Sunday, May 31, 2009

Pengedar gas dikelar penyamun

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


KUANTAN – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) cedera parah selepas dikelar oleh seorang penyamun di Taman Pelindung Jaya dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang, Abd. Rahman Ismail, 57, yang mengalami masalah ukuran tulang kaki tidak sekata cedera teruk di leher, tangan dan beberapa bahagian badan lain akibat dikelar seorang suspek dengan senjata tajam dipercayai pisau.

Seorang saudaranya, Abd. Rani Abdullah, 62, berkata, beliau tidak sangka mangsa yang cacat akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu menjadi sasaran penyamun.

“Mangsa dikenali sebagai seorang yang sangat baik, selalu menolong orang lain dan rajin bekerja.

“Tetapi dia bernasib malang kerana bukan saja kena samun tetapi dicederakan dengan teruk,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Menurut beliau, kejadian menimpa Rahman hanya diketahui olehnya pada pukul 5 petang kelmarin selepas dimaklumkan oleh isteri mangsa.

“Akibat kecederaan dialami di leher selebar 11 sentimeter, Rahman perlu dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan,” ujarnya yang memberitahu keadaan Rahman kini semakin stabil.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, sebelum kejadian mangsa memandu lori seorang diri untuk menghantar gas memasak ke beberapa buah rumah di sekitar kawasan Pelindung.

Saturday, May 30, 2009

Tikam rakan dedah rahsia ponteng kerja

Harian Metro


AMPANG: Dendam kerana rahsianya kerap ponteng kerja didedah kepada majikan, seorang lelaki sanggup menikam rakannya hingga mati di Pandan Indah, kelmarin.

Perbuatan kejam itu dilakukan di hadapan isteri mangsa ketika suspek berkunjung ke rumah mereka kira-kira jam 7 pagi, kononnya mahu berbincang mengenai masalah kerja.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata suspek berusia 39 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dia dibuang kerja dan mengetahui semua itu angkara mangsa menceritakan kepada majikan.

“Mereka berdua bekerja sebagai buruh binaan di sebuah syarikat kontraktor yang sama. Bagaimanapun, suspek tidak berpuas hati apabila mengetahui dia dibuang kerja kerana rakannya mendedahkan rahsia dia tidak pandai membuat kerja dan sering ponteng.

“Suspek berkunjung ke rumah mangsa dan memanggil rakannya itu keluar untuk berbincang,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa keluar sambil ditemani isterinya sebelum suspek bertanya mangsa tindakan memburukkan namanya kepada majikan.

“Mangsa cuba menjelaskan perkara sebenar sebelum suspek dikatakan berang dan tidak dapat menerima alasan diberikan mangsa.

“Suspek yang tidak dapat mengawal diri itu menikam mangsa hingga mati di depan isterinya sebelum melarikan diri dan mengambil telefon bimbit mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Kajang kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Telefon bimbit mangsa turut dijumpai.

“Siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai dokumen sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Angkara pelajar sekolah agama

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


KUANTAN: Misteri penemuan mayat bayi lelaki baru dilahirkan di depan sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur dekat sini, kelmarin, terungkai apabila polis menahan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama berusia 16 tahun, semalam.

Perbuatan pelajar berkenaan membuang mayat bayi itu dikesan ibunya apabila menemui tompokan darah dalam bilik tidur anaknya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata pelajar terbabit mengaku membuang mayat bayi berkenaan selepas menyerah diri kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sambil ditemani ibunya.

Menurutnya, ibu pelajar terbabit yang menemui tompokan darah dalam bilik tidur anaknya mendesak dia menceritakan kejadian sebenar.

Katanya, pelajar itu mengaku melahirkan bayi itu sebelum meninggal dunia.

Mayat bayi itu dibuang berhampiran rumah penduduk tidak jauh dari rumahnya.

“Pelajar itu mendakwa hamil akibat dirogol kenalannya dan menyembunyikan kejadian itu daripada pengetahuan keluarga kerana khuatir dimarahi.

“Dia dipercayai melahirkan bayi itu antara jam 1 hingga 5 pagi dalam biliknya ketika semua ahli keluarga sedang tidur. Namun, ketika itu hujan lebat menyebabkan tiada sesiapa mendengar tangisan bayi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis membawa pelajar terbabit ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menjalani pemeriksaan.

Menurutnya, remaja terbabit dipercayai nekad menunggang motosikal untuk membuang mayat bayi lelaki itu di depan rumah penduduk.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Semalam, Harian Metro melaporkan, sekumpulan lelaki yang sedang bersiap ke tempat kerja di Pelabuhan Kuantan di sini, tergamam seketika apabila menemui mayat bayi yang diletak di hadapan rumah sewa mereka, kira-kira jam 7.40 pagi.

Polis turut menemui sekeping nota yang terselit pada pintu pagar ditinggalkan yang meminta mengebumikan mayat bayi terbabit kerana tidak mempunyai wang untuk urusan pengebumian.

Thursday, May 28, 2009

>Diletak bawah JKM selama sebulan

Harain Metro

PETALING JAYA: Mahkamah Kanak-Kanak semalam memberikan hak penjagaan interim selama sebulan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjaga seorang kanak-kanak yang berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya yang berumur 37 tahun.

Majistret Nur Syafawati Arifin membenarkan hak itu selepas dua pegawai dari jabatan berkenaan yang bertindak sebagai pelindung kanak-kanak itu mengemukakan permohonan mereka pagi ini.

Kanak-kanak itu bersama ibunya yang bekerja sebagai guru piano hadir di mahkamah, semalam untuk prosiding kes dan wakil media tidak dibenarkan berada di dalam bilik mahkamah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut berada di mahkamah untuk menemui ibu kanak-kanak itu ketika ditemui pemberita berkata, mahkamah membenarkan wanita berkenaan melawat anaknya sepanjang tempoh penjagaan itu tanpa mengenakan sebarang syarat

“Dia (ibu kanak-kanak itu) masih terkejut mendapat tahu anaknya akan diambil daripadanya, dan saya berasa amat terharu selepas berbual dengannya, saya dapati dia adalah seorang ibu yang penyayang.

“Sungguh menyayat hati apabila saya mendengar sendiri daripada wanita itu yang mengatakan dia amat menyayangi anaknya dan saya dapat perhatikan budak itu sendiri sangat sayangkan ibunya,” jelas Shahrizat. — Bernama

Arah teman lelaki perkosa rakan

Harian Metro


KUALA LUMPUR: Biarpun baru mencecah usia 14 tahun, namun seorang remaja perempuan layak digelar gadis jalang apabila sanggup mengarahkan teman lelakinya memperkosa rakan sekolahnya sendiri sambil memberi kata-kata galakan terhadap perbuatan keji itu.

Pelajar perempuan tingkatan dua itu turut bertindak sebagai ‘pengarah filem’ aksi rogol terbabit dengan merakam perbuatan berkenaan menggunakan kamera telefon bimbit sambil memberi arahan apa yang perlu dilakukan.

Sumber polis berkata, kejadian sadis itu berlaku apabila mangsa diajak pasangan kekasih berkenaan ke satu kawasan sunyi di Bukit Ampang di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebaik sampai ke kawasan berkenaan, mangsa diarah mengawal kawasan sekeliling sementara gadis terbabit melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

“Sebaik selesai memuaskan nafsu dengan teman lelakinya, gadis itu menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

“Bagaimanapun mangsa menolak permintaan itu sebelum dia dibawa pasangan terbabit di kawasan perkelahan lain berhampiran Sungai Tekali, Hulu Langat,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba ke lokasi berkenaan, mangsa diperkosa sambil disaksikan teman sekolahnya itu yang seolah-olah seronok dengan apa yang ditonton. Malah difahamkan, gadis itu turut merakam perbuatan berkenaan menggunakan telefon bimbit.

“Gadis itu turut memberi kata-kata perangsang rakan sekelasnya itu dirogol.

“Tidak cukup dengan itu, gadis terbabit menghubungi dua lagi teman lelakinya sebelum merogol mangsa bergilir-gilir,” katanya.

Mangsa yang dapat menyelamatkan diri membuat laporan di Balai Polis batu 14, Hulu Langat dengan ditemani ibunya.

Pengsan dikerjakan peragut

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU – Peragut terus mengganas dan kali ini, seorang lagi wanita hampir menjadi korban dalam kejadian ragut di Jalan Tengku Omar, Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu pukul 11 pagi semalam.

Mangsa, Mazlina Nawang, 45, pengsan selepas jatuh tersembam di atas jalan raya, patah dua batang gigi dan cedera di bahagian muka selain lebam pada anggota badan lain.

Mangsa yang bekerja di kedai dobi di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu ketika itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit.

Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi bersendirian tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal lain sebelum lelaki yang menaiki motosikal itu menarik beg tangan di dalam raga motosikalnya.

Bagaimanapun, salah satu tali beg tersebut tersangkut pada raga motosikal mangsa menyebabkan mangsa hilang imbangan lalu terbabas dan tersembam hingga pengsan menyebabkan peragut itu terus melarikan diri.

Menurut anak sulung mangsa, Nur Aqidah Abdul Jalil, 23, dia mengetahui tentang kejadian tersebut selepas mendapat panggilan daripada orang tidak dikenali melalui telefon bimbit ibunya.

“Pemanggil memaklumkan ibu saya sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana kemalangan dan saya bergegas ke sana.

'Tolong kebumikan dia

kosmo

KUANTAN - "Tolong kebumikan dia, saya tidak berkemampuan kebumikannya".

Itulah bunyi nota yang ditinggalkan bersama mayat seorang bayi lelaki baru lahir dalam bungkusan surat khabar di perkampungan Balok Makmur di sini semalam.

Mayat itu ditemui seorang penduduk kampung itu, Mohd. Hafiz Ismail, 32, di pekarangan rumahnya ketika dia hendak keluar bekerja.

Menurutnya, pada pukul 3 pagi, dia terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan rumahnya, tetapi tidak endahkannya dan terus tidur.

Mohd. Hafiz berkata, pada 7.30 pagi, dia ternampak satu bungkusanketika hendak keluar bekerja dan selepas membukanya dia terkejut melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat.

Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Balok, Sulaiman Yusof berkata, beliau melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut.

Beliau berkata, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan pihaknya sedang mengesan ibu kepada bayi itu.

Wednesday, May 27, 2009

Gadis dikurung dua hari lolos

Harian Metro


PETALING JAYA: Seorang gadis dikurung dua hari dalam sebuah rumah di Damansara di sini selepas berkenalan dengan sekumpulan lelaki, namun dapat melarikan diri melalui tingkap sebelum membuat laporan polis.

Sebelum itu, gadis berusia 17 tahun berkenaan keluar dari rumahnya di Jalan Pantai di sini, kira-kira jam 5.30 petang, Ahad lalu untuk minum bersama rakan perempuannya.

Bagaimanapun, ketika minum, mangsa diberi minuman ringan dipercayai mengandungi dadah sebelum mangsa lemah.

Difahamkan, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa sekumpulan lelaki bermotosikal sebelum dikurung dalam sebuah bilik di rumah itu.

Apabila tersedar keesokannya, mangsa kebingungan selepas mendapati dia berada dalam sebuah bilik di rumah yang tidak pernah dikunjunginya.

Bagaimanapun, mangsa meloloskan diri dengan keluar menerusi tingkap di bilik itu sebelum membuat laporan polis kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Dirantai 2 bulan

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
Harian Metro



SUBANG JAYA: Mereka hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu manakala air diteguk daripada air paip tandas ketika dikurung dalam lokap buatan sendiri antara 17 hari hingga dua bulan akibat gagal melunaskan hutang along.

Dengan bilik sebesar tiga meter persegi, kaki, tangan dan leher ketiga-tiga mangsa along itu turut dirantai bagaikan binatang.

Begitulah nasib tiga lelaki terbabit yang terpaksa menjalani hukuman dalam lokap buatan sendiri yang dibina di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Perindustrian Bukit Serdang di sini, selepas gagal melunaskan pinjaman berkenaan.

Malah, ketika ditahan dalam lokap umpama Penjara Guantanamo di Cuba itu, semua ‘banduan’ terbabit diseksa dengan kaki, tangan dan leher dirantai pada sebatang tiang dalam dua lokap berkeluasan tiga meter persegi setiap satu.



Bagaimanapun, seksaan yang dijalani tiga lelaki terbabit berakhir semalam apabila diselamatkan sepasukan polis.

Wartawan dan jurugambar yang diberi kebenaran memasuki tempat tahanan mangsa along itu terhidu bau busuk teramat sangat berikutan lokap itu dibina tanpa saluran udara dan keadaan lembap serta berlumut.

Sebaik ternampak media merakam gambar mereka, dua lelaki dalam satu lokap menutup muka masing-masing.

Seorang lagi yang dikenali sebagai Lim kelihatan sebak apabila mengetahui dia berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Berdasarkan panjang rantai itu, mereka hanya boleh bergerak hingga ke tandas saja.

Ketika ditemui, ketiga-tiga mereka dalam keadaan lemah dengan kesan lebam seluruh badan akibat dipukul dan dirotan apabila membuat bising atau cuba menarik perhatian orang ramai di luar bangunan rumah kedai itu.

Lim, 49, yang tidak keberatan untuk ditemubual wartawan, menyatakan dia ditahan di situ sejak dua bulan lalu, manakala dua lagi peminjam masing-masing lebih sebulan dan 17 hari.

Katanya, dia meminjam RM1,500 daripada along sebulan sebelum ditahan dan setakat ini melangsaikan RM500.

“Namun, awal April lalu, kumpulan along datang ke rumah saya untuk menuntut baki hutang, tetapi saya tiada wang dan meminta mereka berjumpa waktu petang di sebuah pasar raya di Semenyih, Selangor.

“Dalam pertemuan itu, saya memaklumkan tidak mampu membayar hutang menyebabkan konco along menculik dan menahan saya dalam lokap ini.

“Sepanjang ditahan, saya dirantai pada kaki, tangan dan leher serta dipukul setiap hari. Tindakan itu dibuat bagi menyeksa saya dan dengan cara itu, saya akan melunaskan hutang mereka,” katanya yang menangis akibat tidak tahan diseksa.

Dia berkata, setiap seorang hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu manakala air minuman diambil daripada air paip tandas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata bertindak atas laporan kehilangan seorang daripada mangsa berkenaan, polis berjaya menahan dua ahli sindiket along di hadapan bank di Desa Jaya Kepong, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu kemudian menunjukkan tempat ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan.

“Dalam serbuan itu, polis menemui bilik kecil di bahagian belakang premis berkenaan yang diubah suai menjadi dua lokap berasingan.

“Bagaimanapun, polis gagal membuka pintu besi terbabit dan terpaksa meminta bantuan bomba kerana tidak mempunyai peralatan untuk memotong besi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Selepas pintu besi itu dibuka, polis menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan lemah dengan masing-masing dirantai dalam dua lokap berkenaan.

Menurut Abdul Rahim, siasatan awal mendapati mangsa pernah dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor.

“Kami percaya suspek mengambil kesempatan menggunakan kekerasan melampau walaupun hutang mangsa difahamkan antara RM1,500 dan RM4,000.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana membuat kurungan secara salah dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berada di tempat kejadian.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan mengambil masa kira-kira dua jam untuk membuka pintu besi lokap terbabit dengan menggunakan mesin pemotong besi.

Mangsa pertama diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang selepas pihak bomba memotong rantai besi di tangan, kaki dan lehernya manakala dua lagi mangsa keluar kira-kira 10 minit kemudian sambil diiringi pasukan perubatan.

Tuesday, May 26, 2009

Penyamun bernafsu haiwan

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Niat mereka pada awalnya mahu menyamun, namun selera dua penyamun bertukar selepas melihat mangsa dalam keadaan mengghairahkan sebelum seorang daripada mereka merogolnya di sebuah pangsapuri di Ampang Utama, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, dua penyamun terbabit memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap di tingkat dua.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka merogol mangsa selepas melihat susuk tubuh mangsa yang ketika itu bersiap untuk ke tempat kerja.

Mangsa yang juga seorang setiausaha itu hanya mampu merayu, namun langsung tidak dipedulikan penyamun terbabit.


Menurut sumber polis, mangsa berusia 31 tahun itu tinggal berseorangan di pangsapuri berkenaan dan ketika kejadian dia tidak menyedari dua penyamun terbabit memecah masuk rumahnya.

Katanya, selepas menyelongkar, dua penyamun terbabit terserempak mangsa yang berada dalam bilik.

“Seorang daripada mereka kemudian menutup muka mangsa sebelum merogolnya manakala rakannya pula memegang dan menutup mulut mangsa bagi mengelak dia meronta.

“Mangsa yang bimbangkan keselamatan dirinya tidak berani melawan berikutan penyamun terbabit bersenjatakan pisau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan laporan mangsa.

Monday, May 25, 2009

Perdagang tubuh isteri

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


GEORGETOWN: Hanya kerana ingin hidup mewah, seorang suami tergamak bertindak sebagai bapa ayam melacurkan isterinya kepada pelanggan yang dahagakan seks tanpa mengira bangsa.

Lebih keji dan hina, lelaki tempatan berusia 40-an itu sendiri memilih beberapa hotel murah di sekitar bandar ini sebagai ‘port’ untuk memperdagangkan tubuh isterinya yang juga warga asing demi mendapatkan wang mudah.

Difahamkan, wanita berusia 28 tahun itu dikahwini lelaki terbabit sejak enam tahun lalu dan dikurniakan seorang anak.

Suaminya dipercayai sudah menjalankan kerja terkutuk itu sejak beberapa bulan lalu dengan menjadikan beberapa hotel murah yang disewakan atas namanya sebagai lokasi mengadakan pertemuan dengan pelanggan.

Perbuatan jijik lelaki itu terbongkar ketika sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengadakan operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

Ketika serbuan, wanita itu baru selesai memandikan pelanggannya, seorang lelaki bukan Islam tetapi belum sempat mengadakan hubungan seks berikutan penemuan sekeping kondom yang belum dibuka di atas katil.

Ketua Unit Operasi Jaipp, Khairul Azman Azizan, berkata ketika pemeriksaan di sebuah bilik, pegawai penguat kuasa agama menemui seorang wanita beragama Islam dengan seorang lelaki bukan Islam dalam sebuah bilik dengan hanya bertuala.

“Siasatan awal mendapati, wanita itu dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral dan turut mengaku sudah berkahwin dan suaminya berada di bilik bersebelahan.

“Jaipp mulai curiga apabila mendapati dua bilik di hotel itu didaftarkan atas nama suami wanita itu sedangkan ketika pemeriksaan dilakukan si isteri berada bersama lelaki bukan Islam dalam keadaan hanya bertuala,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui sebotol minyak pelincir, air ketum dan bungkusan daun kering termasuk beberapa potongan ayat al-Quran dipercayai ayat amalan yang digunakan sebagai azimat dalam bilik berkenaan.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku mampu melayan sehingga enam pelanggan sehari dengan menyediakan perkhidmatan urut kepada pelanggan dengan bayaran RM50 seorang manakala perkhidmatan seks dikenakan bayaran RM100.

Katanya, wanita itu turut mengaku duit hasil bayaran urut yang diterima diberikan kepada suaminya.

Ini bermakna, mengikut perkiraan kasar, lelaki itu mampu mengaut kira-kira RM900 sehari atau RM27,000 sebulan jika isterinya melayan purata enam pelanggan sehari yang berkehendakkan khidmat urut dan seks selama 30 hari.

Operasi yang dijalankan kira-kira jam 5.15 petang itu turut disertai tujuh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah dan tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas.

Dua parah kerana durian

Harian Metro

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak berpuas hati dengan proses tawar-menawar durian dijual, dua kumpulan lelaki bergaduh menyebabkan dua daripada mereka cedera parah akibat ditetak parang.

Kejadian dikatakan bermula apabila sekumpulan lelaki mabuk bertengkar dengan sekumpulan peniaga buah durian sebelum berlarutan pergaduhan bersenjatakan parang dan botol minuman keras.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku jam 8 pagi kelmarin apabila tujuh lelaki dikatakan duduk minum berhampiran premis kedai kopi di Bukit Puchong.

Menurutnya, kumpulan lelaki dipercayai mabuk itu dikatakan membuat bising di premis terbabit.

“Tidak lama kemudian sebuah van menjual durian dinaiki tiga lelaki muncul sebelum berhenti berhampiran premis berkenaan

“Tiga lelaki dipercayai penjual durian berkenaan membuka bahagian belakang van sambil menawarkan durian kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, kumpulan lelaki mabuk berkenaan dikatakan menghampiri van durian terbabit sebelum berhajat membeli buah durian dengan harga murah.

“Bagaimanapun pembeli dan penjual itu tidak mencapai kata sepakat berhubung harga durian terbabit menyebabkan berlaku pergaduhan mulut.

“Ketika itulah, salah sebiji durian terbabit dikatakan terjatuh sebelum menimpa kaki salah seorang penjual durian terbabit menyebabkan kecederaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang kesakitan kemudian naik angin sebelum mengamuk menggunakan parang pengopek durian.

Lelaki Vietnam mati dibunuh

Haian Metro

KUALA LUMPUR: Kelibat beberapa individu yang dilihat bergegas keluar dari sebuah rumah di Batu 4, Jalan Gombak, dekat sini, membongkar penemuan mayat seorang lelaki warga Vietnam dipercayai mati dibunuh di rumah berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, pemilik rumah berkenaan sebelum itu dikatakan menerima panggilan daripada pekerja bengkel berdekatan memaklumkan terlihat tingkah laku kumpulan lelaki terbabit yang agak mencurigakan.

Pemilik rumah itu bergegas untuk memeriksa keadaan dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terperosok di satu sudut dalam rumah terbabit dengan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu berusia lewat 20-an dan bekerja sebagai buruh binaan di kawasan berhampiran.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa yang menyewa sejak lapan bulan lalu itu dipercayai mati akibat cedera parah di dahi dipercayai dipukul menggunakan objek keras.
“Kami turut tidak menolak kemungkinan kejadian dipercayai berpunca akibat pergaduhan antara warga Vietnam atau rakan penyewa rumah mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Zakaria, pihaknya bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata di sekitar lokasi kejadian dan sedang memburu beberapa rakan mangsa yang melarikan diri untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Diseret peragut 5 meter

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


TUMPAT: Seorang peniaga warga emas cedera di leher, tangan dan lutut selepas diseret kira-kira lima meter oleh seorang lelaki yang meragut rantai emasnya di Kampung Tujoh di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Saadiah Musa, 63, yang juga seorang peniaga, diumpan lelaki berkenaan yang berpura-pura mahu membeli gula pasir dan bawang merah di kedainya sebelum menghampiri mangsa.

Menceritakan kejadian itu, Saadiah berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu memesan beberapa barangan sebelum mencekik dan cuba meragut rantai emas.

“Tetapi saya sempat menarik tangannya sekuat hati. Akibatnya, rantai yang saya pakai terputus menyebabkan dia berang lalu menolak saya hingga tersungkur,” katanya

Dia kemudian menjerit meminta tolong suaminya, Mat Jusoh Isa, 71, dan anak, Halimah Mat Jusoh, 46, yang berada di tempat kejadian.

Tindakan itu menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri menaiki kereta Proton Wira berwarna merah hati.

Menurutnya, dia tidak menyangka kelibat sebuah Proton Wira yang dilihat berulang-alik dari jalan utama ke Klinik Desa berhampiran rumahnya mempunyai niat tidak elok terhadapnya.

Berikutan itu, ibu kepada empat anak itu cedera pada mata, hidung serta mulut akibat tersembam dan terseret hampir lima meter.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu kerana terpaksa bergelut dengan peragut selain bertindak nekad mencekik dan menolak saya ke lantai,” katanya.

Suami mangsa membuat laporan di Balai Polis Tumpat kira-kira jam 4 petang, sebelum menghantarnya ke Hospital Tumpat untuk rawatan lanjut.

“Sampai sekarang saya boleh cam lelaki itu yang memakai topi hitam, baju merah, berseluar jeans, berkasut putih dan memakai cermin mata hitam menggunakan nombor pendaftaran 9177,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Osman Nayan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian ragut yang menimpa warga emas terbabit.

Bas akhir ke 'neraka'

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Rutin biasa seorang gadis menaiki bas awam untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja berakhir tragedi hitam yang sukar dilupakan sepanjang hayatnya.

Pada 18 Mei lalu, dia yang berusia 20-an menjadi mangsa kerakusan pemandu bas dan konduktor di Ampang yang memaksanya melakukan hubungan seks dan merakamkan aksi berahi berkenaan.

Pemandu bas terbabit menjadi ‘pengarah’ dan ‘pelakon’ kepada adegan filem lucah itu manakala konduktornya sebagai jurukamera menggunakan telefon bimbit.

Mangsa bagaimanapun tidak dirogol apabila ‘pelakon’ utama itu mendapati dia uzur atau datang bulan.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, wartawan Harian Metro berjaya menemubual mangsa yang kini tinggal sementara dengan kakaknya, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang bekerja menggunakan bas seperti biasa.

“Sudah puluhan kali menaiki bas itu setiap kali pulang bekerja. Namun, inilah sejarah hitam yang tak mungkin saya lupakan.

“Mana tidaknya, saya dijadikan alat pemuas nafsu mereka selain diperlakukan seperti binatang oleh kedua-dua lelaki durjana itu,” katanya yang menjadi penumpang terakhir sebaik tiba di hentian bas itu.

Mangsa pada permulaannya keberatan menceritakan kisah hitam itu, bagaimanapun terpanggil untuk menasihatkan golongan hawa supaya berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa rogol lelaki ‘gila seks’.

Setibanya di hentian bas itu kira-kira jam 10 malam, dia dihampiri pemandu bas terbabit yang enggan membuka pintu sebelum menawarkan pelbagai tawaran mengarut.

“Dia dan konduktor menawarkan saya menjadi heroin filem lucah yang dirancang sebelum mengarahkan saya menanggalkan pakaian. Mulanya saya menolak, namun kedua-duanya bertindak agresif.

“Pemandu bas itu mahu mencederakan saya jika kemahuannya ditolak. Saya yang bimbang dicederakan terpaksa menanggalkan semua pakaian,” katanya.

Mangsa seterusnya dicabul pemandu bas itu sebelum mendapati dia uzur.

Pemandu bas itu menyatakan mangsa bernasib baik kerana ‘keuzuran’ itu menghilangkan seleranya. Namun, dia terus mencabul gadis itu hampir 30 minit.

Konduktor itu pula merakam gambar dan video sambil mengarahkan mangsa melakukan gaya yang lebih menggiurkan.

Mangsa berkata, selepas hampir 45 minit tubuhnya menjadi tatapan dan rakaman mereka, dia dibenarkan pulang sebelum seorang daripada suspek mengugut supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

“Dia mengugut akan menyebarkan aksi panas saya itu dalam Internet jika saya membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakan baiknya, tetapi mereka merahsiakan kejadian itu kerana bimbang gambar itu tersebar.

Belumpun sampai seminggu, gambar bogel mangsa tersebar menerusi MMS, termasuk diterima rakannya itu.

Rakannya yang bersimpati kepada nasib malang menimpa gadis terbabit mendedahkan kejadian berkenaan kepada kakak mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Difahamkan kedua-dua suspek ditahan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Wednesday, May 20, 2009

‘Si lembut’ didakwa merompak

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my




JEFFERI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang semalam atas tuduhan melakukan rompakan.

KLANG – Kemunculan seorang lelaki jurujual yang tingkah lakunya umpama seorang wanita sambil memakai seluar jeans pendek paras paha mencuri tumpuan orang ramai di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Lelaki itu, Jefferi Salabi, 32, yang berambut panjang sebenarnya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjatakan sebilah parang bersama seorang lagi suspek yang masih bebas ke atas seorang pengurus perkapalan.

Dia yang berpakaian wanita ketika kejadian didakwa melakukan kekerasan ke atas mangsa di belakang Restoran Mamas dan Hong Leong Bank di Bukit Tinggi di sini kira-kira pukul 2.30 pagi, 12 Mei lalu

Dua beranak, amah ditikam perompak

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


JAFRI memeluk anaknya Nur Afini manakala Nur Safura ditenteramkan seorang saudara selepas ibu dan adik mereka mati dibunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam.

IPOH – Gara-gara sebuah komputer riba yang nilainya tidak sampai RM2,000, tiga nyawa melayang akibat dibunuh seorang penagih dadah di sebuah rumah di Taman Pinji Seni di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang, pemilik salon, Wah Yah Mat Zi, 42, dan anak bongsunya, Esmin Denish Jafri Tajul, 5, serta pembantu rumah warga Indonesia, Dani, 19, mati akibat ditikam dan ditetak dengan pisau oleh penagih dadah yang masuk ke rumah tersebut untuk merompak.


Mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemui berlumuran darah dengan mayat Wah Yah berada di ruang tamu manakala mayat Esmin dan orang gaji ditemui berhampiran bilik air.

Difahamkan semasa kejadian, Wah Yah sempat menghubungi suaminya, Jafri Tajul Aripin, 47, dan memaklumkan mengenai kejadian rompakan itu.

Jafri yang ketika itu bekerja di sebuah bank di sini terus memandu kereta pulang dan sempat melihat seorang lelaki melarikan diri dari arah rumahnya.

Suspek berusia 26 tahun telah diberkas oleh dua rakan Jafri.

Buat masa ini, polis mengesyaki ketiga-tiga mangsa itu dibunuh selepas Wah Yah dikatakan enggan menyerahkan wang yang diminta suspek.

Anak penulis blog dituduh curi motor, dompet

Sumber Harian Metro

SHAH ALAM: Anak kedua kepada penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas empat dakwaan termasuk mencuri motosikal dan dompet.

Raja Azman Raja Petra, 33, yang tidak bekerja, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norkamilah Aziz.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah mencuri motosikal Yamaha RXZ kepunyaan operator, Mohd Syaiful Setapa, 24.

Selain itu dia didakwa memecah masuk dan mencuri dompet milik mangsa mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, lesen memandu dan dua kad mesin juruwang automatik (ATM).

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Batas 2, 19/6B, Seksyen 19 di sini, pada 20 Mac lalu, jam 9.30 pagi.

Bagi perbuatan mencuri motosikal, Raja Azman didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan didenda, manakala bagi perbuatan memecah masuk dan mencuri dompet, dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan boleh dipenjara lima tahun.

Selain itu, Raja Azman mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di Seksyen U2, di sini, pada jam 10 pagi, 24 April lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Lepas nafsu celah batu



Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my



KUANTAN: Kegiatan maksiat membabitkan pasangan kekasih yang tidak segan silu bercumbu termasuk mengadakan hubungan seks di kawasan pantai Teluk Cempedak dan Teluk Tongkang, di sini, semakin menjadi-jadi menyebabkan ramai pengunjung menyuarakan tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa agama segera memantau lubuk maksiat itu.

Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Yon, 40, berkata dia sering terserempak dengan beberapa pasangan memadu asmara di tempat terbuka sehingga ada yang menunjukkan aksi tidak senonoh ketika berjoging di pantai berkenaan.

Malah, dia mendakwa sempat merakam perbuatan terkutuk sepasang kekasih menggunakan kamera telefon bimbit, baru-baru ini, untuk dijadikan bukti bahawa kawasan riadah dilatari kehijauan Hutan Lipur Bukit Pelindung itu menjadi lokasi strategik kegiatan maksiat.

Menurutnya, aksi sepasang kekasih melakukan seks di celah batu besar termasuk dalam air di tepi pantai itu dirakam ketika berjoging kira-kira jam 3 petang, 17 Mei lalu.

“Saya terkejut dan mengucap panjang ketika ternampak perbuatan keji pasangan kekasih terbabit. Bermula dengan bercumbu-cumbuan sebelum mereka menanggalkan pakaian masing-masing.

“Pasangan terbabit kelihatan masih muda dipercayai remaja tanpa malu menayangkan aksi ghairah mereka kemudian beralih tempat dari celah batu besar seakan gua ke pesisir pantai,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Yon berkata, dia sengaja merakam empat klip video aksi pasangan terbabit sepanjang tujuh minit untuk ditunjukkan kepada pihak berkuasa bahawa kawasan itu menjadi pilihan pasangan bercumbu dan berkelakuan sumbang tanpa ada penguatkuasaan seandainya diminta berbuat demikian.

“Saya kesal kerana mereka menjadikan kawasan awam tempat melepaskan rindu sehingga perlakuan masing-masing melebihi batasan.

“Malah, kedudukan tersembunyi di pantai ini dijadikan pasangan kekasih berpelukan dan bercumbu sehingga menyakitkan mata memandang. Aksi memualkan ini membuatkan pengunjung tidak selesa apatah lagi jika membawa anak kecil,” katanya.

Katanya, walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah meletakkan papan tanda melarang pengunjung berkelakuan sumbang, tetapi pihak berkuasa agama perlu bertindak lebih tegas termasuk meningkatkan pemantauan di lokasi pasangan muda memadu kasih bagi membendung kegiatan itu.

“Pasangan terbabit tidak harus melakukan perbuatan sumbang di khalayak kerana ia bukan memalukan keluarga, malah berdosa,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan kawasan pantai Teluk Cempedak dan Teluk Kongkang itu menjadi pesta kepada ‘kaki skodeng’ menonton wayang percuma lakonan remaja tidak bermaruah memuaskan nafsu di sebalik keindahan pantai.

Tengkuk mangsa samun dipulas hingga patah

Sumber Harian Metro

KOTA BHARU: Hasil bedah siasat wanita warga emas yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, kelmarin mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lehernya dicekik dan tengkuknya dipulas hingga patah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata mangsa, Zaharah Sulong, 84, dipercayai tidak menyedari penceroboh memasuki rumahnya kerana tidur di bilik.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam rumah mangsa mendapati tiada pembunuhan secara mutlak kerana tiada kesan pencerobohan yang jelas dan kesan geledah selain harta benda lain yang hilang kecuali sebentuk cincin.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai lebih seorang dikatakan menceroboh rumah mangsa dan melakukan perbuatan jenayah itu sebelum melarikan diri. Mereka menceroboh masuk melalui tingkap sebelum keluar menerusi pintu belakang,” katanya.

Drebar teksi setan tumpas

Harian metro


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi setan bertatu kala jengking dan kerap menjadikan kenderaannya sebagai jerat untuk memperkosa penumpang wanita, akhirnya tumpas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, suspek diberkas selepas bermaharajalela dan menjadi buruan utama polis sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, suspek yang ditahan pada Jumaat lalu berhampiran kawasan Subang Jaya kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Beberapa mangsa akan dipanggil bagi kawad cam terhadap suspek sebelum pendakwaan dilakukan kelak,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Dalam beberapa laporan sebelum ini suspek yang menjadikan teksinya sebagai perangkap menjerat mangsa.

Monday, May 18, 2009

‘Tak sangka dia kejam’

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my


KULIM: “Saya tidak sangka dia sanggup melakukan tindakan kejam terhadap adik saya kerana saya mengenali lelaki itu kerana pernah berjumpa dengannya beberapa kali ketika dia menemui adik saya di rumah,” kata Muhammad Fairus Ishak, 25.

Dia abang Nurbahirah, 22, bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, yang maut akibat ditikam bertubi-tubi dipercayai bekas kekasihnya di rumahnya di Taman Perak, di sini kelmarin.

Menurutnya, walaupun dia mengenali suspek, namun mereka tidak begitu mesra kerana jarang berbual cuma sesekali bertemu ketika dia datang menemui adiknya di rumah.

Katanya, daripada segi fizikal, dia nampak lelaki mempunyai peribadi baik kerana berkawan dengan adiknya sejak begitu lama.

Bagaimanapun, dia pernah menasihati adiknya berhati-hati ketika menjalin hubungan dengan lelaki terbabit kerana berasa tidak sedap hati terutama selepas mengetahui status lelaki berkenaan.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana pada Khamis lalu adik saya baru saja menghadiri temu duga sebagai Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di Alor Star.

“Dia harapan kami sekeluarga kerana mempunyai pendidikan lebih tinggi.

“Lebih menyedihkan adik saya itu seorang yang periang dan mudah mesra dengan orang serta adik beradik yang lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Muhammad Fairus berkata, adiknya itu tidak pernah menceritakan masalahnya kepadanya atau pun ibu tiri mereka kerana mungkin dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Muhammad Fairus berkata, keluarganya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap kejadian berkenaan sebagai takdir yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Jenazah arwah Nurbahirah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelang Lama, di sini kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata keadaan suspek semakin pulih tetapi masih lagi dirawat di Hospital Kulim (HK).

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam sehingga 24 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Harian Metro semalam melaporkan kes seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus selepas mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya.

Warga emas dibunuh

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my


KOTA BHARU: “Kami berdua berpuasa hari ini (semalam) dan sepatutnya berbuka bersama. Arwah memang rajin berpuasa. Dia mungkin kepenatan menyebabkannya mahu tidur di bilik.

“Namun, sebaik pulang daripada mengajar, hati saya luluh apabila melihat dia terbaring dalam keadaan kaku dan lebam,” kata Zuraidah Salleh, 40, anak kepada seorang wanita warga emas, Zaharah Sulong, 84, yang disyaki dicekik selepas rumahnya diceroboh masuk di Kampung Sireh Bawah Lembah di sini, semalam.

Zuraidah, seorang guru berkata, dia pulang ke rumah seperti biasa, kira-kira jam 2.30 petang dan mendapati pintu utama rumah berkunci.

Menurutnya, dia memanggil ibunya untuk membuka pintu berkenaan tetapi tidak disahut dan terpaksa masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci.

“Sebaik pulang, saya hairan pintu depan berkunci dan berkali-kali memanggil ibu membukanya tetapi tidak dijawab.

“Ketika itu, saya nampak tingkap terbuka dan pintu belakang bahagian bawah tidak berkunci. Saya masuk melalui pintu itu dan terus pergi ke bilik ibu dan mendapati pintunya tidak berkunci.

“Saya begitu terkejut ternampak ibu dalam keadaan terbaring dengan terdapat kesan lebam di lengan dan leher manakala keadaan bilik berselerak,” katanya.

Katanya, dalam keadaan berselerak itu, dia mendapati sebentuk cincin dipakai arwah ibunya hilang disyaki dicuri penceroboh itu.

“Arwah bukan seorang yang suka memakai barangan kemas dan saya menyedari kehilangan cincin berkenaan selepas kejadian,” katanya.

Difahamkan, ia bukan kali pertama rumah terbabit diceroboh kerana sebelum ini pernah berlaku kejadian sama, namun penceroboh dipercayai waris mangsa berjaya diberkas penduduk kampung.

Seorang jiran yang enggan dikenali, berkata sebelum kejadian dia sempat melihat mangsa berbual mesra dengan seorang jiran lain kira-kira jam 12 tengah hari.

“Dia seorang yang sihat walaupun usianya agak lanjut. Seperti biasa, dia berbual mesra kerana memang dikenali dengan sikap peramah dan baik,” katanya.

“Saya nampak anak arwah pulang mengajar dan kemudian keluar semula dari rumah sambil memberitahu ibunya sudah tiada. Saya turut terkejut dan tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau bagaimanapun berkata, pemeriksaan awal polis tidak dapat memastikan sama ada mangsa mati dibunuh atau sebaliknya.

“Kita akan menyiasat kes ini secepat mungkin dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat,” katanya.

20 kali pindah

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahru@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Penangan suami ‘psiko’ yang tidak gentar menghadapi undang-undang menjadi mimpi ngeri kepada seorang isteri hingga hidup tidak keruan apabila terpaksa menjadi pelarian dengan berpindah lebih 20 kali sejak dua tahun lalu bagi menyelamatkan diri.

Wanita berusia 50-an itu menyembunyikan diri bersama empat anak selepas lelaki terbabit mengugut memburunya hingga ke lubang cacing.

Malah, suami yang dipercayai terpengaruh ilmu hitam itu pernah mengejarnya dengan pisau berikutan menuduh isterinya cuba bermain kayu tiga walaupun dakwaan itu tidak benar.

Wanita yang mahu dikenali Saadiah itu turut mendakwa cedera akibat dibelasah sebelum dia membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan.

Bagi menjauhkan diri daripada lelaki terbabit, dia memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah sejak lebih enam tahun lalu, namun menemui jalan buntu apabila tiada penyelesaian diputuskan pihak berkenaan.

Walaupun kes itu dibicarakan di mahkamah, suaminya tetap mahu isterinya itu sujud di kakinya dan kembali ke rumah tanpa sebarang alasan.

Menurut Saadiah, dia terpaksa berpindah lebih 20 kali bagi melarikan diri daripada suami yang mencarinya tanpa henti.

Dia berkata, suaminya tidak mempedulikan undang-undang walaupun proses mahkamah sedang berjalan dan laporan polis dibuat.

“Saya tak sanggup lagi pulang ke rumah dan menyerahkan kepada mahkamah segera membuat keputusan bagi mengelak kehidupan ngeri yang terpaksa dihadapi.

“Saya hidup dalam ketakutan apabila dikejar suami dengan pisau selain dibelasah hingga cedera,” katanya.

Dia sudah membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang dilakukan suami bagi menjaga keselamatan diri dan anak.

Walaupun mempunyai pelbagai bukti tindakan ganas suami serta laporan polis, kata Saadiah, mahkamah masih tidak dapat memberikan keputusan, malah semakin banyak penangguhan perbicaraan dilakukan.

“Saya berusaha supaya kes dipercepatkan dengan mematuhi tarikh ditetapkan, tetapi masalah timbul apabila pihak suami sering ‘mengganggu’ bagi memastikan kes berkenaan berlarutan tanpa penyelesaian,” katanya.

Dia pernah meminta mahkamah mempertimbangkan pertukaran taklik yang dibuat ketika berkahwin dulu selepas suami tidak lagi melaksanakan tanggungjawab sepatutnya.

“Lebih mengejutkan, saya perlu mencari dua saksi akad nikah bagi membolehkan permohonan itu diteruskan.

“Mana saya hendak cari saksi terbabit kerana perkahwinan sudah lama. Saya pun tidak tahu sama ada saksi terbabit masih hidup atau mati,” katanya.

Kini, Saadiah berkata, dia bingung akibat tekanan suami menyebabkan tidak dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Tanpa berselindung, Saadiah mengakui perkahwinannya sudah tidak boleh diselamatkan dan nekad untuk membina hidup baru bersama anak yang turut terasa bahang apabila diburu bapa mereka.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana anak masih memberikan sokongan kepadanya dengan tidak menerima tindakan dilakukan bapa terhadap ibu mereka.

Sunday, May 17, 2009

Mat Gian ‘alim’ jaja nama Maik

Oleh Danish Luqman
am@hmetro.com.my


KOTA BHARU: Akibat terdesak untuk membeli bekalan dadah, segelintir penagih di bandar ini dikatakan sanggup berlagak alim dan menggunakan lambang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada resit derma untuk meminta sumbangan orang ramai.

Kegiatan itu dilakukan sambil memegang tasbih dan berzikir selain memperagakan surat kebenaran dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk meyakinkan orang ramai supaya menderma.

Bagi meraih simpati, mereka turut mendakwa bertugas sebagai guru bertauliah kepada pelajar tahfiz dari sebuah pondok di Tumpat yang memerlukan bantuan segera bagi menyiapkan sebuah bangunan terbengkalai.

Difahamkan, mereka mampu memperoleh derma antara RM300 hingga RM500 sehari dan jumlah cukup untuk menampung perbelanjaan membeli dadah selama seminggu.


Mat Gian terbabit dikatakan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa agama.

Antara lokasi tumpuan mereka mengutip derma termasuk di stesen bas, bank, pasar raya, hospital, masjid, Pasar Siti Khadijah, kedai makan dan hotel sekitar bandar ini.

Wartawan Harian Metro yang mengintip pergerakan mereka mendapati penagih terbabit hanya memilih wanita dan warga emas sebagai sasaran memandangkan golongan terbabit paling mudah menghulurkan wang tanpa perlu diberikan resit.

Namun, ketika wartawan mendekati seorang pemungut derma dan bertanya mengenai resit terbabit, Mat Gian itu memberi pelbagai alasan termasuk konon tercicir.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Wan Mohamad Wan Konok, berkata pihaknya kesal dengan tindakan Mat Gian terbabit yang mengambil kesempatan terhadap sikap pemurah dan simpati orang ramai.

“Tindakan ini mencemarkan mereka yang melakukan pungutan derma menggunakan saluran betul. Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai tetapi meminta mereka supaya dapat memberikan maklumat kepada kita jika dihampiri individu mencurigakan meminta derma.

“Kita akan mengarahkan anggota Maik untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi.

Dibelasah hilang duit

Oleh Jaafar Mulup
am@hmetro.com.my


TAMPIN: Gara-gara kehilangan duit, seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah berasrama dekat sini, mendakwa dibelasah sekumpulan pelajar lain hingga lebam dan bengkak pada beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.50 petang 9 Mei lalu, bagaimanapun laporan polis hanya dibuat kelmarin selepas pelajar lelaki itu memaklumkan perkara sebenar apabila disoal keluarga ketika pulang ke rumah.

Pelajar berusia 16 tahun yang enggan dikenali itu, berkata sebelum kejadian dia berada di dalam bilik apabila didatangi seorang pelajar senior bertanya kehilangan duit milik pelajar lain yang disimpan dalam almarinya.

Menurutnya, seorang pelajar sebelum itu menyimpan sejumlah wang dalam almarinya kerana bimbang berikutan terdapat beberapa kejadian almari dipecahkan hingga menyebabkan kehilangan barang berharga termasuk wang.

Katanya, ketika disoal pelajar senior terbabit, tiba-tiba muncul empat pelajar lain termasuk rakan sebayanya dan terus menendang serta memukulnya bertalu-talu.

“Saya tidak tahu bagaimana wang berkenaan boleh hilang kerana almari saya turut dipecahkan tetapi mereka terus membelasah saya tanpa belas kesian.

“Dalam kesakitan akibat bengkak dan lebam itu, saya hanya mampu mendiamkan diri kerana kumpulan pelajar terbabit turut mengugut supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa termasuk warden asrama, pengetua mahupun ibu bapa.

“Berikutan itu, saya tidak berani memberitahu sesiapa walaupun rakan sendiri dan hanya menahan kesakitan kerana tiada pelajar lain ketika kejadian disebabkan mereka ada aktiviti sukan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Gunung Essam, di sini, semalam.

Pelajar itu berkata, kejadian yang menimpa dirinya akhirnya diketahui keluarga apabila ibunya yang datang mengambilnya di asrama cuti hujung minggu ternampak kesan lebam pada tangan kirinya.

“Sebaik tiba di rumah, saya berasa keberatan untuk menceritakan apa yang berlaku tetapi apabila disoal ibu,saya terpaksa memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Ibu mangsa, Nora Saad, 39, ketika ditemui berkata, apabila mengetahui kejadian sebenar, dia membawa anaknya ke Hospital Tampin kira-kira jam 10 pagi kelmarin untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Tampin bagi tindakan lanjut.

“Saya menyedari ada sesuatu berlaku terhadap anak saya apabila ternampak kesan bengkak dan lebam di lengan kirinya sebaik menjemputnya pulang ke rumah petang Jumaat lalu.

“Berikutan itu, saya bertanya apa yang berlaku tetapi anak saya enggan menceritakan, namun selepas dipujuk, baru saya mengetahui kejadian menyebabkan badan anak saya bengkak dan lebam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Setakat ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Datuk Abdullah Ahmad ketika dihubungi, berkata pihaknya juga belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

“Bagaimanapun, saya akan mengarahkan Pegawai Pelajaran Daerah menjalankan siasatan serta menyediakan laporan lengkap secepat mungkin mengenal pasti punca sebenar kejadian itu,” katanya

Serangan samseng ketika minum kopi

Sumber Harian Metro

BACHOK: Hasrat seorang lelaki menikmati minum petang di sebuah kedai kopi bertukar mimpi ngeri apabila menjadi mangsa amukan sekumpulan samseng yang menetaknya dengan pedang samurai dalam kejadian di Tawang, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 40 tahun dikatakan berada di kedai kopi itu untuk minum petang bersendirian sebelum menyedari kehadiran lima lelaki menaiki kereta Perodua Kancil dan Proton Iswara.

Mangsa yang enggan nama disiarkan berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas apabila secara tiba-tiba dia diserang dua lelaki menggunakan pedang.

Katanya, akibat terkejut tindakan kumpulan samseng berkenaan, dia cuba melarikan diri tetapi gagal kerana kejadian berlaku begitu pantas.

“Saya ketika itu minum dan nampak dua kereta berhenti. Saya ingatkan mereka juga pelanggan sebelum secara tiba-tiba, dua daripada mereka terus melibas saya dengan pedang.

“Saya bingung dan tidak mengetahui punca sebenar mereka bertindak demikian. Ketika itu, ramai orang melihat kejadian itu, namun tidak berani mendekati kumpulan terbabit. Selepas menetak saya, mereka kemudian terus beredar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Selepas kejadian itu, mangsa yang berlumuran darah ditemani pemilik kedai membuat laporan di Balai Polis Bachok sebelum dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan.

Menurutnya, akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian belakang badan, bahu serta lengan kiri dan kanan.

Bapa terkilan anak dipukul diminta tukar sekolah

Sumber Haian Metro

BUTTERWORTH: “Saya terkilan kerana anak saya yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar diminta bertukar sekolah,” dakwa peniaga, Johari Abdul Hamid, 42, berhubung kejadian anaknya, Muhamad Ashraf, 15, yang dipukul sekumpulan pelajar samseng.

Johari dari Bagan Ajam, dekat sini mendakwa, anaknya yang belajar di sebuah sekolah menengah di pekan ini dibelasah sekumpulan pelajar pada 23 April lalu ketika berada di sebuah kedai selepas tamat waktu persekolahan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Katanya, akibat kejadian itu, anaknya cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Ujian imbasan mendapati ada kesan lekuk di belakang kepalanya. Akibat kejadian itu, anak saya kini trauma untuk ke sekolah,” katanya di sini, semalam.

Johari mendakwa, dia terkilan kerana walaupun kejadian itu hampir sebulan berlalu, namun tiada tindakan diambil pihak sekolah ke atas kumpulan pelajar berkenaan sebaliknya anaknya pula diminta bertukar sekolah.

“Hampir sebulan anak saya tidak ke sekolah selepas kejadian itu dan kini menunggu urusan pertukaran sekolah selesai.

“Selain itu, keadaan kesihatannya juga sering terjejas selepas kejadian itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar sehari selepas kejadian.

Sementara itu, Muhamad Ashraf mendakwa, dia sendiri tidak tahu punca kumpulan pelajar berkenaan memukul dan menendangnya ketika pulang dari sekolah.

“Saya berada di sebuah kedai dan tiba-tiba sekumpulan pelajar muncul lalu memukul dan menendang saya. Saya tidak mampu melawan kerana mereka ramai sebelum beredar beberapa minit kemudian,” katanya.

Jurusolek diugut bekas kekasih sebar gambar bogel

Sumber Harian Metro


KUALA LUMPUR: Risau gambar bogelnya disebar bekas teman lelaki, seorang jurusolek artis ketakutan selepas diugut dan terpaksa mengikut ‘telunjuk’ serta kehendak lelaki itu.

Malah, mangsa berusia awal 20-an itu dikatakan terpaksa mendiamkan diri walaupun barangan berharga miliknya dicuri bekas teman lelakinya berikutan risau gambarnya dalam keadaan berbogel disebarkan kepada orang ramai.

Difahamkan menurut sumber, gadis itu pernah tinggal bersama lelaki berusia 29 tahun itu di rumah bapanya di Segambut di sini, sehinggalah kedua-duanya berpisah, baru-baru ini.

Menurut sumber, walaupun jurumekap artis dan teman lelakinya sudah berpisah, lelaki terbabit masih tinggal di rumah bapanya itu, manakala mangsa dikatakan berpindah ke rumah lain di Ampang, di sini.
“Bekas teman lelakinya hanya berpindah dari rumah bapa teman wanitanya itu akhir bulan lalu,” katanya di sini, semalam.

Mangsa yang menganggap perpisahan antara dia dengan bekas teman lelakinya berjalan dengan baik bagaimanapun terkejut selepas ke rumah bapanya minggu lalu apabila barang kemas miliknya dipercayai diambil lelaki terbabit.

“Ini kerana lelaki terbabit dipercayai mengambil semua barang milik mangsa, termasuk barang kemas yang disimpan dalam biliknya sebelum meninggalkan rumah itu,” katanya.

Mangsa yang curiga bertanya mengenai kehilangan barang itu dan terkejut apabila bekas teman lelakinya mengugut supaya berdiam diri dan tidak membuat laporan polis

cinta berdarh

Oleh Azahar Hashim
am@hmetro.com.my




KULIM: Seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, semalam.

Mangsa, Nurbahirah Ishak, 22, bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik di rumahnya di Taman Perak di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Duda terbabit yang turut cedera, ditemui dalam keadaan separuh sedar di ruang tamu rumah berkenaan oleh jiran dan beberapa anggota polis yang memeriksa kediaman itu selepas mendengar bunyi bising seperti pergaduhan.

Ketika kejadian, mangsa berada berseorangan di rumah manakala ibu tiri dan empat adik-beradiknya ke sekolah dan keluar bekerja.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata pihaknya menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Katanya, hasil bedah siasat mengesahkan kesan kecederaan di kepala serta beberapa bahagian badan mangsa akibat tikaman senjata tajam.

“Ketika ditemui mangsa masih bernyawa, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Polis menahan suspek yang turut cedera dan menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu dalam rumah berkenaan.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pesalah boleh dihukum gantung sampai mati mandatori, jika sabit kesalahan,” katanya.

Mayat bayi ditemui dalam tong sampah

Sumber Kosmo

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemui di dalam tong sampah di belakang sebuah kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini malam kelmarin.

Keadaan mayat bayi yang sudah cukup sifat dan mempunyai uri itu ditemui seorang pekerja kedai makan di situ ketika hendak membuang sampah pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan surat khabar itu ditemui dalam keadaan tertonggeng di dalam tong sampah itu dengan kepalanya ke bawah.

"Pada badan mayat bayi itu juga mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan sebelum dia dibuang ke dalam tong sampah tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas badan mayat bayi itu tidak menemui kesan luka.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-20702222.

Saturday, May 16, 2009

Kena belasah sebab enggan serah RM1

Sumbe Kosmo

KOTA BHARU - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dibelasah kira-kira 20 pelajar lain setelah enggan memberikan RM1 sebagai 'bayaran perlindungan' pada Khamis lepas.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai 'Angah' dibelasah sehingga pengsan oleh kumpulan pelajar itu berhampiran sekolah selepas tamat waktu persekolahan.

"Kumpulan itu membelasah saya kerana enggan memberikan RM1 sebab pada hari itu saya memerlukan wang untuk mengisi minyak motosikal," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Pelajar itu yang baru sahaja berpindah ke sekolah itu sejak awal bulan ini kerana mengikut keluarga dari Kuala Lumpur diminta membayar RM1 setiap hari kepada kumpulan itu untuk perlindungan.

"Sebelum ini saya membayar RM1 seperti diminta namun pada hari Khamis lalu saya perlukan duit itu untuk isi minyak, namun mereka telah mengugut untuk merosakkan motosikal saya,'' katanya.

Pelajar itu dirawat sebagai pesakit luar.

Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Binjai. - Bernama

Thursday, May 14, 2009

Mayat reput dalam longkang

Sumber Harian Metro


SUNGAI BULOH: Bau busuk yang menghantui beberapa penduduk dan pekerja sebuah tapak projek perumahan di Kampung Melayu Seri Indah A, di sini, terjawab dengan penemuan satu mayat hampir reput di dalam longkang di kawasan berkenaan, pagi semalam.

Mayat itu dipercayai berada di kawasan berkenaan hampir seminggu lalu dan dipercayai mangsa bunuh.

Difahamkan, mayat itu lengkap berpakaian dan mangsa dipercayai warga asing.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pihaknya yang menjalankan pemeriksaan sebaik menerima maklumat awam kira-kira jam 10 pagi mendapati mayat lelaki terbabit sudah hampir reput.

“Kita jangka mayat itu sudah berada di situ antara empat hingga lima hari lalu. Pihak polis percaya mangsa dibunuh terlebih dulu sebelum mayatnya dibuang ke dalam longkang di kawasan berkenaan,” katanya.

Helah kekasih

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


SUBANG JAYA: Seorang gadis berusia 16 tahun tidak menyangka pelawaan seorang rakan baiknya yang bersungguh-sungguh ingin mengajarnya bermain gitar di rumah bertukar menjadi tragedi apabila dia diperkosa.

Difahamkan, suspek yang bekerja di sebuah restoran makanan segera turut menggunakan taktik memberi minuman yang dicampurkan dengan pil khayal terlebih dahulu untuk menjerat mangsa.

Sumber polis berkata, dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran pusat beli-belah South City Plaza, Sri Kembangan, terlebih dahulu diajak keluar makan oleh suspek yang berusia 19 tahun.

Suspek yang juga warga Nepal sudah sekian lama berkenalan dengan mangsa yang merupakan warga tempatan selain tinggal di pangsapuri berdekatan.

Katanya, sejurus selesai menjamu selera, suspek mempelawa mangsa supaya datang ke rumahnya dengan alasan untuk belajar bermain gitar.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian mengikut lelaki berkenaan pulang ke rumah. Pada masa sama mangsa yang sebelum itu diberikan minuman oleh suspek tiba-tiba berasa khayal sebelum tidak sedarkan diri.

“Sebaik terjaga beberapa jam kemudian mangsa terkejut apabila mendapati dia dalam keadaan telanjang bulat manakala suspek sudah menghilangkan diri,” katanya.

Mangsa yang menyedari diperkosa ketika pengsan membuat laporan di Balai Polis Sri Kembangan di sini, kelmarin.

“Polis yang menerima laporan segera menjalankan siasatan sebelum menahan suspek yang ketika itu sedang bekerja di restoran makanan segera,” katanya.

Bungkus bayi sampai mati

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my


SUNGAI PETANI: Cukup kejam apabila seorang wanita berusia 27 tahun sanggup membungkus dan menyorokkan bayi yang dilahirkannya Isnin lalu di bawah katil selama beberapa hari sehingga bayi itu meninggal dunia dan mayatnya membusuk.

Lebih malang, kejadian itu berlaku sehari selepas seluruh dunia menyambut Hari Ibu pada 10 Mei lalu dengan tembelang wanita dari Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau dekat sini, itu hanya terbongkar selepas dia mengalami pendarahan dan kesakitan di perut yang kuat tengah hari kelmarin.

Difahamkan, ibu bapa wanita terbabit kemudian menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Sik (HS).

Sumber berkata, sebaik menjalani pemeriksaan di HS, doktor mendapati terdapat kesan gadis itu melahirkan anak tetapi cuba disangkal ibu bapanya yang tidak pernah mengetahui anak mereka mengandung sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, polis yang dimaklumkan HS mengenai kes itu kemudian menyoal wanita terbabit yang akhirnya mengaku melahirkan anak Isnin lalu.

“Pada mulanya, wanita terbabit yang malu dan ketakutan cuba merahsiakan di mana bayi itu dengan mendakwa sudah ditanam di belakang rumahnya. Namun, selepas didesak barulah dia memberitahu bayi dilahirkan itu disembunyikan di bawah katilnya.

“Ekoran laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Selambau kemudian membuat pemeriksaan di rumah wanita berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam (kelmarin) dan menemui satu bungkusan plastik hitam tersorok di bawah katilnya,” katanya.

Sumber itu berkata, pemeriksaan kemudian mendapati bungkusan plastik itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan sudah berbau dibalut dengan sehelai kain.

Menurutnya, mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini kira-kira jam 10 malam kelmarin untuk dibedah siasat.

“Wanita cacat sebelah matanya itu tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Kuala Sin dekat Bukit Selambau berjaya mengelak daripada ibu bapanya mengetahui yang dia mengandung. Malah, ketika melahirkan anaknya itu ibu bapanya tiada di rumah,” katanya.

“Jika tidak kerana mengalami sakit perut dan dimasukkan ke hospital, pasti keluarganya dan pihak berkuasa sendiri itu tidak mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Sementara itu, bapa dan abang gadis itu yang datang menuntut mayat bayi berkenaan di Jabatan Forensik HSAH pagi semalam enggan untuk ditemu bual mengenai kejadian itu.

Bapanya hanya mengaku begitu terkejut kerana tidak pernah mengetahui anaknya itu mengandung atau melahirkan bayi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali yang dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkata polis sedang menyiasat kejadian itu.

Isteri bunuh suami digantung

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

SHAMIM ketika dibawa keluar dari
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah yang merupakan ibu kepada empat orang anak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah disabitkan bersalah membunuh dan menanam suaminya di belakang rumah mereka, lima tahun lalu.

Shamim Bano Mohammed Farooque, 41, yang pada mulanya tenang akhirnya tidak dapat menahan perasaan lalu menangis sejurus selesai prosiding apabila tiada anak dan saudara-mara datang menemuinya semalam.

Turut dijatuhkan hukuman serupa ialah Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39, sepupu Shamim yang dituduh bersubahat menyebabkan kematian Reyaz Ahamed Maruf, 39.

Ketika membacakan penghakimannya, Datuk Zaharah Ibrahim berkata, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes yang dipinda terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan melampaui keraguan munasabah.

Shamim hanya menganggukkan kepala apabila ditanya Zaharah sama ada faham hukuman manakala seorang jurubahasa terpaksa menerangkan kepada Javeed.

Kedua-dua mereka yang berasal dari India diperintah membela diri pada 21 November 2008 atas tuduhan menyebabkan kematian Reyaz di rumahnya di No. 20, Jalan 4/12G, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi dekat sini antara pukul 10 malam, 7 November 2004 dan 3 pagi, 8 November 2004.

Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Reyaz ialah pemilik bersama sebuah syarikat Cyplass Engineering Sdn. Bhd. iaitu sebuah kilang kitar semula di Semenyih manakala Javeed ialah pekerja kilang tersebut.

Mayat Reyaz ditemui tertanam di belakang rumahnya setelah kehilangannya dilaporkan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat sesak nafas dan terdapat kesan jerutan pada lehernya

Sorok mayat bayi bawah katil

Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my

SUNGAI PETANI - Misteri bau busuk yang dihidu oleh sebuah keluarga selama dua hari di rumah mereka terjawab dengan penemuan mayat bayi lelaki yang mulai reput di bawah katil anak perempuan mereka di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila mereka mendapati mayat bayi yang sempurna sifatnya itu dilahirkan oleh anak perempuan kedua mereka yang berusia 27 tahun.

Kejadian itu terbongkar apabila pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menyerbu rumah berkenaan, petang semalam ekoran laporan Hospital Sik yang meragui penjelasan wanita itu ketika dia mendapatkan rawatan di hospital itu.

Difahamkan, keluarganya tidak perasan anak mereka yang bekerja sebagai operator kilang itu mengandung memandangkan badannya yang agak gempal dan sikapnya yang pendiam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, wanita itu melahirkan bayi tersebut seorang diri di dalam biliknya pada 11 Mei lalu.

"Bagaimanapun bayi yang cukup bulan itu mati sewaktu dilahirkan. Kerana terlalu takut dimarahi keluarga, dia bertindak menyembunyikan bayi itu di bawah katilnya.

"Dia meminta bantuan seorang saudaranya menghantarnya ke Hospital Sik setelah mengadu sakit perut," katanya.

Menurut Hashim lagi, pemeriksaan hospital kemudian mendapati wanita itu mengalami pendarahan yang agak teruk kerana baru lepas bersalin.

Wednesday, May 13, 2009

Diperkosa datuk tiri

Sum berHarian Metro


KOTA BHARU: Sikap murung pelajar tingkatan satu membongkar rahsia dia dirogol datuk tiri di Felda Perasu, dekat Gua Musang, Mac lalu.

Kejadian berlaku pada 3 Mac kira-kira jam 4 pagi ketika mangsa berusia 13 tahun bermalam di rumah neneknya.

Bagaimanapun, mangsa hanya membuat aduan di balai polis berhubung kejadian itu pagi kelmarin dengan ditemani ibunya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Aziz Hasan, berkata kejadian berlaku ketika nenek mangsa keluar bekerja sebagai tukang masak pada awal pagi.

Menurutnya, ketika itu, datuk tirinya berusia 45 tahun mengambil kesempatan terhadap mangsa yang tidur.

“Mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada ibunya, namun ibunya yang melihat perubahan sikap mangsa yang murung,” katanya.

Bekas teman lelaki perkosa dua kali

Sumber Harian Metro

KAJANG: Seorang lelaki yang kemaruk seks sanggup memukul bekas teman wanitanya semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan dendamnya dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Kajang, Ahad lalu.

Mangsa, seorang pelajar berusia 18 tahun pada mulanya menunggu bekas teman lelakinya itu bagi membincangkan status hubungan mereka dalam sebuah kereta di hadapan sebuah pasar raya di sini, kira-kira jam 9 malam.

Bagaimanapun, sejurus tiba, lelaki terbabit menghampiri mangsa sebelum mengetuk cermin kereta dan meminta mangsa membuka pintu.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kereta.

“Lelaki terbabit meminta mangsa memandu ke rumahnya di sebuah pangsapuri berhampiran dengan alasan mahu berbincang mengenai masalah hubungan mereka.

“Namun, sejurus tiba di pangsapuri itu, mangsa ditarik ke dalam rumah secara paksa,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa dipukul selepas dia enggan melakukan hubungan seks.

“Walaupun cuba melawan, namun mangsa tidak berdaya serta terus dipukul dan dia dirogol dua kali oleh teman lelakinya itu.

“Suspek kemungkinan mahu melepaskan geram selepas hubungan cinta mereka terputus dan merogol mangsa bagi membalas dendam,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang ibu membuat laporan polis selepas anak gadisnya menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki dalam kejadian di Taman Karunmas, Kajang, Sabtu lalu.

Menurut sumber, remaja terbabit yang berusia belasan tahun dilihat dalam keadaan murung ketika berada di rumahnya sebelum perubahan itu disedari ibunya.

“Ibunya yang mengesyaki sesuatu cuba bertanyakan kepada gadis terbabit, namun dia pada mulanya enggan menceritakan kejadian yang berlaku.

“Bagaimanapun, selepas beberapa kali didesak, remaja terbabit akur dan memberitahu yang dia menjadi mangsa rogol empat lelaki bergilir-gilir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat dua mangsa rogol terbabit.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

>Geng Bonding bengis, kejam

Sumber Harian Metro


JOHOR BAHRU: Lima warga asing yang baru selesai merompak kediaman Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran, yang ditembak mati berhampiran susur keluar dari Jalan Seelong menghala Lebuhraya Pasir Gudang di sini, pagi semalam, disifatkan kumpulan penjenayah yang bengis, kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Ini berikutan, kumpulan dikenali sebagai Geng Bonding itu melakukan samun secara ganas apabila memecah masuk rumah sebelum mangsa diikat dan dicederakan termasuk ditetak dan mereka kemudian menyelongkar kediaman mangsa.

Selain itu, dalam beberapa kejadian, ada mangsa dipercayai turut dirogol penjenayah terbabit.

Tidak hairanlah, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, memuji keberanian dan kecekapan pegawai serta anggotanya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh tidak sampai sejam selepas maklumat diterima walaupun mereka diacukan senjata api dan cuba diserang dengan parang panjang.

Mohd Mokhtar berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu, satu operasi besar-besaran dilancarkan untuk menjejaki mereka sebelum sepasukan polis terserempak kereta Proton Waja dinaiki lima lelaki dalam keadaan mencurigakan di susur keluar dari Jalan Seelong menghala Lebuhraya Pasir Gudang, kira-kira jam 3.45 pagi.

Beliau berkata, pasukan terbabit memintas kereta itu sebelum mengarahkan mereka berhenti untuk pemeriksaan, tetapi kereta suspek melanggar bahagian belakang kereta polis dan kelima-lima suspek keluar dari kenderaan itu sebelum cuba melarikan diri.

2 pemandu teksi samun 28 penumpang dicekup

Sumber Harian Metro


KUALA LUMPUR: Selepas lebih lima bulan bermaharajalela, satu geng samun didalangi pemandu teksi durjana yang bertindak memukul sebelum menyamun penumpang mereka lumpuh dengan tertangkapnya dua ahli kumpulan itu di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Kumpulan penjenayah yang dianggotai empat lelaki dan seorang wanita itu dikatakan beroperasi pada awal pagi terutama di Hentian Puduraya dan mensasarkan penumpang warga asing sebagai mangsa utama mereka.

Sejurus sasaran dikenal pasti, pemandu teksi berkenaan akan berhenti mengambil seorang rakan mereka di kawasan berhampiran sebelum mencari lokasi tertentu untuk melakukan kegiatan jahat mereka.

Mereka akan memukul mangsa tanpa belas kasihan sebelum merampas wang dan barang berharga.

Kegiatan licik kumpulan itu bagaimanapun terbongkar apabila polis menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an dan 52 tahun di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata siasatan pihaknya mendapati kedua-dua mereka mengaku melakukan 28 kes samun terutama membabitkan warga Bangladesh sejak awal tahun ini.

“Bagaimanapun, sehingga kini, kita (polis) hanya menerima dua laporan polis yang dibuat warga Nepal berhubung kes terbabit dan kejadian berlaku pada awal pagi.

“Berikutan itu, kita meminta mangsa dan pemandu teksi yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya, semalam.

Menurut Ku, pihaknya turut merampas dua teksi bernombor plat HB 6571 dan HWC 4394 untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis sedang memburu tiga lagi ahli kumpulan terbabit termasuk seorang wanita berusia 20-an yang masih bebas untuk membantu siasatan.

‘Ambillah apa saja harta’

Oleh Saipul Adli Mohamad dan Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: “Saya hanya fikirkan keselamatan anak saya...apa yang ada saya bagi dan apa yang tiada saya beritahu tidak ada kepada mereka (perompak),” kata Huzaimah Yahya, 33, isteri Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran, Syahrin Md Jamaluddin, yang menjadi mangsa kumpulan lima perompak yang kemudian ditembak mati.

Huzaimah hanya mampu berdoa dalam hati supaya dia dan anaknya tidak diapa-apakan, malah dia reda jika penjenayah terbabit menyapu bersih seluruh harta bendanya.

Dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sinaran Baru, Kempas, pagi semalam, perompak warga Indonesia terbabit sempat menjamu selera dengan memakan nasi, coklat dan minum air kacip fatimah dari peti sejuk selepas menggeledah barangan kira-kira sejam.

Menceritakan pengalaman menakutkan itu, Huzaimah berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, Syahrin ada tugasan di Putrajaya dan yang tinggal hanya dia bersama tiga anak berusia lapan, enam dan tiga tahun.

Dia dan tiga anaknya tidur di ruang tamu rumah sebelum terjaga dan ternampak kelibat seorang lelaki di dapur rumahnya.

Serentak itu, dia keliru seketika kerana menyangkakan suaminya pulang mengejut, namun apabila melihat dua hingga tiga lelaki melintasi ruang dapur rumah, dia dapat menjangka rumahnya dimasuki perompak.

Melihat keadaan itu, Huzaimah segera memakai cermin mata sebelum menyedari terdapat empat perompak dalam rumahnya dengan masing-masing bertopeng gelap dan memegang pisau yang dipercayai pisau dapur miliknya.

“Seorang daripada mereka menyuruh saya tidak membuat bising sambil mengacu pisau sebelum mengikat kedua-dua tangan saya menggunakan tali leher.

“Kemudian mereka bertanya ‘Duit mana? Barang mana..?’ sebelum saya beritahu barang kemas di dalam bilik selain dompet dalam beg tangan dan wang dalam tabung milik anak.

“Kumpulan perompak terbabit menggeledah tiga bilik dan ruang tamu rumah saya untuk mencari barangan berharga, malah turut meminta kunci dua kenderaan sebelum menyelongkar barangan di dalamnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Huzaimah yang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, berkata dia cuba bertenang sambil meminta penjenayah terbabit tidak membuat bising bagi mengelak anaknya terjaga.

“Setiap kali mereka bertanyakan soalan, saya disuruh tunduk supaya tidak memandang terus ke muka mereka.

“Saya terlintas untuk melarikan diri dan meminta pertolongan, namun mengenangkan keselamatan anak, saya melupakan niat itu. Sepanjang hampir sejam berada dalam rumah, perompak terbabit sempat makan dan minum dengan mengambil makanan dari peti sejuk.

“Mungkin tidak puas hati dengan hasil rompakan diperoleh, perompak terbabit menyuruh saya masuk ke dalam bilik tidur dan berbaring.

“Mereka turut mengugut hendak membuka seluar saya dan melakukan sesuatu tidak diingini pada saya jika tidak menyerahkan barangan berharga, namun saya memaklumkan hanya itu barang berharga yang ada,” katanya.

Huzaimah berkata, perompak terbabit akhirnya berpuas hati bahawa tiada lagi barang berharga sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja kelabu milik suaminya.

Selepas memastikan perompak terbabit melarikan diri, dia membuka ikatan tangan dan bergegas ke rumah ibu mentuanya kira-kira 500 meter dari kediamannya dan memaklumkan kejadian itu sebelum adik iparnya menghubungi seorang pegawai cawangan khas yang juga rakannya.

Mereka membuat laporan di Balai Polis Kempas kira-kira jam 4 pagi.

Sementara itu, Syahrin yang juga Ketua Pemuda Umno Tebrau, berkata dia menyangkakan kejadian yang diceritakan adik iparnya hanya rompakan biasa selepas dihubungi kira-kira jam 3 pagi.

“Apabila menghubungi isteri menerusi telefon bimbit orang tua saya kira-kira jam 5 pagi, saya dapat bercakap dengan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang memaklumkan sudah menembak lima warga Indonesia yang merompak rumah kami.

“Selepas itu saya terus mendapatkan tiket penerbangan paling awal iaitu jam 7.30 pagi pulang ke Johor Bahru dan tiba kira-kira jam 8.30 pagi, untuk segera menemui isteri dan anak-anak saya dan bersyukur kerana mereka tidak diapa-apakan,” katanya.

Nenek dirotan jiran

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my


MUAR: Gara-gara mengambil selipar jiran, seorang wanita warga emas yang mengalami masalah nyanyuk dirotan hingga cedera oleh seorang jiran lelaki di Taman Sri Bukit Pasir, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, belakang badan Tan Kar Hay, 76, luka dan lebam akibat dipukul menggunakan rotan, sekurang-kurangnya tiga kali sebatan hingga rotan berkenaan patah.

Anak lelaki mangsa, Yap Yean Hin, 57, pekerja kilang, berkata dia yang tinggal berhampiran menerima panggilan telefon daripada adik ipar memaklumkan yang ibunya terbaring di luar rumah akibat dipukul orang.

Katanya, dia terus bergegas ke rumah ibu dan mendapati wanita warga emas itu terbaring di luar rumah dengan kesan darah di belakang badannya sebelum dimaklumkan anak saudara yang tinggal di rumah itu, Yap Mei Ling, 14, bahawa ibunya dirotan jiran.

Friday, May 8, 2009

Lelaki beri salam sebelum samun

Sumbedr Hatian Metro


KUALA LUMPUR: Seorang penyamun lelaki yang menyamar pelanggan sebuah stokis menjual alat kosmetik di Taman Maluri, Cheras, di sini sempat memberikan salam kepada mangsanya sebelum menyamun mereka.

Malah, lelaki berusia 20-an yang memakai topi keledar itu juga mengacukan pistol ke arah mangsa dan mengugut akan melepaskan tembakan sekiranya enggan mengikut arahannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang kelmarin, suspek dikatakan terus ke kaunter premis terbabit dan berjumpa dengan pekerja wanita di situ kononnya mahu membeli alat kosmetik.

Bagaimanapun, pekerja itu terkejut apabila lelaki terbabit yang disangka pelanggan, sebaliknya adalah penyamun selepas suspek mengeluarkan pistol mengugut mahu membunuhnya jika tidak menyerahkan wang tunai.

Menurut pemilik kedai yang enggan dikenali berusia 50-an, ketika kejadian, dia bersama seorang pekerjanya berada di kaunter premisnya.

Sebelum itu, suami dan dua pekerjanya yang lain berada di premis itu tetapi semuanya keluar sebelum kehadiran lelaki terbabit.

Mangsa berkata, ketika itu tiba-tiba datang seorang lelaki memakai topi keledar bersikap sopan apabila memberi salam kepada mereka.

“Ketika itu, saya langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana perwatakan lelaki terbabit yang bersopan, namun terkejut apabila lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol berwarna hitam sebelum mengacukan ke arah pekerja saya,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Dalam keadaan cemas itu, pekerja wanita itu terpaksa mengikut arahan lelaki berkenaan menyerahkan semua wang disimpan dalam laci. berkenaan selepas suspek mengugut akan menembak mereka jika ingkar dengan arahan diberikan.

“Selepas merampas wang tunai itu, suspek kemudian melarikan diri dengan membonceng motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna merah dan hitam ditunggang rakannya yang menunggu di luar premis.

Mangsa yang trauma akibat kejadian itu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM1,800 dan membuat laporan polis.

Lutut koyak dibelasah

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my


BATU PAHAT: Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Tongkang Pechah di sini, yang meleraikan pergaduhan rakan sekelasnya, Selasa lalu, menghadapi risiko cacat kekal selepas ligamen lututnya terkoyak akibat dibelasah kumpulan 12 pelajar samseng tingkatan satu, dua dan tiga, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi, pelajar kelas berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke makmal sains, sebelum mangsa ditarik ke meja guru dan terus dibelasah.

Mangsa, Shahdan Ibrahim, 13, berkata ketika pelajar lain bergegas ke makmal sains, dia ditarik ke meja guru oleh seorang rakan sekelasnya yang mahu memukul seseorang, Selasa lalu.

Setibanya di meja berkenaan, tiba-tiba beberapa pelajar, termasuk pelajar tingkatan dua dan tiga terus memukulnya hingga rebah.

“Mereka terus menendang kepala, perut dan kaki, terutama lutut saya dan akibat kesakitan teramat sangat, kepala saya mula rasa melayang seperti mahu pitam.

“Ketika itu, ada rakan memanggil cikgu dan apabila guru tiba semua kumpulan pelajar berkenaan melarikan diri.

“Saya masih terbaring sebelum guru menghantar saya ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan kumpulan berkenaan, namun pernah berlaku perselisihan faham antara rakannya dengan ahli kumpulan pelajar itu, Selasa lalu.

Ketika itu rakannya yang duduk di kawasan berhampiran ingin bergurau dengannya dengan membaling botol minuman.

Bagaimanapun, katanya, botol itu nyaris terkena rakan sebelahnya yang juga ahli kumpulan berkenaan, sebelum mereka cuba memukul rakannya.

“Ketika itu saya hanya meleraikan pergaduhan membabitkan beberapa pelajar kumpulan itu dengan rakan saya kerana apa yang berlaku tidak disengajakan.

“Selepas itu, tiada apa-apa berlaku hingga pagi kelmarin apabila saya dipukul kumpulan berkenaan,” katanya

Nekad gesel motosikal

Sumber Harian Metro


JOHOR BAHRU: Pengalaman menjadi mangsa samun bersenjata di depan pejabat syarikat pengangkutan milik keluarga mengakibatkan kerugian RM14,000 di Pasir Gudang, dekat sini, tiga tahun lalu menyebabkan dua beradik, Mohd Hasni Hassan, 27, dan kakaknya, Siti Roslina, 34, bencikan penjenayah.

Tidak hairanlah, Mohd Hasni yang bertugas sebagai penyelia di syarikat itu, sanggup menggeselkan kereta Honda Civic dipandunya dengan motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut seorang pelajar perempuan, Sheron Tan, 15, di Jalan Api-Api, Taman Megah Ria di sini, petang kelmarin.

“Ketika saya dan kakak dalam perjalanan balik ke rumah di Taman Megah Ria dari pejabat di Pasir Gudang, kami nampak tarik-menarik antara pelajar sekolah itu dengan seorang lelaki menyebabkan kami mengesyaki kejadian ragut.

“Saya terus memandu kereta memasuki simpang untuk membantu dan kakak beberapa kali bertanya sama ada saya nekad melanggar motosikal peragut itu atau sebaliknya dan saya menyatakan tidak kisah sekiranya kereta rosak, asalkan penjenayah diberkas.

“Saya terus menggesel motosikal dinaiki dua suspek itu menyebabkan mereka terjatuh dan hasil bantuan orang ramai, penunggang motosikal itu ditahan manakala pembonceng sempat melarikan diri,” katanya yang melawat Sheron di rumahnya, petang semalam.

Tetak depan rumah

Oleh Jaafar Mulup dan Nor Azmelia Azahari
am@hmetro.com.my


TAMPIN: “Kami sekeluarga terkejut apabila diberitahu ayah kena tetak kerana selama ini dia tak menceritakan pernah diugut atau mempunyai musuh.” kata Mohd Nazrul, 24.

Bapanya, Cif Inspektor Md Zin Kasron, 52, ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di hadapan rumah sewanya di Taman Bukit Tampin di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa yang bertugas di Bahagian Logistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin baru pulang daripada bermain badminton bersama rakan di kawasan berhampiran.

Mohd Nazrul, seorang anggota tentera dari kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kuantan, Pahang, berkata ketika kejadian dia berada di rumah keluarganya di Bahau, Jempol, sebelum menerima panggilan telefon daripada rakan bapanya kira-kira jam 10.30 malam.

“Saya tidak tahu apa motif dua lelaki bermotosikal itu menyerang ayah ketika dia baru pulang bermain badminton,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), semalam.

Difahamkan, sebaik mangsa turun dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah, datang seorang lelaki dari belakang lalu menyerangnya dengan parang menyebabkan dia tidak sempat mempertahankan diri.

Mangsa yang pengsan akibat kehilangan banyak darah ditemui orang ramai yang menghubungi polis sebelum dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) dan kemudian dipindahkan ke HTJS untuk rawatan lanjut.

Mohd Nazrul yang juga anak sulung daripada tiga beradik, berkata dia sedih melihat keadaan bapanya yang cedera teruk pada muka dan tengkuk akibat serangan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, yang menziarahi mangsa malam kelmarin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Mangsa yang pengsan akibat kehilangan banyak darah kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tersungkur tarik baju peragut

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my

CEDERA...Sheron menceritakan pengalaman bergelut dengan peragut.
CEDERA...Sheron menceritakan pengalaman bergelut dengan peragut.

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan tersungkur di atas jalan raya ketika menarik baju pembonceng motosikal yang meragut telefon bimbitnya di Jalan Api-Api, Taman Megah Ria di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, seorang daripada peragut itu dicekup manakala seorang lagi melarikan diri selepas kedua-duanya terjatuh berikutan motosikal mereka digesel kereta dinaiki dua beradik, Mohd Hasni Hassan, 27, dan Siti Roslina, 34, yang menyaksikan insiden berkenaan.

Mengimbas kejadian itu, mangsa, Sheron Tan, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Megah Ria, berkata ketika itu, dia dalam perjalanan balik dari kelas tambahan di sekolah ke rumahnya di taman berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

“Jarak antara rumah saya dengan sekolah kira-kira satu kilometer, sampai di simpang Jalan Ketapang ke Jalan Api-Api, saya periksa telefon bimbit kerana menerima SMS.

“Ketika itu, saya perasan dua lelaki menaiki motosikal memerhatikan saya, tetapi saya tidak mempedulikan mereka,” katanya.

Tiba-tiba, katanya, lelaki terbabit menghampirinya dan berkata ‘amoi, boleh minta nombor telefon bimbit’ sebelum dia menjawab ‘lain kali.’

“Bagaimanapun, lelaki yang membonceng motosikal itu turun dari kenderaan itu dan memeluk saya dari belakang kerana mahu merampas telefon bimbit saya.

“Saya cuba melawan, tetapi lelaki itu merampas telefon bimbit saya dan naik semula ke motosikal ditunggang rakannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di taman berkenaan, petang semalam.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, berikutan geram kerana melihat kedua-dua lelaki terbabit mahu melarikan diri, dia mencampakkan buku sebelum mengejar dan menarik baju pembonceng sebelum motosikal itu bergerak sambil tangan kanannya terus berpaut pada baju lelaki itu.

Bagaimanapun, selepas beberapa langkah dan tidak mampu menyaingi kelajuan motosikal berkenaan, dia tersungkur di atas jalan dan mengalami kesakitan di beberapa bahagian badan serta tidak larat untuk bangun.

“Kebetulan, ibu seorang rakan sekolah saya melalui kawasan itu dan mengangkat saya sebelum terus menghantar saya pulang ke rumah,” katanya.

Maut angkara dendam

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala rakannya cedera diserang sekumpulan tiga lelaki Vietnam dalam kejadian serangan bermotifkan dendam di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Riang 10, Taman Gembira di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.42 tengah hari, mangsa dikenali sebagai Ali Husain, 35, seorang penyelia di sebuah kilang berhampiran ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di dapur rumah yang menjadi tempat tinggal kira-kira 14 warga Bangladesh itu.

Mangsa ditemui mati dengan kesan cedera akibat tikaman senjata tajam di dada manakala rakannya, Abu Khair, 38, cedera di lengan.

Difahamkan, si mati dan rakannya yang 10 tahun bekerja di negara ini pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum kejadian berlaku.

Seorang rakan serumahnya dikenali sebagai Ali Said, 30-an, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di ruang atas rumah dan terjaga apabila mendengar bunyi bising di dapur.

Katanya, dia segera turun ke bawah dan terkejut mendapati mangsa terbaring berlumuran darah dan seorang lagi rakannya cedera akibat senjata tajam.

“Saya tidak nampak dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku sebelum ini, tetapi saya ada terdengar bunyi bising dari dapur menyebabkan terjaga daripada tidur,” katanya.

Ali berkata, berdasarkan apa diceritakan beberapa jiran berdekatan, mereka nampak sekurang-kurangnya tiga lelaki berjalan keluar dari rumah berkenaan.

Ketika kejadian, tujuh penghuni dalam rumah berkenaan termasuk kedua-dua mangsa dan empat di bahagian atas dan selebihnya di bawah termasuk dapur.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Superintendan Zainal Baharom ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan dan sehingga kini, mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat mangsa untuk mengenal pasti punca sebenar kematian dan motif kejadian sedang disiasat.

“Berdasarkan soal siasat ke atas mangsa yang cedera, suspek terdiri daripada tiga lelaki Vietnam yang tiba-tiba masuk ke rumah dan terus menyerang kedua-dua mangsa.

“Siasatan juga mendapati seorang daripada suspek sudah dikenal pasti identitinya itu pernah bekerja di tempat sama dengan si mati,” katanya.

Zainal berkata, sehingga kini, gerakan memburu semua suspek sedang dijalankan dan tiada tangkapan dilakukan.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai menyaksikan kejadian agar menghubungi talian hotline polis di nombor 07-2212999.

Bersalin ketika nak ke sekolah

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


MELAKA: Perbuatan durjana seorang lelaki menjalin hubungan cinta terlarang serta menjadikan seorang pelajar perempuan yang juga anak jirannya sebagai hamba nafsu serakah sejak setahun lalu akhirnya terbongkar apabila gadis itu melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas rumahnya di Pengkalan Rama Pantai, dekat sini, kelmarin.

Bagaimanapun difahamkan, bayi lelaki cukup sifat itu disahkan mati oleh kakitangan Hospital Melaka (HM) ketika dibawa bersama pelajar terbabit sejurus selepas dilahirkan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata polis kini sedang mengesan lelaki berusia 20-an itu untuk membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Hamdan berkata, berdasarkan siasatan awal dan penelitian laporan polis dibuat oleh doktor yang merawat pelajar bawah umur serta bayi itu, pihaknya difahamkan bayi terbabit dilahirkan ketika gadis berkenaan hendak ke sekolah.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika pelajar perempuan berusia 17 tahun itu bersiap untuk ke sekolah di rumahnya
“Selepas memakai pakaian sekolah, pelajar berkenaan tiba-tiba sakit perut seperti hendak membuang air besar dan masuk ke tandas di rumahnya.

“Dia bagaimanapun terkejut dan ketakutan kerana tiba-tiba bersalin di dalam tandas dan bayi itu dipercayai terjatuh. Pelajar itu yang kesakitan dan keletihan kerana mengalami pendarahan memanggil ibu dan bapanya membantu,” katanya.

Hamdan berkata, ibu bapa pelajar perempuan itu yang turut terkejut dengan kejadian berkenaan membawa anak mereka dan bayi itu ke HM untuk mendapatkan rawatan.

“Saya difahamkan, pelajar perempuan terbabit mendakwa langsung tidak menyedari bahawa dia mengandung dan gadis itu mahupun ibu bapanya tidak melaporkan mengenai kelahiran dan kematian bayi berkenaan.

“Sebaliknya, doktor yang membuat pemeriksaan ke atas gadis terbabit membuat laporan laporan polis kerana mengesyaki sesuatu selepas bertanya kepada pelajar dan keluarganya,” katanya.

Wednesday, May 6, 2009

Kejamnya peragut



Anggota polis memeriksa mayat Saripah Mohd. Noor yang dirempuh kereta selepas dia diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.

Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.

Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh.

Di Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun mati akibat ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya berusia 58 tahun daripada menjadi mangsa ragut di rumahnya di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara kelmarin.

Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya.

Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas

– Siti Aminah Idris mangsa ragut