Thursday, March 19, 2009

Helah buang semut

Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my DUNGUN:

Kenangan manis seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sepanjang mendiami kuarters kakitangan kerajaan bersama keluarga di Kampung Bukit Besi di sini, bertukar menjadi detik hitam apabila dia dicabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, kelmarin. Berikutan itu, hasrat bapanya yang sepatutnya berpindah ke Perak bermula semalam terpaksa ditangguhkan kerana anaknya dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu berhubung kes terbabit. Kejadian dialami kanak-kanak itu terbongkar selepas dia mengadu kesakitan pada kemaluannya kepada ibunya ketika hendak membuang air kecil, kira-kira jam 7.30 malam. Bimbang kesakitan dialami serius, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 23 tahun segera memeriksa dan terkejut apabila mendapati ada kesan merah pada kemaluan anaknya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang dibuat ibu mangsa kira-kira jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mengunjungi rumah suspek yang juga abang kepada rakan mangsa, pada kira-kira jam 6.30 petang.

“Difahamkan mangsa sering ke rumah berkenaan untuk bermain dengan adik suspek, bagaimanapun pada hari kejadian, rakannya itu dikatakan tidak ada di rumah kerana menemani ibu serta dua adik beradiknya ke pasar malam di kampung berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai dicabul selepas dia menanggalkan seluar sebaik disuruh berbuat demikian oleh suspek yang kononnya mahu membuang semut memasuki seluar mangsa.

Katanya, suspek dipercayai mengambil kesempatan mencabul mangsa ketika dia (mangsa) dalam keadaan separuh bogel selepas melucutkan seluar sebelum pulang ke rumah keluarga kira-kira jam 7.30 malam.

Selepas disarankan, kata Dahlan, si ibu segera membawa mangsa ke Klinik Desa Bukit Besi di sini untuk pemeriksaan.

“Sebaik mendapati ada kesan merah pada kemaluan kanak-kanak terbabit, pihak klinik menyarankan wanita itu membawa anaknya ke HD untuk rawatan lanjut.

“Walaupun pakar kanak-kanak HD mengesahkan terdapat kesan merah pada kemaluan dan tiada ada kesan koyak, namun tindakan memindahkan kes berkenaan ke HSNZ membuatkan hati wanita itu tidak tenang dan menyebabkan dia membuat laporan polis,” katanya.

Dahlan berkata, pihaknya menunggu laporan HSNZ sebelum mengambil tindakan lanjut.

0 comments: