Sunday, March 22, 2009

Saksi rakan ditembak mati

KUALA LUMPUR - Seorang remaja hanya mampu mengelipkan mata apabila melihat rakannya mati ditembak sebelum dia sendiri bersembunyi untuk menyelamatkan diri dalam cubaan samun sebuah premis kafe siber di Blok C, PPR Danau Kota di Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 6 pagi itu berlaku di hadapan sebuah kafe siber di tingkat bawah flat tersebut apabila premis itu didatangi sekumpulan 10 lelaki berparang dan seorang bersenjatakan sepucuk pistol.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja kafe siber, Alex Rafael, 25, mati akibat terkena satu das tembakan di belakang bahu kanannya ketika cuba menghalang salah seorang penjenayah itu daripada terus mengejar pelanggannya di luar premis berkenaan.

Mangsa yang meninggal dunia merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan telah bekerja di premis tersebut sejak empat bulan lalu. Mangsa tinggal di tingkat 13 di flat tersebut.

Selain bekerja sambilan di situ, Alex juga bekerja sebagai pembaik pulih alat pendingin hawa.


sumber dari Kosmo

0 comments: