Monday, March 23, 2009

Tendang kemaluan elak dirogol

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol, seorang wanita yang teruk dibelasah menendang kemaluan suspek yang cuba merogolnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri.

Difahamkan mangsa berusia 26 tahun turut memukul suspek menggunakan payung yang dibawa.

Kejadian jam 8.30 pagi Khamis lalu, di laluan pejalan kaki di Bulatan Pahang, mangsa seorang tukang cuci dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Baru tidak menyangka tiga lelaki yang mengekorinya berniat jahat.

Seorang daripada suspek menghampiri dan mencekik sambil mengarahkan mangsa tidak membuat bising.

Menurut sumber, suspek merampas beg tangan mangsa untuk mencari barang berharga dan wang, tetapi hampa kerana tiada barang berharga ditemui.

“Suspek cuba mencium mangsa, tetapi ditolak wanita terbabit menyebabkan lelaki itu berang dan menghempas mangsa ke dinding sebelum menampar dan menumbuk muka berkali-kali,” katanya.

Melihat mangsa tidak bermaya, suspek cuba memperkosanya, bagaimanapun wanita itu sempat menendang kemaluan lelaki terbabit.

Harian Metro 24 Mac 2009

0 comments: