Wednesday, March 18, 2009

Penyamun Indonesia 'ala ninja' mengganas

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

JALIL menunjukkan kesan potongan pintu jeriji oleh penyamun Indonesia di rumahnya di Bandar Baru Selayang semalam.

GOMBAK - "Jangan ikut aku kalau tidak aku masuk dalam rumah semula dan kerjakan kamu semua.''

Peringatan biadap tersebut dihamburkan oleh seorang daripada empat penyamun Indonesia ketika mahu melarikan diri selepas menceroboh rumah seorang kapten di Jalan 4/4, Bandar Baru Selayang di Gombak di sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika Abdul Jalil Hussein, 39, bersama ibu mertua, tiga orang anak dan seorang pembantu rumah sedang tidur manakala isterinya, Suhaila Ishak, 36, hendak mengambil wuduk bagi mengerjakan Solat Tahajjud.

Cerita pegawai tentera itu, ketika sampai di bilik air, isterinya terdengar bunyi orang sedang mengumpil pintu dan apabila dijengah, seorang lelaki Indonesia bertutup muka ala ninja mengacukan parang sebelum tiga lagi rakannya meluru masuk.

"Sebaik terdengar isteri menjerit, saya terjaga tetapi belum sempat bangun keempat-empat lelaki itu telah berada di depan saya dan terus mengikat tangan saya menggunakan dawai yang diperoleh dari pagar di belakang rumah.

"Kami diarahkan diam dan dipaksa memberitahu di mana barang berharga disimpan. Selepas setengah jam, penjenayah itu dapat mengambil tiga telefon bimbit, sebuah komputer riba, barang kemas dan wang yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM7,000,'' kata Abdul Jalil ketika ditemui di rumahnya di sini semalam

0 comments: