambil meminta mangsa menunggu seketika di pusat beli-belah berkenaan.

“Selepas menghantar pulang rakan mangsa, suspek muncul semula bersama dua lagi rakan yang menunggang motosikal untuk menjemput mereka,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal itu dibawa ke sebuah rumah teres satu tingkat di Sungai Plong, di sini.

“Suspek memberi alasan sedang menunggu seorang lagi rakan yang mempunyai kereta untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.

“Sementara menunggu ‘rakan’ itu, mangsa dijemput masuk ke dalam rumah terlebih dulu,” katanya.

Menurutnya, ketika dalam rumah itu, tiba-tiba 10 lelaki tidak dikenali muncul.

“Beberapa lelaki menarik tangan mangsa berusia 22 tahun sebelum diheret masuk ke dalam sebuah bilik dalam rumah itu.

“Enam daripada lelaki terbabit memperkosa kakak mangsa bergilir-gilir sebelum dibebaskan. Mangsa yang selesaikan ‘dikenduri’ mencari adiknya sebelum menemui adiknya itu dikurung dalam bilik lain dalam rumah itu,” katanya.

Menurutnya, adik mangsa bagaimanapun terselamat apabila kumpulan suspek hanya meraba tubuhnya dan tidak memperkosa mangsa.

“Difahamkan kedua-dua beradik itu meloloskan diri dari rumah berkenaan sebelum berlari sejauh lebih satu kilometer ke Balai Polis Sungai Plong, di sini.

“Mangsa yang membuat laporan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pemeriksaan perubatan,” katanya.

Susulan itu, polis menyerbu beberapa lokasi di Sungai Buloh sebelum memberkas suspek dan melakukan beberapa tangkapan membabitkan remaja berusia 14 tahun dan dua anak penjawat awam.

0 comments: