Sunday, March 22, 2009

Budak maut dirempuh bas, pemandu kunci pintu bas takut diserang penduduk

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

PASIR MAS - "Saya pangku adik saya yang hampir terkulai dalam keadaan sebahagian kepalanya pecah.

"Sampai di rumah saya suruh emak kutip serpihan otak adik yang terburai di atas jalan."

Demikian cerita sedih, Mohd. Salehuddin Mohd. Faizal, 17, abang kepada Siti Zulaiqha, 8, yang maut dilanggar bas Ekspres Budaya di Kampung Chabang Empat Chetok, Kilometer 11.5 Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, dekat sini pukul 9.15 malam kelmarin.


Menurutnya, beliau menyaksikan kemalangan itu dari hadapan rumahnya dan nampak bagaimana Zulaiqha melambung setinggi kira-kira lima meter sebelum terjatuh di hadapan bas itu.

"Dalam keadaan takut saya berlari mendapatkan Zulaiqha yang berlumuran darah.

"Zulaiqha semasa itu sudah tidak bernyawa lalu saya mendukungnya membawa pulang ke rumah," ceritanya dengan sedih.

Salehuddin memberitahu, mayat adiknya yang teruk cedera di kepala kemudian diletakkan di ruang tamu rumah.

0 comments: