Wednesday, March 18, 2009

Enam tahun didera ibu tiri

KUALA LUMPUR: Kepekaan seorang guru sebuah sekolah rendah di Cheras di sini, berjaya membongkar rahsia seorang murid lelaki tahun enam yang disyaki menjadi mangsa dera ibu tirinya sejak enam tahun lalu.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar apabila guru berkenaan curiga selepas melihat ada kesan luka pada tangan, kepala dan belakang badan mangsa.

Berikutan itu, guru terbabit bertanya kepada mangsa mengenai kesan luka berkenaan sebelum mangsa mengaku yang dia sering dicubit ibu tirinya selain dipukul menggunakan botol kaca pada beberapa bahagian badan termasuk di kemaluan.

Murid lelaki itu dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, kelmarin.



Menurut sumber, hasil pemeriksaan doktor menemui kesan lebam pada badan mangsa dipercayai dipukul ibu tirinya.

“Selain kesan lebam, pemeriksaan turut menemui beberapa kesan lebam lama di kedua belah paha mangsa,” katanya.

0 comments: