Tuesday, March 17, 2009

Flat jadi tempat buang bayi

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@
kosmo.com.my

SEORANG penduduk menunjukkan lokasi janin dan mayat bayi lelaki yang ditemui di sebuah flat di AU3 Taman Keramat dekat Ampang semalam.

KUALA LUMPUR - Mungkinkah tempat pembuangan sampah di Flat AU 3/1 di Taman Keramat dekat Ampang di sini dijadikan lokasi pembuangan mayat bayi?

Semalam polis menemui satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifatnya di dalam dua beg plastik.

Mayat dan janin itu dibuang di tempat pembuangan sampah di blok 13 kawasan perumahan itu.

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dibungkus dengan menggunakan kertas surat khabar sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik.

Mayat itu ditemui seorang pemandu lori yang hairan setelah melihat bungkusan tersebut ketika dia mahu membuang sampah ke tempat pembuangan sampah di situ pada pukul 8.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pemandu lori tersebut kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama unit forensik dihantar dan selepas pemeriksaan dibuat polis turut menemui satu janin yang dimasukkan ke dalam plastik lain.

"Janin dan mayat bayi lelaki itu dipercayai dibuang oleh orang sama,'' kata beliau.

Mayat bayi dan janin itu dipercayai dibuang kurang daripada 24 jam sebelum ia ditemui.

0 comments: