Thursday, March 19, 2009

Empat sekeluarga diikat geng perompak

GOMBAK: Empat sekeluarga menempuh detik cemas diikat sekumpulan perompak bersenjatakan parang dan pisau yang menceroboh kediaman mereka di Bandar Baru Selayang, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa seorang anggota tentera berpangkat kapten berusia 30-an dikejutkan perompak terbabit sebelum diarahkan ke ruang tamu bersama isteri dan anaknya.

Semua mereka diikat kumpulan empat perompak sebelum menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas serta wang tunai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati empat perompak terbabit masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang.



“Namun, polis percaya kumpulan perompak terbabit warga Indonesia melalui pertuturan yang digunakan mereka seperti diceritakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, kumpulan perompak terbabit mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum mereka meninggalkan rumah itu.

“Semua mangsa tidak dicederakan dan kerugian dianggarkan RM7, 000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi polis di talian 03-61362899.

0 comments: