Friday, May 1, 2009

Anak baling bata direman

Harian Metro

ALOR STAR: Lelaki berusia 24 tahun yang membaling seketul batu-bata mengenai kepala bapanya sehingga meninggal dunia di rumah mereka di Kampung Kubang Leret, Pokok Sena, dekat sini, kelmarin, direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Turut direman ialah adik lelakinya yang berusia 21 tahun berhubung siasatan terhadap kematian bapa mereka, Idris Awang, 45, yang meninggal dunia selepas parah di kepala akibat terkena batu bata berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, berkata dua beradik itu ditahan kira-kira jam 3 petang kelmarin.

“Suspek yang berusia 24 tahun ditahan di rumahnya manakala adiknya ditahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam (kelmarin),” katanya.

0 comments: