Tuesday, March 17, 2009

Warga asing raba promoter dalam bas terjerat

KUALA LUMPUR: Seorang promoter wanita tidak menyangka ‘bertemu’ semula dengan seorang lelaki warga asing gila seks yang melarikan diri selepas meraba kemaluannya dalam sebuah bas di sini, pada hari sama kejadian sebelum saudaranya membantu mangsa memberkas suspek dan diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu lalu, mangsa berusia 20-an itu dalam perjalanan ke tempat kerja di ibu kota dengan menaiki bas dari rumahnya di Seksyen 26 Shah Alam, dekat sini dan dikatakan duduk bersebelahan suspek yang juga seorang warga Myanmar.

Menurut sumber, mangsa mendakwa ketika dalam perjalanan ke KL Sentral, mangsa meraba kemaluannya beberapa kali.

“Ketika itu, keadaan bas sesak dipenuhi penumpang dan mangsa hanya mampu menepis tangan lelaki berkenaan namun suspek tetap mengulangi perbuatannya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Sumber itu berkata, sebaik tiba di KL Sentral, lelaki terbabit terus melarikan diri.

“Marah dengan perbuatan suspek, mangsa memberitahu saudaranya mengenai kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang dapat mengecam wajah suspek mendakwa terjumpa semula dengan lelaki berkenaan dalam bas pada hari sama ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Mangsa dikatakan menaiki bas dari Pasar Seni dan terkejut apabila lelaki sama yang mencabulnya naik di hentian Sungai Way, Petaling Jaya sebelum bertindak menghubungi saudaranya.

“Apabila sampai di hentian Seksyen 26, Shah Alam, saudara lelaki bersama pak ciknya menunggu sebelum suspek ditahan dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Brickfields.

0 comments: